Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang, (sila lihat
side menu).

Kakitangan:
Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Tuesday, August 31, 2010

Kursus Asas Kerja Sosial Kumpulan 3 MAKPEM-OUM.

Seramai 8 orang peserta Kursus Asas Kerja Sosial dari MAKPEM telah hadir ke PDK Selayang untuk menjalani praktikal, pada 25hb Ogos 2010 yang lalu.

Sedang mendengar taklimat

Mereka merupakan kumpulan ke 3 dan terakhir dari kursus mereka. 6 orang dari mereka adalah Penyelia dan Petugas PDK, seorang pegawai JKM dan seorang kakitangan Taman Sinar harapan Jubilee Johor.

Sedang menjalan sesi 'kajian kes'

Mereka telah diberi taklimat oleh Encik Mohd Yusof Tawil.

Cuti PDK Selayang Sempena Eidul-Fitri 1432H.

PDK Selayang akan mula bercuti mulai 8hb September 2010 (Rabu).

Kelas akan dibuka seperti biasa pada 19hb September 2010 (Isnin).

Diharap tempoh tersebut mencukupi kepada semua Kakitangan PDK dan Pelatih PDK berhari raya, melawat saudara mara dan bertemu handai taulan.

Program dan Aktiviti PDK Selayang Menjelang Syawal 1432H

PDK Selayang masih mempunyai aktiviti-aktiviti sebelum menjelang Syawal 1432H ini. Antaranya ialah:

1. Iftar Ramadhan di UIA Gombak pada 22 Ramadhan 1432H. UIA menganjurkan Iftar Ramadhan tersebut dengan menjemput 90 orang kanak-kanak dari PDK Selayang yang terdiri dari OKU, anak yatim dan anak kurang bernasib baik. Mereka akan tiba diperkarangan UIA pada jam 5:00 petang dan akan mengikuti tazkirah Ramadhan di Masjid UIA.

2. Iftar Ramadhan PDK Selayang 1432H, akan diadakan pada 23 Ramadhan 1432H bertempat di perkarangan PDK Selayang. Seramai 250 tetamu dijangka hadir termasuk Pelatih PDK Selayang, anak yatim dan anak kurang bernasib baik, ibu tunggal dan ibu tinggal serta warga emas di bawah program perkhidmatan komuniti PDK Selayang.

Setin Biskut Untuk Buang Ibubapa ke Rumah Orang Tua

BEGINILAH NASIB IBUBAPA ZAMAN INI.

Memang benar seperti yang disebut oleh Rasulullah SAW: Sehingga satu masa nanti ibu akan melahirkan majikan (tuan) {maknanya anak/anak-anak akan memerintah ibu/ibubapa dan ibu/ibubapa akan akur pada permintaan anak.

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki tidak mengenang budi apabila sanggup mengumpan ibu bapanya yang tinggal di sebuah rumah jagaan di sini, dengan setin biskut untuk memujuk mereka supaya jangan pulang ke rumah sempena Aidilfitri nanti, sebaliknya mahu mereka menyambut 1 Syawal di pusat jagaan itu.

SEDIH...pasangan warga emas terbabit di Pusat Jagaan Warga Tua Nur Ehsan. Pada mulanya, kehadiran anak lelaki berusia 40-an itu disambut gembira pasangan warga emas berkenaan kerana menyangka mahu membawa mereka pulang menyambut hari raya bersama di rumahnya, tetapi lain pula berlaku.

Lelaki tidak mengenal budi itu sebaliknya memujuk ibu bapanya supaya beraya di pusat jagaan itu, malah enggan mendengar rintihan orang tuanya supaya tidak diperlakukan sedemikian.

Pengasas Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, Norijah Bidin, berkata kisah sedih pasangan penghuni pusat jagaan warga emas itu mengakibatkan kakitangan di situ terkilan dengan perangai lelaki terbabit.

Menurutnya, anak pasangan berkenaan yang tinggal di luar bandar raya ini mendakwa dia sibuk pada Aidilfitri nanti sebagai alasan tidak dapat membawa pulang orang tuanya beraya di rumah.

“Hanya Tuhan mengetahui kegembiraan pasangan itu apabila melihat kelibat anak yang disangka mahu menjemput mereka pulang meraikan Aidilfitri bersama keluarganya.

Nampaknya anak tersebut telah menunjukkan jalan kepada anaknya nanti, apa perlu dilakukan pada ibubapanya apabila mereka telah tua.

Program tautan Ukhuwah Koleh Ungku Abdul Aziz, Universiti Malaya di PDK Selayang.

Seramai 60 orang pelajar kolej kediaman ke 11, iaitu Kolej Ungku Aziz (KUAZ) Universiti Malaya telah mengadakan Program Tautan Ukhuwah (PT10) tahun 2010 di PDK Selayang pada 19 Ramadhan 1432H (29hb Ogos 2010).

OKU, anak yatim dan anak kurang bernasib baik dipecahkan
kepada 6 kumpulan kecil untuk menjalan aktiviti.

Program ini merupakan program tahun ketiga dilakukan di PDK Selayang oleh pelajar-pelajar tersebut. Seramai 60 peserta dari PDK Selayang telah diraikan oleh pelajar-pelajar tersebut.

Sedang menikmati jamuan berbuka puasa

Majlis Penutup


Program bermula seawal jam 3:00 petang dengan pelbagai aktiviti bersama OKU dan Anak Yatim dan Anak Kurang Bernasib Baik di bawah naungan PDK Selayang, diikuti dengan berbuka puasa, Sembahyang Maghrib berjemaah dan di akhiri dengan Majlis Penutup Program tersebut.

Group Photo

Program Tautan Ukhuwah berakhir pada jam 11:30 malam.

Program Berbuka Puasa Sambil Beramal Gabungan PDK-PDK Daerah Gombak Siri 2

Gabungan PDK-PDK Daerah Gombak sekali lagi mengadakan Program Berbuka Puasa Sambil Beramal pada 30hb Ogos 2010 bertempat di Hotel Adamson, Kuala Lumpur. Program kali ini merupakan program yang kedua selepas yang pertama diadakan pada 21hb Ogos ditempat yang sama.

Encik Ishak (baju merah), Encik Saimi (baju hijau) dan
 Pengetua Taman Sinar Harapan Cheras

Seramai 170 tetamu telah hadir pada majlis tersebut. Tetamu undangan ialah Encik Ishak Muhammad iaitu Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak dan Encik Saimi Norbek iaitu Pegawai Penyelaras PDK Daerah Gombak.

Kakitangan-kakitangan PDK Selayang

Turut hadir ialah Pengetua Taman Sinar Harapan Cheras dan AJK UMNO Bahagian Selayang.

Persembahan Penutup oleh Pelatih PDK-PDK

Program tersebut diserikan dengan persembahan dari Pelatih-Pelatih PDK yang mengambil bahagian. Sebanyak 5 buah dari 9 buah PDK dalam Daerah Gombak mengambil bahagian dalam program tersebut.

Penyampaian Cenderahati kepada pelatih yang mengambil
bahagian dalam persembahan

PDK-PDK tersebut ialah:

1. PDK Selayang.
2. PDK Rawang.
3. PDK Sri Kundang.
4. PDK Hulu Kelang, dan
5. PDK Kasih Templer.

Kakitangan PDK Selayang bersama PKMD

PKMD Gombak iaitu Encik Ishak Muhammad telah sudi bergambar bersama-sama kakitangan PDK Selayang semasa program Berbuka Puasa Sambil Beramal Gabungan PDK-PDK Daerah Gombak, pada 30hb Ogos 2010, di Hotel Adamson, Kuala Lumpur. Bersama dalam foto ini ialah Encik Shahrin Hamid dari FR Management & Consultation yang melatih Percussion kepada remaja OKU dari PDK-PDK Daerah Gombak.

Sumbangan Bahan Asas Makanan oleh Persatuan Buddhist Segambut

Dengan pertolongan dari Uncle Tony Ang, Persatuan Buddhist Segambut telah menyumbangkan Bahan Asas Makanan bernilai lebih kurang RM500.00 kepada PDK Selayang, pada 31hb Ogos 2010.

Antara yang disumbangkan ialah 10 beg beras 10kg, 3 beg beras 5kg, 10 beg bee hoon 3.5kg, 17 botol 500ml kicap cair, 8 botol 1kg minyak masak, 1 kotak (48 tin) susu sejat, 1 kotak (12 pek) biskut cream crackers, 13 pek 200g garam serta beberapa bahan makanan untuk kanak-kanak (jajan).

Seramai 20 ahli persatuan tersebut juga datang bersama-sama untuk meninjau persekitaran PDK.

Selain dari PDK Selayang mereka juga menyumbangkan bahan yang serupa kepada PDK Taman Seri Gombak dan PDK Kasih Templer. Mereka juga menyumbangkan bahan makanan bernilai RM100.00 kepada 6 keluarga miskin dari PDK Seri Gombak dan 4 keluarga miskin dari PDK Selayang.

Merdeka! Merdeka!! Merdeka!!! ke 53.

Warga PDK Selayang mengucapkan:

 'Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53'

 kepada semua rakyat Malaysia Khususnya

kepada mereka yang mengenali dan mengetahui PDK Selayang

Monday, August 30, 2010

GOUT

GOUT



Definisi


Gout adalah sejenis artritis yang terjadi ketika uric acid menumpuk pada sendi.Gout akut adalah suatu keadaan menyakitkan yang biasanya mempengaruhi satu bersama. Gout kronik rasa sakit berulang dan diikuti dengan radang yang mungkin melibatkan lebih daripada satu sendi .

Nama Alternatif

Yg menderita arthritis - akut ; Gout - akut ; Hyperuricemia; Tophaceous gout ; Tophi ; Podagra ; Gout - kronik , asam urat kronik , gout akut ; Yg menderita encok arthritis akut

Penyebab, Insiden, dan Faktor Risiko

Uric Acid terjadi kerana memiliki tingkat lebih tinggi dari yang normal Uric Acid dalam tubuh anda . Tubuh Anda boleh membuat terlalu banyak Uric Acid, Atau mempunyai kesulitan untuk menyingkirkan Uric Acid . Jika terlalu banyak Uric Acid terbentuk dalam cecair di sekitar sendi (cecair sinovial) , Bentuk kristal Uric Acid. Kristal ini menyebabkan sendi membengkak dan menjadi meradang .

Tidak semua orang dengan tinggi kadar Uric Acid dalam darah mendapat gout .

Penyebab yang sebenar tidak diketahui . Gout boleh dikatakan penyakit keturunan. Hal ini lebih kerap berlaku pada laki-laki, perempuan yang menopouse, dan orang yang minum arak . Orang yang minum ubat tertentu, seperti hidroklorotiazid dan lain-lain air pil (water pills), Mungkin mempunyai tahap yang lebih tinggi Uric Acid dalam darah .

Keadaan ini juga boleh berlaku pada orang mempunyai :

Diabetes
Penyakit ginjal
Obes
Anemia sel sickell dan lain-lain Anemi hemolitik
Leukemia dan yang sejenis jenis gangguan

Keadaan ini boleh berlaku selepas mengambil ubat anti Uric Acid dari tubuh .

Gejala

Gejala serangan yg menderita akut :

Gejala berlaku tiba-tiba dan biasanya hanya melibatkan satu atau beberapa sendi . Itu ibu jari kaki, Lutut , pergelangan kaki atau sendi yang paling sering dipengaruhi.

Rasa sakit sering bermula pada malam hari dan sering digambarkan sebagai berdenyut, menghancurkan, atau menyeksa.

Bersama radang. Hal ini biasanya sangat sakit (sakit akan terasa walaupun meletakkan selimut di atasnya).

Berkemungkinan demam.

Serangan itu mungkin hilang dalam beberapa hari, tetapi berulang-ulang dari masa ke masa. Serangan susulan biasanya berlangsung lebih lama.

Setelah serangan yg menderita encok pertama , orang tidak mempunyai gejala . Beberapa orang akan pergi berbulan - bulan atau bahkan bertahun - tahun antara serangan yg menderita encok .

Beberapa orang mungkin menderita radang sendi yg menyebabkan encok kronik , tetapi yang lain mungkin tidak mempunyai serangan lebih lanjut . Mereka yang mempunyai arthritis kronik mengembangkan bersama cacat dan kehilangan gerakan pada sendi . Mereka akan mempunyai sendi dan gejala lain hampir sepanjang waktu .

Tophi adalah benjolan di bawah kulit di sekitar sendi atau di tempat lain . Mereka mungkin menguras bahan kapur . Tophi biasanya berkembang hanya selepas pesakit mempunyai penyakit selama bertahun - tahun .

Setelah satu serangan, lebih dari setengah pesakit akan menghadapi serangan ulangan .

Tanda Dan Ujian

Ujian yang boleh dilakukan meliputi :

Analisis cecair sinovial ( Menunjukkan kristal Uric Acid)
Uric Acid- darah
Bersama sinar - x ( Mungkin nampak normal )
Biopsi sinovial
Uric Acid - urin

Perubatan

Perubatan untuk serangan tiba - tiba atau tanda-tanda gout :

Doktor anda akan mencadangkan agar anda mengambil anti - inflamasi nonsteroid ubat ( NSAID ) seperti ibuprofen , naproxen, Atau indometasin akan selepas gejala bermula . Anda akan perlu mengambil ubat resep -kuasa selama 4 - 10 hari.

Doktor kadang - kadang dapat memberikan resep kuat ubat penghilang rasa sakit seperti kodeina, hydrocodone, dan oxycodone.

Ubat bernama colchicine membantu mengurangkan rasa sakit, bengkak, dan peradangan.

Kortikosteroid boleh juga sangat berkesan. Doktor anda mungkin menyuntikkan meradang bersama-sama dengan steroid untuk meringankan rasa sakit.

Rasa sakit sering hilang dalam masa 12 jam rawatan awal, dan sudah benar-benar lega dalam 48 jam.

Penggunaan Harian allopurinol atau probenesid menurunkan kadar asam urat dalam darah anda. Doktor boleh meresepkan ubat ini jika:

Anda mempunyai beberapa serangan dalam tahun yang sama.

Anda mempunyai tanda - tanda arthritis yg menderita athtitis

Anda memiliki batu ginjal Uric Acid

Beberapa diet dan perubahan gaya hidup dapat membantu mencegah serangan yg menderita encok :

Elakkan alkohol, teri, sarden, minyak, ikan Haring, organ daging ( hati, ginjal, dan roti manis), kacang - kacangan ( kacang kering dan kacang polong ), gravies, cendawan, bayam, asparagus , couliflower, pati , dan serbut penaik atau ragi bir

Hadkan jumlah banyak daging anda perlu makan.

Lemak Elakkan makanan seperti salad dressing, Es krim , dan makanan yang digoreng .

Cukup makan karbohidrat .

Jika anda kehilangan berat badan , kehilangan perlahan - lahan . berat badan Cepat boleh menyebabkan batu ginjal asam urat terbentuk .

Lihat juga : Batu ginjal

Harapan ( prognosis )

rawatan yang tepat serangan akut membolehkan orang untuk hidup normal. Namun , bentuk penyakit akut boleh berkembang menjadi gout kronik .

Komplikasi

Yg menderita encok arthritis kronik

Batu ginjal

Simpanan dalam ginjal , menyebabkan gagal ginjal kronik

Memanggil Pembekal Kesihatan Anda

Panggilan untuk janji dengan pembekal perkhidmatan kesihatan anda jika anda mempunyai gejala yg menderita encok artritis akut .

Pencegahan

Kekacauan itu sendiri tidak dapat dicegah , namun Anda mungkin boleh mengelakkan perkara-perkara yang mencetuskan gejala anda . Batas konsumsi alkohol dan mengikuti diet rendah purin .

References


Keith MP, Gilliland WR. Updates in the management of gout. Am J Med. 2007;120:221-224.

Cameron MA, Sakhaee K. Uric acid nephrolithiasis. Urol Clin North Am. 2007;34:335-346.

Read more: http://www.righthealth.com/topic/Gout/overview/adam20?fdid=Adamv2_000422§ion=Full_Article#ixzz0y2XG8ml1

Read more: http://www.righthealth.com/topic/Gout/overview/adam20?fdid=Adamv2_000422§ion=Full_Article#ixzz0y2X9HcFq

PDK Selayang Menyahut Seruan Bulan Merdeka 2010

PDK Selayang telah menyahut seruan Bulan Kemerdekaan 2010 dengan bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang.

Sebanyak 34 Bendera Malaysia dan 10 Bendera Selangor bersaiz 3' X 6' telah dikibarkan, bersama dengan 150 bendera kecil (bunting)bersaiz 6" X 12" telah digantung di sepanjang pagar PDK.

Iftar Ramadhan bersama Karyawan Malaysia

Seramai 31 orang OKU, Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik dan 9 orang pengiring dari PDK Selayang telah dijemput oleh Persatuan Karyawan Malaysia ke Iftar Ramadhan 1432H mereka pada 14 Ramadhan 1432H (24hb Ogos 2010) bertempat di Dewan Besar Tun Rahah, Bangunan Yayasan Tun Abdul Razak, Jalan Bukit Bintang.

Semasa ketibaan mereka pada jam 6:00 petang mereka disambut oleh Zaiton Sameon di ruang legar Dewan Tun Rahah, dan menyanyikan beberapa buah lagu sambil meraikan mereka serta bergambar.

MC (Kezie dan Roslan Omar) pada malam tersebut juga beberapa kali mengumumkan bahawa OKU, Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik dari PDK Selayang ada bersama mereka untuk diraikan di dalam Iftar Ramadhan tersebut.

Selepas menerima sumbangan duit raya dari Karyawan yang disampaikan sendiri oleh Presidennya iaitu Datuk Freddie Fernandez, mereka dihiburkan oleh Zaiton Sameo dan nas Adilla.

Sumbangan Makanan kali ke 2 oleh Datin Fauziah

Seperti yang telah dijanjikan, sekali lagi Datin Fauziah telah bermurah hati untuk menyumbangkan makanan kepada asnaf di PDK Selayang.

Sumbangan makanan tersebut telah diagih-agihkan kepada asnaf PDK Selayang yang berada di:

1. 50 Bungkus untuk OKU, Anak Yatim dan Anak Kurang Bernasib Baik di Apatmen Julia;
2. 50 Bungkus untuk OKU, Anak Yatim dan Anak Kurang Bernasib Baik di PPR Wahyu; dan
3. 60 Bungkus untuk OKU, Anak Yatim dan Anak Kurang Bernasib Baik di Selayang.

Kali ini Datin Fauziah menyumbangkan Nasi Tomato dengan ayam masak merah yang lazat berserta 2 jenis kuih-muih dan buah epal hijau.

Terima Kasih Datin Fauziah! dari warga PDK Selayang.

Saturday, August 28, 2010

Iftar Ramadhan bersama YAB Isteri Perdana Menteri-YHKM

Seramai 25 orang kanak-kanak dari PDK Selayang telah berpeluang menemui YAB Isteri Perdana Menteri di Royal Chulan Hotel, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

Mereka terdiri dari 10 orang kanak-kanak kurang upaya, 10 orang anak yatim dan 5 orang anak kurang bernasib baik.

Di akhir program semua mereka menerima duit puasa sebanyak RM60.00 seorang.

Mereka semua telah diberi peluang oleh YHKM yang juga telah menjemput 6 pertubuhan/rumah anak yatim yang lain.

Iftar Ramadhan PDK Selayang

Iftar Ramadhan PDK Selayang 1432H akan diadakan pada 23 Ramadhan 1432H (2hb September 2010) bersamaan dengan hari Khamis.

Iftar Ramadhan PDK Selayang 1432H ini bertujuan untuk meraikan OKU, Anak Yatim, Anak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Tinggal dan Warga Emas serta Keluarga Miskin di bawah program PDK Selayang. Sumbangan kewangan dan barangan dari masyarakat yang prihatin dan dermawan dipohon untuk disumbangkan kepada asnaf di atas bagi menyambut Eidul-Fitri yang akan menjelang.

Asia-Pacific Convention on Community Based Rehabilitation

Asia-Pacific Convention on Community Based Rehabilitation




The Asia-Pacific Convention on Community Based Rehabilitation will be held on 13-15 November 2010 at BERJAYA TIMES SQUARE Kuala Lumpur, Malaysia. The theme of the Convention is Inclusive and Sustainable Development: Introducing New CBR Guidelines.

The purpose of the convention is to introduce the guideline which is a step by step guide to the implementation of CBR programme, to strengthen the delivery of CBR and the daily practice in the field of good evidence based practices. It aims to be a platform for networking and sharing of knowledge amongst CBR practitioners and policy makers.

Speakers, educators, organizations, CBR practitioners, individual locally, nationally and internationally would attend this conference and share their expertise in this field.

This event will create public awareness of Community Based Rehabilitation, highlight good practices for better collaboration, cooperation and implementation. Come join us.

For more information, please visit and register:

http://apcbrconvention.cbrnetworkmalaysia.org/

http://www.cbrnetworkmalaysia.org/

Thursday, August 26, 2010

Minda Pengarang:

Buta sejarah punca
rakyat gagal fahami
gagasan 1Malaysia


2010/08/26

PENGAKUAN tokoh akademik yang juga sejarawan negara, Tan Sri Prof Dr Khoo Kay Kim, bahawa sistem pendidikan kita terlalu menumpukan pembelajaran sains dan teknologi sehingga pelajar tidak menguasai ilmu kenegaraan, termasuk hidup bersatu dalam negara berbilang kaum wajar diberi perhatian serius. Ketika menghuraikan perkara itu pada Forum Jati Diri anjuran Berita Harian, GAPENA dan Persatuan Sarjana Komunikasi Media Malaysia di Universiti Malaya, kelmarin Dr Kay Kim berkata, kesukaran generasi muda memahami maksud 1Malaysia adalah kesan meminggirkan sejarah dan hal ehwal kemanusiaan dalam sistem pendidikan negara yang juga terlalu berorientasikan peperiksaan.

Akibat kedangkalan mengenai 1Malaysia, akhirnya ia dieksploitasi pihak tertentu yang menyamakannya dengan slogan Malaysian Malaysia sekali gus mahu menghapus hak keistimewaan orang Melayu dan diganti dengan tuntutan kesaksamaan untuk semua kaum. Hakikat ini ternyata menyimpang jauh daripada objektif utama sistem pelajaran yang digariskan dalam Penyata Razak iaitu memperkukuhkan perpaduan kaum yang menjadi asas keutuhan sosiopolitik dan pemangkin kemajuan serta kemakmuran ekonomi negara.

Tanpa menerapkan dua asas jati diri itu sepanjang proses pembelajaran serta pembentukan sahsiah individu, maka nilai murni akan terhakis seterusnya generasi muda buta sejarah negaranya sendiri. Sebaliknya, individualistik kian subur menggantikan semangat kekitaan dan perpaduan antara kaum. Mereka juga tidak kenal siapa pejuang dan pemimpin negara terdahulu, apatah lagi mengambil tahu sejarah nama bandar, nama jalan dan sesuatu tempat bersejarah. Sehingga ke tahap lebih buruk lagi apabila ramai di kalangan kita hari ini kenal jiran tetapi tidak mengetahui nama mereka. Tiadanya unsur sejarah dan kenegaraan juga menyebabkan semangat patriotisme dalam diri rata-rata rakyat negara ini sangat dangkal. Ini boleh dilihat dengan kehambaran suasana menjelang sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos, setiap tahun.

Generasi sekarang berasakan mereka bukan sebahagian daripada perayaan pada tarikh keramat itu dan tiada tuntutan atau keperluan untuk meraikannya. Mengenali sejarah akan membentuk patriotisme iaitu perasaan cinta dan setia kepada negara sehingga pada satu tahap sanggup mengorbankan jiwa raga untuk mempertahankan keselamatan serta kedaulatan negara. Semangat itu turut dikaitkan dengan kesanggupan untuk mempertahankan bahasa, amalan agama, perundangan malah kesetiaan untuk kebaikan bersama. Semua unsur ini ternyata kian lekang daripada jiwa generasi muda menyebabkan mereka terumbang-ambing mencari identiti selepas kehilangan nilai diri serta peradaban bangsa Malaysia.

Oleh itu, untuk mengelak kepincangan masyarakat, perlu ada inisiatif dan komitmen pihak terbabit untuk meneliti semula kandungan silibus mata pelajaran tertentu bermula sejak prasekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi. Apakah erti kemajuan dan pembangunan jika roh dan semangat jati diri rakyatnya luntur atau kontang. Menyuburkan hubungan simbiosis antara kemajuan fizikal yang didokong sains dan teknologi dengan peneguhan sahsiah serta jati diri adalah jalan terbaik dalam proses pembentukan masyarakat seimbang. Tanpa kesedaran semua pihak untuk menerapkan kembali sejarah tanah air dan ilmu kenegaraan dalam sistem pendidikan negara maka nilai, pengajaran serta semangat yang tersemat daripada sesuatu sejarah itu akhirnya lenyap ditelan zaman.

Monday, August 23, 2010

Pesan Nenek dan Kata Ibu - dipanjangkan dari Sekadar Berkongsi

Monday, August 23, 2010

Pesan Nenek Dan Kata Ibu


Kali ni citer panjang sket. Mesti boring nak membaca & skip terus kan? Apapun kalu sudi meluangkan masa, ada sesuatu yang kita boleh guna sebagai manfaat. Walau tak banyak, paling kurang dapat 1 manfaat pun dah di kira jadi lah. Maka tersebutlah kisah......

Pada yang belum berkahwin tu, simpan nasihat ni baik2 kerana InsyaAllah one day bila dah jadi orang punya tu tau le apa yg patut di buat dan sebaliknya.. .. bagaimana petua orangg tua2 dpt membantu kita membina rumahtangga yang harmoni serta penuh kasih sayang...Insya Allah, dipermudahkan kita oleh NYA mendapat petunjuk dan jalan...

Membasuh pakaian, sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh, ok tak apa suruh maid basuh baju kita, tapi yg 'kecik'2 terutama kita punya dan suami tu, sebaik2nya kita basuh sendiri. Sedapat mungkin bila kain baju sudah dibasuh dan siap diangkat, masa melipat pun, kita pilih yg patut kita lipat dan uruskan sendiri. ada rahsia tu).

Juga bilik. Bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan larangan terutama kepada pembantu rumah. NO ENTRY !!!!. apa pun yg ada di dalamnya adalah hanya dalam pengetahuan kita dan suami.Terutama tempat tidur (katil), minta sangatlah kita yg bergelar ISTERI ini yang mengemasnya. Usah sesekali dibiarkan pembantu yang menguruskannya. ada rahsia tu),

APA RAHSIA NYA???

AIR TANGAN!!!!.. . itulah rahsianya, air tangan kita sebagai isteri dan sebagai ibu. Tak ada cara yang saintifik yang mampu menjelaskan kehebatan serta 'powernya' air tangan seorang ibu dan isteri itu terhadap keluarganya, tapi dapat dijelaskan melalui kaedah rohaniah. Kalau kita masih keliru dan kurang yakin, cuba kita fikir (bagi yang merantau selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu, kemana pun kita pergi dan bertemu dengan masakan yang serupa, namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari apa yang terhidang hasil 'air tangan ibu'. Walaupun sekadar mee maggie!!!.

Begitu juga memberi makan anak, suapan kemulut anak dengan tangan kita itu membawa banyak kesan yang akan hanya kita nikmati 10 - 15 tahun akan datangnya. Bila anak2 sudah pandai bergaul sendiri, sudah tahu memilih teman, kebanyakan mereka 'kurang mendengar' apa yang kita ibu bapa pesan dan ingatkan, namun baraqah dari 'air tangan' (usaha ibu bersusah payah mendidik dan menyediakan keperluan anak2) sedikit sebanyak, kalau pun anak2 itu ingin mengikut 'kehendak sendiri' namun dia, Insya Allah pada akhirnya akan tetap mencari 'restu si ibu' dlm hidupnya. Pecayalah...

Tak dapat lakukan sepanjang hari kerana kita bekerja, mungkin pada sebelah malamnya kita dapat lakukan, sekurang2nya sekali sehari pun memadai, kalau dapat selalu lebih baik lagi. Sebab dgn suapan kita itu sambil kita berdoa ' air tangan' yg masuk keperut anak, Insya Allah akan membentuk darah daging yg baik, berkat doa dan tangan ibu.

Kebajikan Suami juga, kenapa harus biarkan pembantu yg beriya2 menggosok baju dan seluarnya, melipat pakaian dalamnya. Kita isteri, sentuhan kita pada barang2 suami sebenarnya ada 'roh' nya, jika 'roh' itu sentiasa di belai oleh orang lain... apa akan jadi, sudah pasti daya tarikan itu beralih arah. Tu sebab kadangkala terjadi suami yang segak kacak dan tampan serta isteri yg jelita, bekerjaya hebat serta pandai pun, bermadu dan madu nya pula hanya seorg pembantu rumah yg rupanya alahai... (ni bukan kes menghina fitrah rupa manusia yg dijadikan Allah swt, ini kes nak menunjukkan bahawa si isteri jelita pun, kalau kurang beri perhatian dan belaian suami boleh berubah angin!!!).

Jadi berhati2lah dalam mengizinkan orang lain menguruskan barangan /kebajikan suami. Begitu juga dlm hal makan minum, kan sudah dipesan orang tua bahawa nak jaga suami jaga perutnya terlebih dahulu. Dan antara dua lututnya... (syahwatnya) . Insya Allah, suami sentiasa sayang dan merindui kita. Bayangkan suami balik dari kerja, sudahlah lapan jam di luar, makan mungkin beli di kedai, dah tentu orang masak. Balik kerumah pun kita minta 'sunarti' buatkan air???. So bila masa kita dapat 'belai roh' suami agar dekat dgn kita??? Jadi kalau setakat secawan/ seteko air, tolonglah buat sendiri.

Penat usah cerita, semua kita penat, samada bekerjaya diluar atau sekadar surirumah. Namun itulah salah satu dari beribu2 cara yang boleh diguna pakai. Yang kadangkala kita anggap remeh serta tak masuk akal.

Lagi satu bab pakaian kecik, kalau orang moden2 sekarang mungkin dia rasa.... apalah mana ade logik, tapi cubakita lihat org tua dulu2 kat mana agaknya dia sorok pakaian dlm dia ya? Tak kan tak pakai pula kan, tapi kalau mereka basuh pun mereka sidai dalam satu tempat khas jauh dari penglihatan orang lain. Masa saya kecik2 dulu, nenek sidai pakaian dalam dia, dibelakang rumah, dalam satu ruang yg berpagarkan mata punai dan terbuka berangin) so, semua yg kecil2 (pakaian dalam) nenek sidai disini, jauh dari penglihatan org ramai yg lalu lalang. Sampai hari ini ibu juga sidai pakaian dlm berasingan dgn baju2 lainnya.

Berbanding kita sekarang, sidai pakaian dalam, bergayutan di ampaian dan kalau duduk apartment lagi seronok, sidai di ruang yg menghadap kejalan raya lagi... semua mata boleh memandang. Sorok2lah sikit...malu org tenguk...tak boleh bagi alasan tak ade ruang cuba adjust, ... kita buat diakan, bukan dia yang buat kita...

Pakaian dalam ini (maaf TM kena berterus terang sikit...tapi rasanya masih bahasa yg berlapik) bekas kita 'menyorokkan' aurat (bahagia sulit) kita suami isteri. Sekali lagi, sebaik2nya dijaga / diurus hanya oleh si isteri. Usah sekali2 membiarkan maid / pembantu membasuh (walau guna mesin) dan menyidai lalu melipatkannya. Bukan payah sangat pun, saiznya pun kecik2 saja ye tak...kenapa musti bagi org lain menguruskannya' ???

Dan ini yg paling penting, bisik nenek ketelinga, "bilik tidur kamu ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah dibiarkan orang lain menyentuhnya sewenang2, rahsia suami isteri ada di dalamnya terutama di katil (ranjang). Jadi usahakan sedapat mungkin tangan sendiri yg mengemasnya! !!.

Betul juga tu, bukankah saban malam kita bersama suami baring di situ, 'bersama' juga disitu, justeru 'roh' yang ada pada nya hanyalah antara suami dan isteri, peliharalah 'keserasian dan hubungan mesra antara keduanya agar kekal sampai bila2.

Pesan Harlene-selalu selalulah suap anak dengan tangan sendiri. Makanan yang ibu masak & disusuli dengan suapan tangan sendiri ke mulut anak akan menambahkan ingatan anak kepada ibu sentiasa. Hubungan akan lebih erat & anak akan makan lebih banyak berbanding dengan suapan sudu.

TQ pada seksiteri berkongsi dalam wisecommunity.net Malaysia (forum)

AIDS WARNING !

AIDS WARNING !


AIDS WARNING !

AIDS WARNING !

To all of you approaching 50 or have REACHED 50 and past, this email is especially for you......... ....



 
SENIOR CITIZENS ARE THE NATION'S LEADING CARRIERS OF AIDS!



 


HEARING AIDS

BAND AIDS

GARDENING AIDS

WALKING AIDS

MEDICAL AIDS

GOVERNMENT AIDS

MOST OF ALL,

MONETARY AID TO THEIR KIDS!

Not forgetting HIV (Hair is Vanishing)

and

AIDS : Acute income deficiency syndrome



I'm only sending this to my 'old' friends.

I love to see you smile.

Give me the grace to see a joke,

To get some humour out of life,

And pass it on to other folk.

An Adaptation from Jenny Than E-mail- Thank You Jenny

CHINESE MATHEMATICS

CHINESE MATHEMATICS


from Che Det by Dr. Mahathir Mohamad

3 people liked this

1. The Chinese understand numbers. Very early they invented the computer - not the electronic one - but the abacus.

2. The abacus in the hands of experts can outrun the electronic calculator.

3. The ability to calculate fast contributes much to the skills in business. The brain deduces problems much faster.

4. When I was Prime Minister a Chinese expert demonstrated to me how pre-school children could be taught to mentally multiply or divide big figures almost instantaneously. They know how to use the abacus for quick calculations. When asked to add, subtract, multiply or divide, they mentally move the beads of the computer in their minds. That way they were able to almost immediately give the answers.

5. The professor told me that the children were ordinary children, It was his system of mental calculation which enabled them to perform.

6. I asked the Ministry of Education to use Prof Xu Si Zhong's method for our primary schools. I don't really know the results.

7. The Professor came to see me recently to introduce improvements he had made to his method. I must say that his new method is even better.

8. Since I am now no longer in the Government I cannot persuade the Ministry of Education to adopt his system. It strikes me that if someone were to invest a small sum of money to put up a classroom for pre-school children to be taught mathematics using this method, there might be parents interested to send their children for a few hours a week to learn. I think the children will enjoy learning mathematics and the use of the abacus.

9. I will be happy to put interested private kindergartens and primary schools in contact with Prof Xu Si Zhong.

20 Amalan untuk Murah Rezeki (amalan 1-5)

Assalamualaikum warahmatullah,


Semua orang impikan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur, termasuklah saya. He.. he... Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Terdapat amalan-amalan yang boleh menjadi sebab Allah melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW : “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah SWT

Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “...(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Rasulullah SAW juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah SAW : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

Penulisan ini diadaptasi dari 'Taman-taman Syurga'

Akan bersambung............

Menonton Teater 'Metamorphosis' di KLpac

Seramai 70 Remaja dan 8 Pengiring dari PDK Selayang telah dibawa oleh Yayasan My Kasih menonton teater bertajuk 'Metamorphosis' diadaptasi dari novel karya Franc Kafka di KLpac, Sentul Raya pada 22hb Ogos 2010 (Ahad). Remaja ini terdiri dari Remaja OKU, Anak Yatim dan Anak Kurang Bernasib Baik.

Bergambar ramai selepas tamat menonton.

Kebanyakkan dari mereka merasa seronok menonton teater 'macam tonton wayang hidup' kata salah seorang dari mereka. Teater yang bermula jam 3:20 petang itu tamat pada jam 5:00 petang. Manakala harga tiket untuk teater tersebut adalah berharga RM48.00 seorang.

Mereka termasuk seramai 15 orang remaja dari PSPK Daerah Gombak.

Lawatan Kerja Ilmiah dari Pelajar Kolej ke 8 University Malaya.

Seramai 4 orang pelajar UKM dari Kolej ke 8
University Malaya telah datang ke PDK Selayang
(Jumaat-20hb Ogos 2010) untuk menjalankan kajian ilmiah terhadap pelatih PDK kurang upaya pembelajaran.

Mereka akan menjalankan kajian termasuk membuat pemerhatian, kajian kes, temuramah dengan ibu bapa dan Petugas PDK.

Pelajar UKM Berguru di PDK Selayang Buat Bunga Stokin

Seramai 6 orang pelajar Pendidikan Khas UKM Bangi telah datang ke PDK Selayang untuk berguru membuat Bunga Stokin.
Tekun menjalani latihan.

Mereka datang untuk belajar sendiri membuat bunga stokin tersebut sebagai persediaan awal apabila tamat nanti, yang mana mereka akan mengajar di Kelas Khas di Sekolah Menengah.
Bergambar beramai-ramai selepas tamat latihan.


Puan Azizah (baju jingga) Petugas PDK yang memberi
tunjukajar kepada mereka

Mereka juga akan menjayakan pameran kerjaya di UKM pada 11, 12 dan 15 Oktober nanti. Mereka akan membantu menyiapkan dan menjaga Gerai Pameran PDK pada tarikh tersebut.

Peserta OKU Mendeklemasikan Sajak

Saksikan salah seorang Peserta OKU dari PDK mendeklemasikan sajak pada Majlis Berbuka Puasa PDK-PDK Daerah Gombak.
video

Peserta tersebut ialah Nor Atilla Eamly dari PDK Hulu Kelang.

Persembahan Khas oleh Pelatih PDK.


Pada Majlis Berbuka Puasa Sambil Beramal PDK-PDK Daerah Gombak seramai 17 pelatih remaja telah mempersembahkan kebolehan masing-masing seperti mendeklemasikan sajak, menyanyi, bernasyid, mengaji Al-Quran, Azan, Membaca Do'a dan melakonkan sketsa pendek.




Majlis Berbuka Sambil Beramal PDK-PDK Daerah Gombak-210810

Empat buah PDK dalam Daerah Gombak telah berpakat untuk mengadakan Majlis Berbuka Sambil Beramal dengan kerjasama FR Management & Consultation pada 21hb Ogos 2010 bertempat di Hotel Adamson, Kuala Lumpur.

Selain dari itu mereka juga menjemput Kelas Khas dari Sekolah Menengah Jalan Reko, Kajang menyertai program tersebut bersama.

Setiap PDK telah diperuntukkan antara 20-30 tiket program berkenaan untuk dijual sebagai mengisi tabung PDK masing-masing.

Tiket tersebut dijual pada harga RM60.00 satu dan 50% dari jualan akan disumbangkan kepada PDK yang berjaya menjual tiket-tiket tersebut.

PDK yang mengambil bahagian ialah:

1. PDK Selayang.
2. PDK Rawang.
3. PDK Sri Kundang.
4. PDK Hulu Kelang.

Sebanyak 170 tiket telah berjaya dijual oleh PDK-PDK tersebut, walaupun hanya mempunyai tempoh selama lima hari untuk menjualnya.

Friday, August 20, 2010

NIKMAT MERDEKA

'Walau apapun pandangan orang lain terhadap Malaysia, kita harus menghargai nikmat Merdeka, yang sudah tentu belum wujud di beberapa negara lain'

Hargailah nikmat Merdeka Malaysia, jangan gadaikan kepada yang durjana.

Kibarkanlah Jalur Gemilang kereta anda, kerana ia akan kekal lebih lama dari yang dipasang di luar kereta.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

(53 Laungan Merdeka, 53 Tahun Kita Merdeka)