Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang, (sila lihat
side menu).

Kakitangan:
Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Sunday, February 6, 2011

Panduan Pemakanan untuk Pesakit Gout atau Hiperuricaemia

Mukaddimah:

Kebiasaannya asid urik dikeluarkan dari tubuh melalui urin atau air kencing. Namun begitu, metabolisma purin yang tidak normal menyebabkan asid urik berkumpul di dalam darah dan membentuk garam urates (kristal urates). Keadaan ini dipanggil GOUT.

Garam urates (asid urik yang berlebihan) akan dimendakkan di sendi-sendi terutama di bahagian leher, lutut, kaki dan jari akan meninggalkan kesan yang amat menyakitkan. Serangan juga dikaitkan dengan lebihan berat badan, kurang aktiviti fizikal dan pengambilan alkohol berlebihan.

Diet yang dikhaskan untuk pesakit gout atau yang mempunyai asid urik yang tinggi (hiperuricaemia) di dalam darah ialah DIET RENDAH PURIN

Bagaimana asid urik dihasilkan:

Asid urik dihasilkan di dalam tubuh dengan dua cara:
  • Dari makanan: iaitu sebagai bahan buangan hasil dari metabolisma protein yang dinamakan nukleo-protein. Protein ini mempunyai DNA dan RNA iaitu asid nukleik yang mempunyai genetik. Purin merupakan sebahagian dari asid nukleik ini. Apabila tubuh memproses nukleo-protein dari makanan, purin akan dibebaskan dan ia perlu dihapuskan. Jadi tubuh akan menukarkan purin kepada asid urik seterusnya mengeluarkannya dari tubuh melalui urin.
  • Dari sel-sel tubuh sendiri: di mana tubuh menghasilkan sejumlah asid urik. Apabila asid urik dihasilkan lebih cepat dari yang dihapuskan oleh buah pinggang, parasnya akan meningkat di dalam darah. Asid urik ini akan termendap pada beberapa jenis tisu seperti di sekeliling sendi. Ini akan menyebabkan inflamasi dan kesakitan.
Pesakit gout disarankan mengambil 3 liter air (10-12 gelas/50% dari keadaan biasa-8 gelas atau 2 liter) air sehari untuk membantu pengeluaran asid urik dan merendahkan risiko berlakunya pembentukkan kalkuli (kristal urik asid). Disebakan pengambilan makanan yang tinggi lemak ia mengurangkan pengeluaran urates tetapi pengambilan kabohidrat meningkatkan pengeluarannya, maka pesakit gout digalakkan mengambil makanan mengikut panduan piramid makanan.

Panduan Pemakanan:

Makanan dengan kandungan purin yang tinggi (>150mg/100g makanan). Pengambilan makanan ini biasanya akan menimbulkan kesakitan yang sangat cepat antara 15-60 minit selepas mengambil makanan, dalam sesetengah kes terpaksa mengambil pil anti gout atau pil tahan sakit dan kesan sakit akan hilang dalam temoh 24-72 jam. Kemungkinan berulang akan berlaku. Elakkan pengambilan makanan ini.
  1. Organ dalaman haiwan seperti hati, paru, jantung, pankreas, boah pinggang, perut, hempedal.
  2. Ikan bilis.
  3. Ekstrak daging.
  4. Angsa.
  5. Kepah.
  6. Sardin dalam tin/ikan sardin.
  7. Telur ikan.
  8. Alkohol (arak).
Makanan dengan kandungan purin sederhana (>50-150mg/100g makanan). Pesakit dibenarkan mengambil 1 ketul ayam, 1 ekor ikan (kembung, selar, mambung, ikan merah dsb dengan berat antara 150-200g/ekor/potong), daging tanpa lemak bersaiz 2 kotak mancis (<100g/potong) atau 1/2 cawan sayur dari kumpulan ini.

  1. Ikan (terutamanya ikan yang hidup dilaut dalam, bersaiz besar dan hidup lebih lama dari 6 bulan) Yu, Tuna, Siakap, Pari, Tenggiri, Parang dsb.
  2. Ayam.
  3. Daging merah (kambing, lembu, kerbau, unta, kuda).
  4. Kerangan-kerangan laut (kerang, kupang, siput retak seribu, siput sedut, dsb).
  5. Asparagus.
  6. Cendawan.
  7. Bayam.
  8. Tomato.
  9. Kekacang kering (dhal, peas)
  10. Petai, kacang buncis, kacang panjang, sayur bendi.
  11. Minuman berkarbonat.
Makanan yang mempunyai kandungan purin yang rendah (<100mg/100g makanan). Makanan ini boleh diambil setiap hari tetapi jumlah/kuantiti yang diambil hendaklah dikurangkan ke 1/3 hingga 1/2 dari jumlah asal yang diambil.
  1. Bijirin dan hasil bijirin seperti nasi, roti, mee, mee hoon, kue tiau.
  2. Kek dan biskut.
  3. Susu dan hasil tenusu seperti keju.
  4. Semua jenis minyak masak seperti minyak bijan, minyak jagung, minyak jagung (pengambilan secara minima), mentega, marjerin.
  5. Buah-buahan
  6. Minuman seperti teh, kopi, coklat, malt
  7. Gula, aiskrim, manisan dan puding (pengambilan separuh daripada biasa)
  8. Garam dan perasa makanan
  9. Herba
  10. Telur ayam (terhad kepada 2-3 biji seminggu)
Semoga kita kekal sehat, sehat dan sehat.

2 comments:

eelobor said...

untuk itu harus bersukan, paling kurang seminggu sekali. contohnya seperti aktiviti badminton

TMYZ said...

Jangan lupa selasa nih!