Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang, (sila lihat
side menu).

Kakitangan:
Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Friday, November 26, 2010

Kursus Pemantapan Kejurulatihan Special Olympics anjuran Special Olympics Kuala Lumpur.

Kursus ini akan diadakan pada 11hb Disember 2010 bermula jam 8:00 pagi hingga jam 6:00 petang.

Kursus ini dikhaskan untuk Penyelia-Penyelia PDK dan Petugas-Petugas PDK yang telang mengikuti kursus di Adamson Hotel dan Grand Blue Wave Hotel, juga untuk NGO yang telah mengikuti program pengenalan/orientasi kepada Special Olympics.

Kursus akan dijalankan oleh Encik Chuah Poh Teong dari SOKL dan Encik Mohd Yusof Tawil serta Cik Ho dari Melaka.

Yuran kursus adalah sebanyak RM50.00 seorang termasuk 2 tea dan 1 lunch. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 4hb Disember 2010 dan terhad kepada 40 peserta pertama sahaja. urusetia kursus boleh dihubungi melalui talian +6017-885 8308.

Monday, November 22, 2010

Lawatan Kerja Amal Pelajar SM Sains Alam Shah

Pada 9hb Oktober seramai 40 orang pelajar dari Sekolah Menengah Sains Alam Shah telah melakukan lawatan kerja amal ke PDK Selayang. Mereka diiringi oleh 3 orang guru pengiring termasuk Encik Rijaludin yang juga merupakan salah seorang ayah kepada Pelatih OKU PDK Selayang.

Pelbagai Gaya mengecat
Mereka dipecahkan kepada empat kumpulan yang mana setiap kumpulan mempunyai tugas masing-masing iaitu, mengecat dinding bahagian luar tingkat bawah bangunan PDK, membantu mengemas dan membersihkan peralatan PDK, melakukan aktiviti bersama-sama pelatih OKU PDK dan membantu menyediakan makanan dan minuman untuk mereka sendiri.

Semasa mendengar taklimat


Punye le seronok! Sampai tak perasan..........

Melakukan aktiviti bersama pelatih OKU PDK Selayang
Taklimat telah disampaikan oleh Puan Noraini Othman iaitu Penyelia PDK Selayang.

Unit mengemas


Semua aktiviti mereka tamat pada jam 1 tengahari dan mereka menjamu selera sebelum berangkat balik ke sekolah mereka.

Unit membersih
Menurut guru pengiring mereka, program ini merupakan program tahunan anjuran sekolah mereka, memandangkan setiap hujung tahun selepas tamat peperiksaan, tidak banyak aktiviti yang dilakukan di sekolah. Oleh itu mereka akan membuat lawatan kerja amal ke beberapa rumah kebajikan disamping membuat amal mereka juga akan bermuhasabah diri melihatkan kepada kekurangan yang dihadapi oleh rakan mereka di luar dari sekolah.
Dah hampir siap

PDK Selayang; Kinabalu Challenge & Borneo Adventure 2010.

PDK Selayang akan menganjurkan program Kinabalu Challenge & Borneo Adventure 2010. Program selama 6 hari ke Negeri Dibawah Bayu tersebut dijangka akan diadakan samada pada penghujung Mei atau Awal Jun 2011.

Mount Kinabalu-view from Kundasang. Do not only view from the photo. You'll be amaze when you're there.
Jawatankuasa Penganjur program tersebut bercadang untuk membawa bersama seramai 5 orang OKU (masalah akal) bersama-sama dengan 3 orang Ibu Tunggal/Tinggal, 2 orang Warga Emas dan 5 orang kanak-kanak yang terdiri dari kalangan anak yatim dan anak kurang bernasib baik. Mereka akan diiringi oleh seramai 5 orang Petugas PDK bersama-sama beberapa orang sukarelawan/wati.

