Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Friday, September 16, 2011

Warisan Jawi di bumi Vietnam



KONVOI Jejak Warisan Jawi 2 Jelajah Tujuh Negara bergambar dengan
sebahagian penduduk Kampung Chau Phong, Vietnam.

“APA khabar? Dari Malaysia?” Itulah ucapan selamat datang daripada Imran Abu Bakar, 45, kepada penulis ketika berada di sebuah perkampungan Islam di Chau Phong, Vietnam.

Baru-baru ini Bernama berpeluang menyertai ekspedisi Jejak Warisan Jawi II (JWJ2) dalam misi menjejak warisan Jawi di tujuh buah negara.

Sesetengah penduduk di Chau Phong boleh berbahasa Melayu termasuk Imran, yang juga guru di Madrasah Mahmudiyah di sini.

Imran berkata, hampir 100 orang daripada kira-kira 2,000 penduduk di Kampung Masjid Nikmah boleh berbahasa Melayu.

Melayu Champa

Rancak berbual dengan Imran membuatkan seseorang merasakan seperti berada di Malaysia. Tambahan pula, penduduknya ramai yang berpakaian seperti orang Malaysia.

Kaum Hawa dengan baju kurung, berkain batik dan bertudung manakala kaum Adam ada yang berkain pelikat dan berketayap putih.

Imran memaklumkan bahawa penduduk kampung berkenaan asalnya ialah daripada masyarakat Melayu Champa.

Di bawah pemerintahan Khmer dahulu, ramai orang Melayu Champa terpaksa melarikan diri ke Kemboja.

Jadi, tidak ramai lagi orang Melayu Champa yang tinggal di sini.

PENULIS (kiri) bergambar bersama seorang penduduk kampung di hadapan
batu penanda Kampung Nikmah, Chau Phong, Vietnam.
Pembersihan etnik oleh pemerintah terdahulu juga menyebabkan ramai generasi Melayu Champa sekarang tidak lagi pandai berkomunikasi dalam bahasa Melayu, katanya.

Sejarah dan trivia

Menurut sejarah, empayar Melayu pernah wujud dari kawasan Hue, Vietnam sehingga ke An Giang di sebelah selatan Vietnam di bawah kerajaan Champa.

Namun apabila kerajaan ini diserang, rajanya berundur ke Laos, Kemboja dan Thailand sehingga ke Kelantan dan Terengganu.

Kesan daripada pengunduran itu, wujud sebuah daerah yang juga pernah menjadi kerajaan Melayu pertama di Kemboja dan dikenali sebagai Kampung Cham dengan keluasan hampir 10,000 kilometer (km) persegi.

“Pengunduran orang Melayu Champa ini bermula sejak tahun 1,300 Masehi selepas mereka tewas dan ditindas di tangan orang Khmer.

“Pengunduran mereka ini memakan masa beratus-ratus tahun dan kerajaan Melayu pada masa itu bukan hanya satu, malah terdapat beberapa lagi kerajaan Melayu kecil di merata-rata tempat,” kata Pengarah JWJ2, Zaid Muhammad Mohd. Rais.

Zaid juga memaklumkan tentang satu trivia menarik mengenai empayar Melayu dahulu. Menurutnya, Angkor Wat di Kemboja pernah menjadi medan pertempuran empayar Melayu dan Khmer.

“Selain itu, dikatakan Wali Songo juga berasal dari kerajaan Melayu Champa, apabila Sheikh Jamalludin Kubra berkahwin dengan Puteri Kemboja yang juga orang Melayu Champa,” jelasnya.

Namun begitu, kedatangan Islam pada zaman itu tidak dapat dikenal pasti dengan jelas sama ada mereka sudah menganuti Islam atau tidak ketika zaman peperangan dahulu kala.



PENDUDUK Kampung Nikmah, Chau Phong di Vietnam gembira beramah mesra
dengan rombongan konvoi Jejak Warisan Jawi II.
 Bahasa dagangan

Walaupun bahasa Melayu dahulunya pernah menjadi bahasa dagangan, kini penggunaannya terutama tulisan Jawi semakin kurang di serata dunia termasuklah di Malaysia sendiri yang dahulunya pernah dikenali sebagai Tanah Melayu.

Antara yang dikenali ramai masih menggunakan bahasa Melayu adalah penduduk di Malaysia dan selatan Thailand, itupun dari segi komunikasi harian.

Namun, tidak disangka, penggunaan bahasa Melayu di Kampung Masjid Nikmah itu bukan sahaja digunakan dalam komunikasi, malahan dalam sistem pendidikan mereka.

“Di sini, tak ramai yang boleh cakap Melayu, adalah dalam 100 orang. Kebanyakan yang boleh cakap Melayu pun disebabkan mereka belajar agama ataupun mengajar,” kata Ghazali Ahmad, Pengetua Madrasah Azhar di kampung itu.

Tambahnya, buku agama dalam tulisan Jawi banyak digunakan dalam pembelajaran agama harian generasi lama ataupun baharu.

“Ada kira-kira 300 hingga 400 buah buku yang kebanyakannya hasil tulisan Sheikh Al-Fatani dan lain-lain. Secara tak langsung, apabila membaca dalam Jawi, kami boleh berbahasa Melayu,” katanya.

Antara buku tulisan Jawi yang digunakan ialah Sabilil Muhtadin, Faridatul Faraid, Hidayatus Salikin dan Furu'il Masail.


JEJAK JAWI adalah antara buku agama tulisan Jawi yang digunakan
bagi tujuan pembelajaran agama.
Belajar sehingga ke Malaysia
Keinginan untuk mendalami ilmu agama juga membawa mereka ke Malaysia.

Difahamkan Ghazali pernah berhijrah ke Malaysia untuk menimba ilmu agama dan tinggal kira-kira lima tahun sebelum pulang ke kampung halaman dan mencurahkan ilmu kepada generasi baharu.

Malahan, tradisi itu masih lagi berlangsung sehingga sekarang, katanya.

“Abang, abang dari Kuala Lumpur ya? Saya pun baru saja balik kampung ni, cuti semester,” kata Zakarigia Gojali, 22, pelajar Kolej Universiti Insaniah, Kedah.

Zakariga (baju putih) bersama rakan pelajar dari Malaysia

Beliau berkata, ada empat hingga lima orang dari kampungnya belajar di Malaysia.

“Ada yang belajar pondok, universiti atau kolej, yang kebanyakannya terletak antara Kedah dan Kelantan,” katanya fasih berbahasa Melayu.

Apa yang menarik, walaupun tidak pernah berkomunikasi dalam bahasa Melayu sebelum ini, cara percakapan Zakarigia seperti orang Melayu biasa, tidak kekok.

“Saya belajar bahasa Melayu ni kat sana lah, masa kat kolej, kawan-kawan ramaikan,” katanya yang baru tiga tahun belajar di Malaysia.

No comments: