Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Thursday, September 15, 2011

KTMB : Patut Perbaikki Perkhidmatan Tren Komuter (ETS)

Tiada siapa mengkehendaki berlakunya bencana, dan bencana memang tidak diketahui bila akan berlaku.

Semalam (14hb Sept 2011) berlaku banjir dan menyebabkan berlakunya limpahan air hujan yang mengganggu struktur landasan berpunca daripada hujan lebat lewat petang semalam di Km366.5 di antara stesen Sungai Buloh dan Rawang.

Yang peliknya gangguan hanyalah diantara stesen Sg Buloh dan stesen Rawang, tetapi ianya menjejaskan puluhan ribu penumpang yang menggunakan tren komuter.

Penumpang terpaksa menunggu sehingga satu jam untuk mendapat perkhidmatan dan terpaksa bersesak di dalam koc sardin KTMB.

Sepatutnya kawasan yang tidak terlibat dengan bencana atau gangguan tersebut iaitu dari stesen Sg Buloh ke stesen Sg Gadut boleh berjalan seperti biasa.

Kelihatan seperti kakitangan KTMB memang menunggu-nungggu kehadiran bencana untuk memonteng dari kerja.

Pengurusan KTMB perlu mencontohi Star LRT, Putra LRT dan Monorel untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan konsisten kepada para pelanggannya.

Mereka juga perlu menggantikan kakitangan yang beroientasi makan gaji buta kepada yang berorientasikan komiymen kepada kerja dan dedikasi kepada perkhidmatan yang disediakan.

80% hentian komuter merupakan kawasan yang padat dengan penduduk jadi tidak mustahil KTMB boleh menjana keuntungan dengan:

  1. Menambah kekerapan tren komuter.
  2. Menambah gerabak tren komuter.
  3. Membina stesen baru di kawasan yang memudahkan penumpang tiba di stesen komuter seperti di kawasan yang berhampiran dengan PPRT, kerana PPRT akan menyumbangkan penumpang teramai dan yang konsisten menaiki komuter dari kawasan perumahan mahal yang penghuninya rela menempuhi kesesakan jalanraya.
  4. Memperkenalkan laluan baru jarak dekat seperti dari stesen Subang Jaya ke stesen Sentul/terus ke Batu Caves, stesen Rawang atau stesen Sg Buloh ke stesen Bandar Tasik Selatan atau stesen Serdang, kerana kawasan ini mempunyai pengguna yang paling ramai terutamanya pada waktu puncak, hari kelepasan am dan hujung minggu.
KTMB patut berubah dan menghalakan pacuan paradigmanya dari 'memberikan perkhidmatan alakadar' atau 'jangan tak buat' kepada 'menyediakan perkhidmatan yang konsisten dengan kakitangan yang kompiten'.

No comments: