Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Saturday, September 3, 2011

Tips untuk mengelak apabila menerima panggilan ala Macau Scam

Apabila anda menerima panggilan seperti panggilan Macau Scam, ada beberapa perkara yang perlu anda fikirkan dan beberapa tindakan yang perlu anda lakukan.

Apakah perkara yang perlu anda FIKIRKAN:

  1. BAGAIMANA si pemanggil (Bukit Aman atau apa-apa pun yang mereka dakwa diri mereka) mendapat nombor anda.
  2. FIKIRKAN adakah betul anda telah melakukan kesalahan seperti yang mereka dakwa.
  3. POLIS (BUKIT AMAN ATAU MANA-MANA PEHAK BERKUASA) tidak akan telefon anda untuk menangkap anda (MEREKA AKAN BUAT DENGAN SENYAP) penyiasatan (soal-siasat akan dibuat di balai polis bukan melalui telefon).
  4. JIKA mereka minta nombor akaun anda JANGAN BERI. SEBAB Bukit Aman tak minta nombor akaun, mereka akan minta melalui proses MAHKAMAH.
Beberapa tindakan yang mungkin perlu anda lakukan (BUKAN TINDAKAN YANG MENGIKUT ARAHAN MEREKA), mereka mungkin mengetahui beberapa latar belakang anda termasuk nombor akaun, alamat rumah, nombor tel. bimbit/rumah/pejabat, alamat tempat kerja dan sebagainya (KERANA MAKLUMAT INI ADA DALAM BORANG PERMOHONAN SEMASA ANDA MEMBUKA AKAUN/BELI KERETA DSB).
  1. TANYA mereka dengan SOALAN BODOH, pelbagai soalan untuk mengetahui kesahihan dakwaan mereka seperti: Bank yang mana ye? Eh! Saya ada akaun ke kat situ?
  2. TENANG supaya anda boleh berfikir dengan baik walaupun mereka mendesak mahu segera anda buat tindakan.
  3. BERI MASA KEPADA DIRI ANDA untuk mendapat kepastian dan JANGAN BERI MASA KEPADA MEREKA walaupun mereka amat mendesak dengan pelbagai UGUTAN ATAU ALASAN.
  4. JANGAN telefon nombor (Bukit Aman atau apa-apa pun) yang mereka beri, (CUBAcari nombor lain dahulu melalui internet atau 103), TELEFON nombor lain tersebut untuk dapatkan kepastian ada nombor telefon yang mereka beri, nama pegawai yang telefon anda/jawatannya
  5. JANGAN telefon menggunakan telefon anda yang nombornya digunakan semasa mereka telefon. GUNAKAN telefon yang berlainan, paling baik gunakan telefon rakan anda dan yang paling baik gunakan TELEFON AWAM. SEBAB mungkin semua telefon (tel bimbit, rumah, pejabat) yang berkaitan dengan anda telah dikunci oleh mereka).
  6. KONGSI perkara ini dengan rakan-rakan anda atau dengan ahli keluarga anda, SUPAYA boleh bersama-sama berfikir dan melakukan tindakan.
  7. JIKA MEMBABITKAN AKAUN ANDA, telefon bank anda yang mempunyai akaun yang disebutkan.
  8. INGAT! Kalau mereka dari Bukit Aman, mereka adalah orang Malaysia, jadi pasti mereka boleh bercakap Melayu, CAKAP GUNA BAHASA MELAYU SAHAJA.
  9. MINTA mereka bercakap dalam BAHASA MELAYU, dengan alasan anda tak tahu berbahasa Inggeris dengan baik. JANGAN GUNA BAHASAINGGERIS WALAUPUN ANDA CUKUPBAGUS DALAM BAHASA INGGERIS.
  10. FIKIRKAN!! ORANG  BUKIT AMAN tak guna LOGHAT/DIALEK INDONESIA.
  11. JIKA ANDA SEORANG CHINA/INDIA mereka mungkin bercakap dlam bahasa anda, MINTA mereka bercakap dalam Bahasa Melayu juga, Ini untuk mempastikan mereka orang Malaysia, kerana kebanyakkan penipu (seperti macau scam) adalah orang asing seperti Indonesia, China dsb.
  12. MUNGKIN mereka guna orang Malaysia/Melayu sebagai talibarut, anda perlu pelbagaikan dan perbanyakkan SOALAN BODOH, tentang perkara yang diperkatakan
JIKA ANDA TAKUT JUGA, SEPERTI WANG DALAM AKAUN ANDA AKAN DISITA/HILANG, ANDA BOLEH CUBA TIPS INI:
  1. KELUARKAN semua wang anda dari akaun (dan TUTUP akaun tersebut) buka akaun baru dalam bank yang sama, dam masukan wang anda dalam akaun baru tersebut. Kalau buka bank lain takut kena rompak tengah jalan lah pulakkkkk!
  2. JANGAN masukkan dalam akaun yang mereka beri. Jika anda masukkan dalam akaun yang mereka beri UCAPKANLAH BYE-BYE DAN SELAMAT JALAN KEPADA WANG ANDA TERSEBUT. HE HEH HE.........
Sahabat/Followers/Bloggers boleh tolong tambah tips ini jika ada lagi cara-cara mengelak dari ditipu oleh berbagai SCAM ini................................ terima kasih

No comments: