Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Sunday, September 18, 2011

Bercerai angkara FB : Contoh Antara Penyebab Perceraian

p/s : sudah banyak diperkatakan, bahawa Facebook juga menjadi salah satu punca penyebab perceraian, anda sebagai salah seorang pengguna fb perlulah beringat! (nasib baik penulis tak suka guna fb-ntah! tak tahulah kenapa!)


AKIBAT melepaskan geram di Facebook, terurai rahsia antara Mira dan bekas kekasihnya. - Gambar hiasan.


DAUD, 38, sudah memiliki dua isteri. Bersama isteri pertamanya, Julia, 36, mereka mempunyai empat orang anak.
Dengan isteri kedua, Mira, 25, usia perkahwinan mereka masih muda. Mereka berkahwin Mac lalu di negara jiran kerana Daud mengahwininya tanpa pengetahuan Julia.
Alasannya, dia tidak mahu isteri pertamanya itu kecewa dengan kecurangan yang dilakukannya.
"Dua tahun lalu saya mendapat tawaran kenaikan pangkat tetapi perlu berpindah ke Johor Bahru.
"Selepas beberapa bulan, bapa mertua saya meninggal dunia dan isteri mohon pulang ke kampungnya di Chukai, Terengganu untuk menjaga ibunya dan meneruskan perniagaan keluarganya.
"Mulanya saya keberatan, tetapi memandangkan ibu mertua saya juga tidak sihat dan tidak ada siapa lagi yang boleh diharapkan, saya relakan. Sejak itu saya hidup membujang," kata Daud yang pulang ke rumah Julia tiga minggu sekali.
Selepas ditinggal beberapa lama, Daud bertemu dengan Mira semasa dia menghantar keretanya ke bengkel.
"Mira gadis yang baik. Perwatakan lembutnya memikat hati saya. Pada awal perkenalan lagi saya berterus terang dengan Mira yang saya sudah berkeluarga namun dia masih ikhlas berkawan.
Kahwin lagi
"Perhubungan kami semakin hari semakin mesra. Dia yang juga berasal dari Terengganu memudahkan komunikasi antara kami.
"Setahun berkawan rapat, kami bersetuju untuk berkahwin. Walaupun keluarga Mira menyuruhnya berfikir tentang hasratnya mengahwini suami orang, Mira tetap dengan keputusannya.
"Mac lalu kami berkahwin di selatan Thailand bagi mengelak perkara ini sampai ke pengetahuan isteri saya," kata Daud.
Pada awal perkahwinan, Daud dan Mira memang pasangan bahagia.
Bagaimanapun, kehangatan cintanya pada isteri muda tidak bertahan lama. Selepas beberapa bulan berkahwin, Daud menyedari, Mira sukar bertolak ansur dan cemburu buta.
"Pada mulanya, saya kira itu tanda prihatin. Tetapi semakin lama cemburu Mira menjadi-jadi. Contoh paling mudah ialah ketika saya keluar makan tengah hari.
"Bila saya tidak dapat menjemputnya, macam-macam soalan yang ditanya. Makan di mana, makan dengan siapa, makan apa? Kalau lokasi tempat makan saya jauh dari pejabat, ditanya juga kenapa makan jauh-jauh?
"Bila saya makan di tempat yang eksklusif dengan kawan-kawan tanpa memberitahu dia terlebih dahulu, itu pun boleh menjadi punca dia merajuk.
"Kalau dengan isteri pertama, dia akur kalau saya pulang ke Terengganu tetapi dia tidak boleh terima kalau saya berbelanja besar untuk keluarga di sana, sedangkan di sini, dia perlu membantu saya membayar sewa rumah.
"Saya minta Mira bertolak ansur, tetapi dia merasakan dia sudah banyak berkorban untuk saya tetapi saya tidak pernah menghargainya," kata Daud.
Keadaan cemburu Mira dikatakan semakin teruk menjelang Ramadan lalu.
Puncanya, anak pertama saya telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengatakan betapa dia menyayangi saya kerana membelikan alat permainan PSP yang harganya RM1,200.
"Apabila Mira dapat tahu, dia naik angin. Dia lepaskan geramnya dalam Facebook. Dia kata, dia banyak korbankan keinginannya kerana saya, tetapi saya pula boleh menghadiahkan benda yang mahal untuk anak saya yang berusia 10 tahun.
"Dalam ramai rakan yang memberi komen, ada komen daripada bekas kekasihnya. Saya mula rasa tidak senang. Saya yang memang mempunyai kata laluan untuk akaun e-mel Mira cuba menyelidik.


LAMAN sosial Facebook sering dianggap menjadi jaringan maya yang menghubungkan rakan lama dan baru. Namun jika disalahgunakan, ia mampu meruntuhkan rumah tangga.


Bekas kekasih
"Rupa-rupanya, Mira sudah lama berhubung semula dengan bekas kekasihnya itu dan mengadu tentang kekangan kewangan yang saya hadapi.
"Dalam diam rupanya Mira pernah menerima wang daripada lelaki itu dan mereka keluar beberapa kali.
"Apabila saya bangkitkan perkara ini dengan Mira, dengan selamba dia mengaku. Katanya, dengan saya hidupnya payah.
"Saya menegurnya. Selama ini bukan saya tidak memenuhi keperluan membeli-belahnya, tetapi apabila setiap kali menuntut barangan berjenama, saya enggan melayan.
"Hubungan kami mula dingin. Saya tidak lagi memintanya membayar sewa rumah. Semuanya saya tanggung sendiri.
"Syawal lalu, kami bergaduh lagi. Kali ini sebabnya saya perlu tinggal lebih lama di rumah isteri pertama kerana anak bongsu saya sakit. Tambahan pula, mereka belum mengetahui tentang perkahwinan kedua saya.
"Tetapi Mira tidak boleh menerimanya. Dia mengugut untuk kembali kepada bekas kekasihnya jika saya tidak pulang ke rumah ibunya. Di rumah ibunya, bersaksikan ibu bapanya, Mira minta saya menceraikannya.
"Dia tidak betah lagi hidup bermadu. Alasannya saya melebih-lebihkan keluarga isteri pertama sedangkan hidup dengannya serba-serbi tidak cukup.
"Saya terkilan dengan sikap kurang sabarnya. Kami bergaduh besar hari itu. Saya bangkitkan hubungannya dengan kekasih lama.
"Kami saling salah-menyalah. Mira nekad mahu dilepaskan. Akur dengan kehendaknya, petang raya keempat itu, saya ceraikan Mira dengan talak satu," jelas Daud.

No comments: