![]() |
| Nih dia ghupenye, pinjam gambau oghang. tq muncity |
Bahan-Bahan:
- 4 tin kacang pool (atau rendam kacang parang semalaman dan rebus hingga empuk -kisar/tumbuk hingga separuh kasar atau separuh halus - ikut suka), (kalau rendam dengan air panas 3-4 jam dah cukup)
- 1 tin kecil minyak sapi, (bukan minyak lembu aaaeh! takut ada yang naik minyak kang)
- 1 sudu makan ketumbar - di sangar, (kalau tak tau apekebendenye tuh, sila tanya oghang ghumah aku!)
- 1/2 sudu makan jintan manis - di sangar,
- 1/4 sudu makan jintan putih - di sangar,
- 3 biji bawang besar,
- 2 biji bawang putih, (pastikan bukan dua labu, nanti hantu pun taknak dekat).
- garam & gula sesedap rasa.
Taburan di atas kacang pool/hiasan penyedap mata atau penyedap selera-ikut suka, tapi mesti:
- Bawang besar & tomato (potong dadu) kalau malas cincang je (tapi macam hawau le ghupenye),
- Lada hijau (dihiris), Limau kasturi (dibelah dua) kalau boleh tolong buang bijinya, (takut masuk hidung nanti kang tumbuh lak!)
- Telur goreng mata kerbau (boleh goreng dengan minyak sapi/minyak sawit-ikut suka) (tapi kena ikut gak, kalau tak nak goreng pakai minyak ape? hah! minyak dagu!!).
Cara Cara:
- Panaskan minyak sapi dicampur dengan sedikit (2-3 camca) minyak makan ke dalam periuk.
- Tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga naik bau/pecah bau.
- Masukkan kacang parang yang sudah dimesin dan garam sesedap rasa dan tunggu hingga mendidih. (kalau masin sangat tu tanda gila nak kawin tok tua tuh!)
- Hidangkan dengan bahan-bahan taburan dan sedikit minyak sapi di atasnya dan beberapa keping roti perancis/roti kayu dan jangan lupa telur mata kerbau tadi sekali.
- Dah makan!....tak gheti-gheti cuci pinggan!! Chaaettt!!!
Kalau tak sedap, kenalah pegi Plaza Larkin, bayau RM3.50 kompom sedap, bende bebayau le katekannn!

1 comment:
Saya NG HONG SIONG dari Kepong baru, dan saya ingin mengumumkan bahawa DATUK YIP KUM FOOK telah menipu Kad Pengenalan Negara saya dan telah menjadi penipu sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ada orang yang mengatakan bahawa saya telah menjual Kad Pengenalan saya kepadanya, tetapi itu tidak benar. Malah, dia telah mengambil Kad Pengenalan saya untuk mencarikan saya pekerjaan.
Saya telah melaporkan diri ke banyak balai polis, tetapi mereka tidak aktif. Mungkin Datuk Yip Kum Fook dan polis boleh bekerjasama kerana Datuk Yip seorang ahli politik (MCA), dan dia boleh membayar wang kepada polis.
Sekarang, saya menderita kerana beberapa polis dan beberapa samseng menghubungi saya, juga pegawai bank menghubungi saya untuk mengatakan bahawa saya meminjam wang dari pelbagai bank. Inilah yang dilakukan oleh Datuk Yip kepada saya. Jika dia terus melakukan ini tanpa henti, saya akan berkongsinya di internet pada masa hadapan.
Saya berharap dapat berkongsi mesej ini dengan semua orang tanpa henti. Mungkin mesej ini mempunyai kuasa untuk membantu lebih ramai orang di dunia ini, berhati-hatilah dengan SIMON LOW KOK MENG, kerana dia sedang bekerjasama dengan Datuk Yip Kum Fook.
Dari, Ng, Kepong Baru
Post a Comment