Via Ferrata-Highest in the World, eager to try it, ADA BERANI
Jawatankuasa Penganjur juga menjemput beberapa buah PDK yang ingin bersama-sama menyertai program di atas. Sehingga kini 3 buah PDK dari Negeri Sarawak telah menyahut cabaran untuk bersama-sama menyertai program tersebut.

2 kilometers to Summit
PDK-PDK di Daerah Gombak juga telah dijemput tetapi setakat ini hanya PDK Hulu Kelang sahaja yang menyahut cabaran tersebut.

Ini mungkin kerana masalah kewangan adalah halangan terbesar untuk mereka menyertai program tersebut, ini kerana kos untuk setiap peserta adalah dijangkakan sekitar RM1,600.00 seorang.

Peluang untuk menyertai program tersebut masih terbuka, ini kerana permohonan untuk mendapat permit mendaki, akan dibuat pada penghujung Disember ini. Oleh yang demikian PDK-PDK yang berminat masih mempunyai masa untuk mencari calon OKU untuk mendaki dan pengiringnya serta mendapat kerjasama dari ibubapa, keluarga dan Jawatankuasa PDK.

Syarat untuk menyertai adalah mudah, setiap seorang pendaki OKU (masalah akal dan masalah anggota yang minima) mesti diiringi oleh seorang pengiring yang sama jantina (jika peserta perempuan, pengiring mesti perempuan tetapi peserta lelaki, pengiring perempuan adalah dibenarkan). Dan, yang paling penting menpunyai kewangan yang mencukupi.

Badan/Persatuan Rekreasi/Kembara dari IPT adalah dialu-alukan untuk bersama-sama menyertai program ini, yang mana selain dari sebagai salah satu aktiviti badan/persatuan mereka, mereka juga boleh menjadi sukarelawan/wati dalam membantu OKU ini untuk mendaki hingga ke puncak.

Bird View of 'Tip of Borneo'
Selepas tamat mendaki, pada hari keempat mereka akan dibawa pula untuk melihat sendiri 'Tip of Borneo' dengan pemandangannya yang amat cantik disamping dapat menyaksikan sendiri pertemuan dua lautan iaitu Laut China Selatan (sebelah kiri) dan Laut Sulu (sebelah kanan) 'tanjung' tersebut.


Tip of Borneo
Foto-foto ini bertujuan untuk menguatkan lagi jemputan untuk anda menyertai kami, bila lagi......?

Karnival Hari OKU Antarabangsa Negeri Selangor Darul Ehsan 2010.

Kerajaan Negeri Selangor menerusi Unit Perancang Ekonomi Negeri akan mengadakan satu karnival sempena Sambutan Hari OKU Antarabangsa pada 5hb Disember 2010 (Ahad) bertempat di Dewan Belia Seksyen 7, Shah Alam.

Program tersebut akan dijalankan dengan kerjasama dari CBR Network Malaysia, yang akan mengadakan pelbagai acara menarik seperti Simulasi sebagai OKU (dua kategori), pertunjukkan Permainan Bocce (satu permainan dalam Sukan Special Olympics), Gerai Jualan Makanan, Minuman dan produk-produk OKU dari PDK-PDK yang mengambil bahagian termasuk beberapa NGO.

Pertandingan kuiz sempena hari tersebut juga akan diadakan dengan pelbagai hadiah menarik disediakan oleh penganjur.

Selain dari itu, gerai informasi (pameran) juga diadakan oleh pelbagai Jabatan Kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pendidikan, Jabatan Tenaga Kerja, jabatan belia dan Sukan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Penerangan, Majlis Bandaraya Shah Alam dan berbagai lagi.

Semua lapisan masyarakat adalah dijemput hadir untuk meraikan hari yang amat bersejarah bagai kalangan OKU tersebut.

Untuk OKU yang hadir pada hari tersebut makanan dan minuman untuk mereka disediakan oleh penganjur.

Adalah dijangkakan lebih darai 2 ribu akan mengunjungi karnival setengah hari tersebut yang akan tamat pada jam 2 petang.

Kejohanan Bowling Special Olympics Unified Team Daerah Gombak.

Lagi sekali gabungan PDK-PDK dalam Daerah Gombak mengadakan kejohanan bowling, kali nini berlainan format pula dengan mengenengahkan konsep Unified Team. Konsep ini menetapkan setiap seorang atlet Special Olympics akan bermain dalam kumpulan berempat yang mana ketiga ahli kumpulannya adalah orang normal yang terdiri samada dari ibubapa atau keluarganya, Penyelia atau Petugas PDK termasuk Jawatankuasa PDK dan juga Pegawai-Pegawai JKM Daerah Gombak.

Kejohanan tersebut akan diadakan pada 28hb November ini di Wangsa Bowl Selayang Mall bermula seawal jam 1 tengahari.

Seramai 32 orang atlet Special Olympics akan mengambil bahagian bersama-sama dengan seramai 96 orang pemain normal.

Hadiah berbentuk hamper menanti setiap seorang pemenang yang akan diberi sehingga tempat kelima.

Sementara itu sebanyak 5 hamper telah disediakan untuk cabutan bertuah kepada peserta-peserta yang tidak berjaya memenangi hadiah dari tempat pertama ke tempat ke lima. Hamper tersebut adalah sumbangan dari Puan Farizah Ahmad Sabhe.

Pengerusi Kejohanan ialah Puan Hajjah Zaharah Ali dari PDK Taman Seri Gombak.

Specialm Olympics Fun Bowling 2010.

Special Olympics Malaysia dengan kerjasama dari Mattel Malaysia Sdn Bhd akan menganjurkan Program Fun Bowling pada 27hb November 2010 (Sabtu) di Mega Lanes, Mega Mall, Seberang Prai, yang melibatkan kalangan atlet Masalah Intelek dari beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.

Atlet dari Daerah Gombak akan menyertai program di atas dengan menyertakan seramai 24 orang atlet dari 6 buah PDK dari daerah ini.

Mereka akan menaiki bas yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Gombak dengan kerjasama dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak. Mereka akan bergerak ke Seberang Prai pada 26hb November 2010 pada jam 10 pagi dari PDK Selayang.

Mereka juga akan diiringi oleh dua orang Pegawai Pengiring dari JKM Daerah Gombak.

Mereka akan menginap di Hotel Adamson Penang yang berada antara 2-3 km dari Mega Mall Seberang Perai.

Mereka dijangka kembali ke Gombak pada 27hb November sejurus selepas tamat program Fun Bowling tersebut.

Sunday, November 21, 2010

Kursus Asas untuk Petugas PDK Baru WPKuala Lumpur dan Terengganu DI.

Kursus Asas untuk Petugas PDK Baru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Terengganu Darul Iman akan diadakan bermula pada 22hb hingga 27hb November 2010 bertempat di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu.

Sejumlah 40 orang peserta dari kedua-dua negeri akan mengikuti kursus tersebut yang diatur oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kedua-dua negeri.

Kursus akan dijalankan dengan kerjasama dari CBR Network Malaysia yang menyediakan tenaga mahir dan pakar dalam menjalankan latihan kepada Petugas-Petugas PDK dalam konteks untuk melatih mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada Pelatih OKU di PDK dengan lebih baik dan teratur serta berpengetahuan.

Diharap semua Petugas PDK baru yang berpeluang mengikuti kursus ini akan memanfaatkan ilmu dan kemahiran yang diterima kepada Pelatih OKU PDK, Jawatankuasa PDK, Keluarga OKU dan masyarakat.

SASARAN & RANCANGAN TAHUN 2011 TELAH TERSEDIA

Kongres CBR Asia -Pacific akan diadakan pada tahun hadapan di Manila City dari 29hb November hingga 1hb Disember 2010.

Tema 'CBR BUILDING COMMUNITIES FOR EVERYONE'
Yuran Kongres tersebut adalah USD250.00 (RM800.00) untuk pendaftaran awal dan USD300.00 (RM960.00) untuk pendaftaran lewat.

Penginapan di Sofitel Plaza pula USD139.00 ++ (=USD170.00) semalam (RM530.00/malam)
Tarif VAT di Filipina ialah antara 12% hingga 12.60% (kita di Malaysia 5% pun dah melompat melolong)

Sofitel 5 bintang tu!!!

(budget hotel dalam jarak 2km dari Sofitel Plaza bermula dari USD41.00/malam (RM130.00 tak termasuk tax dan sarapan pagi di sebahagian hotel)

Tambang Air-Asia pula RM400.00 kalau beli awal, kalau lewat budget-budget le dalam seribu hu hu huuu.

Duit Poket (TEPUK SAKU TANYA DOMPET)

Saturday, November 20, 2010

Penyelia-Penyelia PDK Daerah Gombak di Asia-Pacific CBR Convention.

Penyelia-Penyelia PDK Daerah Gombak yang menyertai Asia-Pacific CBR Convention 2010 ialah:

Puan Noraini Othman-PDK Selayang.
Puan Hajjah Sara Saari-PDK Kg Kenanga Rawang.
Puan Rosita Omar-PDK Kg Melayu Sri Kundang.
Puan Fadhillah Rashid-PDK KAMII Gombak Setia.
Puan Suhaila Abdul Manap-PDK Hulu Kelang.
Puan Syarifah Halidah Hanam Syed Sheikh-PDK Taman Ehsan, dan
Puan Hajjah Zaharah Ali-PDK Taman Seri Gombak.

Tuu diaa! Dok Selonggok...senang tangkap gambag

Petugas PDK Selayang-Peserta Asia-Pacific CBR Convention 2010.

Pengerusi PDK Selayang iaitu Y. Bhg. Dato' Ir. Dr. Haji Azhari Md Salleh telah menghadiri Asia-Pacific CBR Convention 2010 selama tiga hari tersebut. Beliau amat berpuas hati dengan pengisian konvensyen tersebut yang mana banyak perkara baru telah diketahui dan perlu dilakukan untuk PDK Selayang.

Bersama Y. Bhg Dato' ialah Puan Jamaliah Ahmad dan Puan Alina Abdul Rahman, kedua-duanya Petugas PDK Selayang, yang juga telah dipilih untuk mewakili PDK Selayang sebagai peserta ke konvensyen tersebut.


Puan Alina Abdul Rahman (berbaju kurung biru kelabu) dan
Puan Jamaliah Ahmad (berbaju kurung kuning)


Disamping peserta mereka juga merupakan sukarelawati konvensyen tersebut dengan membantu Jawatankuasa Urusetia Konvensyen.

Penyelia dan Petugas PDK sebagai sukarelawan dan sukarelawati di Asia-Pacific CBR Convention 2010.

Seramai 3 orang Penyelia PDK dan 14 orang Petugas PDK telah berkhidmat secara sukarela menjayakan Konvensyen CBR Asia Pasifik 2010. Konvensyen ini merupakan yang pertama kali diadakan dirantau ini, dan Malaysia telah diberikan tanggungjawab oleh Asia-Pacific CBR Network untuk merealisasikan tugas tersebut.

Mereka telah ditugaskan untuk membantu Urusetia Konvensyen, Bahagian Kewangan Konvensyen dan Penyelaras Repotua dan Interpreter.

Mereka ialah Penyelia:

Puan Noraini Othman, Penyelia PDK Selayang: Pengerusi Jawatankuasa Urusetia Konvensyen.

Puan Suhaila Abdul Manap, Penyelia PDK Hulu Kelang: Pembantu Bahagian Kewangan Konvensyen.

Puan Zaharah Ali, Penyelia PDK Taman Seri Gombak: Sukarelawan Jawatankuasa Urusetia.

Petugas-Petugas dan Kakitangan dari PDK Selayang:

Puan Jamaliah Ahmad.
Puan Alina Abdul Rahman.
Puan Azizah Ibrahim.
Puan Zuriah Jabar.
Puan Siti Khalimah Jamil.
Encik Mohd Shah Rizal Mah@Man.
Puan Siti Nor Azila Saari.
Encik Mohd Syahrulikram Mohd Yasin.
Encik Syazzal Azhar Basar.
Puan Siti Hajar Abdul Ghani.
Puan Rohayah Zainal.

Petugas-Petugas dari PDK Hulu Kelang:

Puan Wahina Wahid.
Puan Halimatun Saadiah Muri.
Cik Salamiah Ahmad.

Sebahagian besar dari mereka mula bertugas pada 11hb November hingga 16hb November 2010 ada antaranya sehingga 18 jam sehari.

Tahniah! di atas kesungguhan, tanggungjawab dan dedikasi serta amanah yang mereka telah tunjukkan.

Terkini: 428 buah PDK di Malaysia.

Maklumat terkini dari JKM Malaysia.

428 buah PDK seluruh negara telah diwujudkan.

428 Jawatan Penyelia PDK.

1,654 Petugas PDK.

Lebih dari 18 ribu orang pelatih PDK.

Persoalannya: KEMANA MEREKA SELEPAS PDK?

Tuesday, November 9, 2010

PDK Akan Terima RM25 Ribu Duit Aktiviti Tambahan 2010.

Semua 409 PDK di Malaysia akan menerima Duit Aktiviti Tambahan 2010 sebanyak RM25,000.00 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, sebagai tambahan yang dari peruntukkan sediada.

Wang tersebut akan dimasukkan kedalam akaun setiap PDK selewat-lewatnya hujung bulan November ini. Menurut sumber dari JKM wang tersebut hanya boleh digunakan untuk program internal sahaja dan bukan untuk membuat lawatan yang kurang memberi faedah tetapi sekaligus boleh menghabiskan wang yang diberi.

MYR25,000.00

Jawatankuasa juga tidak boleh menyimpan wang tersebut kerana amanah yang diberi ialah untuk melakukan program dan aktiviti PDK. Kerana menurut arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara yang lalu telah menggariskan wang yang dipohon dan diluluskan atas perkara yang dipohon mesti digunakan untuk melaksanakan perkara yang dipohon sahaja. Jika tidak mereka telah dan boleh dituduh melakukan 'Kes Pecah Amanah'. Menurut KSU lagi wang yang dipohon jika disimpan sahaja dan tidak digunakan untuk tujuan yang dipohon juga telah diklasifikasikan melakukan 'pembohongan dan penipuan'.

Thursday, November 4, 2010

Sumbangan Kerajaan kepada PDK- VS -Sumbangan Jawatankuasa kepada PDK

Perbelanjaan yang ditanggung oleh Kerajaan Malaysia kepada P37 buah PDK di Negeri Selangor 2010.

i. Saguhati Petugas PDK dan caruman KWSP (majikan) – RM1,695,232.00


ii. Saguhati Penyelia PDK dan caruman KWSP (majikan) – RM547,008.00

iii. Bantuan Pendidikan untuk Pelatih OKU di PDK dan di rumah – RM2,989,800.00

iv. Sewa premis – RM301,200.00

v. Bil-bil Utiliti – RM81,400.00
 
Tu tidak termasuk gaji dan elaun Pegawai Penyelaras PDK di Negeri dan Daerah-Daerah.
 
BERAPA PULA JUMLAH KEWANGAN YANG DIJANA SENDIRI OLEH JAWATANKUASA PDK?

Lawatan oleh JOCV

Seramai 6 orang JOCV yang sedang berkhidmat di Malaysia telah melawat PDK Selayang untuk meninjau program Latihan Pemulihan Vokasional (LPV) dan program pemulihan anggota, pemulihan pertuturan dan pemulihan carakerja pada 27hb Oktober 2010.
Meninjau Latihan Vokasional-Latihan Masakan.



Meninjau Projek Bengkel Terlindung PDK Selayang


Bertukar-tukar pandangan dengan salah seorang ibu yang
mengiringi anak ke PDK Selayang.





Lawatan 2 orang Penyelia PDK Sarawak.

Dua orang Penyelia PDK telah melawat PDK Selayang pada 23hb Oktober 2010. Mereka ialah Puan Wendy Mandau dari PDK Bau dan Cik Annie Judin dari PDK Pibakat Kuching. Lawatan dilakukan kerana mereka telah membeli tiket kapalterbang untuk seminar oleh MCR di PWTC yang telah dicepat dari tarikh tersebut. Mahu tidak mahu mereka terpaksa datang juga ke KL kerana telah membeli tiket dan penginapan telah dibayar lebih awal.

Oleh itu masa tersebut mereka isikan dengan membuat lawatan ke PDK di Terengganu dan PDK Selayang.

Mereka sempat juga bertukar-tukar pandangan dengan 7 orang Penyelia-Penyelia PDK di Daerah Gombak yang kebetulan juga bermesyuarat di PDK Selayang.

Mereka akan datang lagi ke KL pada 12-15 November ini untuk menyertai Konvensyen CBR Asia Pasifik (Asia-Pacific CBR Convention 2010) yang akan berlangsung di Berjaya Times Square.

Pelawat dari JKMN Kelantan

Seramai 35 orang pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan telah melawat PDK Selayang untuk meninjau program-program dan aktiviti-aktiviti PDK.


Sedang mendengar taklimat dari Encik Mohd Yusof Tawil.



Melawat Projek Bengkel Terlindung PDK Selayang
Mereka telah disambut oleh Encik Ishak Muhammad PKMD Daerah Gombak dan Encik Mohd Yusof Tawil Naib Pengerusi II PDK Selayang.

Meninjau Projek Bengkel Terlindung PDK Selayang

Talentime PDK-PDK Selangor.

Gerai PDK Selayang
Talentime untuk PDK-PDK Selangor telah diadakan pada 26hb Oktober 2010 setelah ditunda, dicepatkan diubah dan macam-macam hal lagi.

Pertandingan yang diadakan ialah persembahan solo dan berpasukan serta produk PDK.

Untuk ketiga-tiga persembahan tiada guidelines atau peraturan (macam pertandingan zaman batu) yang diberikan. Main belasah aje.

Dua Pelatih PDK sedang membuat demo kraftangan.
Untuk PDK Selayang kami tak menang apa-apa kategori di atas. Tetapi kami menang Kategori ke empat: iaitu disegi jumlah jualan produk pada hari tersebut dengan jumlah RM734.00 tidak termasuk jualan produk lain-lain PDK dalam Daerah Gombak yang kongsi satu meja (kesian-8 PDK kongsi 1 meja dan ruangan bersaiz 8' X 8'). (Ada beberapa PDK(anak emas Kasih) dapat sampai 2 meja sekali). Biasalah penganjur nama pun KASIH (tentu ada banyak pilih kasih).

Tak sia-sia 3 orang Petugas PDK Selayang dan 3 orang OKU bertugas menjaaga gerai pada hari itu dari jam 12 tengahari hingga tamat program jam 5:30 petang.

Pemenang kategori nyanyian solo dimenangi oleh peserta dari PDK Semenyih.

Pemenang Kategori Solo
Pemenang kategori berkumpulan pula dimenangi oleh PDK Kajang

Pemenang Kategori Berpasukan
Pemenang produk pula diraih oleh PDK Sg Buloh.

Pemenang Kategori Produk
Pelatih PDK Selayang (T hijau) dan Petugas (T biru)