Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Wednesday, September 21, 2011

PDK Selayang : e@Curve agih sumbangan kepada pertubuhan terpilih

e@Curve
PUSAT beli-belah e@Curve menjalankan tanggungjawab sosialnya pada Ramadan lalu bagi membantu
mereka yang tidak bernasib baik di kawasan luar kota Kuala Lumpur.

Cara digunakan juga berbeza iaitu dengan mengum�pulkan sumbangan untuk diagihkan kepada pertubuhan yang memerlukan bantuan bukan hanya ketika menyambut Syawal tetapi untuk keperluan harian mereka.
Pengurus Pusat Tindakan e@Curve, Jazmi Kamarudin, berkata pihaknya mengambil inisiatif menjalankan tanggungjawab sosialnya pada Ramadan lalu dengan membuka gerai menjual barangan keperluan raya bagi mengumpul derma untuk diagihkan kepada badan yang memerlukan.

“Sebanyak 15 gerai disewakan dan dua daripadanya disediakan khas untuk lima pertubuhan yang dipilih bagi menjalankan perniagaan produk pilihan mereka.
“Pihak kami tidak mengenakan sewa terhadap dua gerai berkenaan. Malah, segala keuntungan diterima melalui jualan diberikan kepada kelima-lima pertubuhan terbabit.
“Dengan ukuran 100 kaki persegi bagi setiap unit gerai, ia sekurang-kurangnya dapat memberi bantuan dan pengalaman kepada pertubuhan terbabit untuk menjalankan perniagaan sendiri menjual keperluan hari raya kepada orang ramai,” katanya.

Tambahnya, Galeri Emelda misalnya yang menggabungkan empat pertubuhan
di bawah satu bumbung menjual barangan keperluan raya seperti kuih dan baju memberikan mereka peluang mengumpul dana kepada pertubuhan masing-masing.

Walaupun cara itu pertama kali dilakukan bagi menjalankan tanggungjawab sosialnya, ia berjaya menarik perhatian penyewa dan pengunjung.

“Bagi orang awam yang menyewa tapak gerai pula, sewa yang dibayar akan dikumpul untuk disumbang�kan kepada pertubuhan terbabit tanpa diambil sedikitpun oleh pihak kami.

“Melalui penyewaan tapak dan sumbangan orang ramai, kami berjaya mengumpul RM20,000 sejak ia dibuka pada 4 Ogos hingga 4 September lalu menerusi tema bazar Cerianya Aidilfitri.

Antara pertubuhan yang akan menerima sumbangan terbabit ialah Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia, Gombak; Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan, Seremban; Penjagaan Warga Tua Sri Tanjung, Kuang; PDK Selayang dan Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Anak Yatim Islam Sungai Besar Daerah Sabak Bernam (PKAYISB).

Sebelum itu, e@Curve turut meraikan penghuni PKAYISB berusia lapan hingga 18 tahun yang antara lain berpeluang memilih sepasang kasut daripada Tomaz, duit raya dan beg cenderahati sumbangan e@Curve.

No comments: