Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Saturday, July 31, 2010

Sesi Fisioterapi di PDK Selayang

Sesi Fisioterapi di PDK Selayang sepanjang Julai 2010.



Ombak Laut di Batu Rakit Terengganu

Video ini dirakamkan di Pantai Ratu Rakit Terengganu, semasa menikmati ICT (Ikan Celup Tepung).

Keadaan yang agak berangin kuat membuatkan ombak lebih tinggi dan kerap dari biasa.

Atlit PDK Selayang ke Kejohanan Special Olympics Malaysia ke 2.

Atlit Azharol Azri Roslan telah dipilih untuk mewakili SO Selangor ke Kejohanan Special Olympics Malaysia ke 2 di Ipoh pada 5-9hb Ogos nanti.

Azharol akan mengambil bahagian dalam sukan atletik acara 100m pecut dan lontar peluru.

Kejohanan Bocce Persahabatan Antara PDK Daerah Gombak 2010

Kejohanan Bocce Persahabatan Antara PDK Daerah Gombak 2010 akan diadakan pada:

Tarikh: 2hb Ogos 2010.
Masa: 7:30 pagi hingga 2:30 petang.
Tempat: Batu Arang.
Host: PDK Batu Arang.

Seramai 32 atlit dari 8 buah PDK dalam Daerah Gombak akan mengambil bahagian dalan 5 acara individu dan 2 acara berpasukan.

PDK yang mengambil bahagian ialah:

1. PDK Batu Arang.
2. PDK KAMII (Gombak Setia).
3. PDK Hulu Kelang.
4. PDK Kasih Templer.
5. PDK Kg Kenanga (Rawang).
6. PDK Selayang.
7. PDK Seri Kundang, dan
8. PDK Taman Seri Gombak.

Seramai 15 orang Pegawai Teknikal telah disediakan untuk memastikan kejohanan tersebut berjalan lancar.

Kejohanan Special Olympics Malaysia ke 2.

Kejohanan Special Olympics Malaysia ke 2 akan diadakan pada:

     Tarikh   : 5-9hb Ogos 2010.
     Tempat : Bandaraya Ipoh.

Terdapat 4 jenis sukan dipertandingkan iaitu:

1. Athletik (100m, 200m, 4X100m, Lontar Peluru dan Lompat Jauh)
2. Bolasepak (5 sebelah)
3. Bowling (Individu dan Berpasangan)
4. Bocce (Individu dan Berpasangan)

Atletik akan dijalankan pada 6hb (trek) dan 7hb (padang)
Bolasepak pada 7hb dan 8hb.
Bowling pada 7hb.
Bocce 7hb dan 8hb.

Majlis Makan Malam Perdana untuk meraikan semua atlit, kontinjen dan volunteer akan diadakan pada 7hb.

Bunga-Bunga: 310710

Bunga-bunga di Genting View



Bunga 1



Bunga 2

Keunikan Cahaya 5

Siri 5

lagi menarik

Sila perhatikan dengan teliti


Keunikan Cahaya 4

Kesinambungan diteruskan.

Nikmati cahaya yang menarik

Keunikan Cahaya 3

Kesinambungan dari Keunikan Cahaya 1 & 2

Hanya menggunakan sedikit teknik biasa


Tiada menggunakan eksoseri tambahan.

Keunikan Cahaya 2

Sambungan dari Keunikan Cahaya 1

Juga menggunakan kamera yang sama

di puncak Genting Highland

Keunikan Cahaya 1

Foto ini dirakam dengan menggunakan kamera otomatik 12mp.


Monday, July 26, 2010

Latihan Vokasional-Domestik Training-Daily Task

Latihan Vokasional untuk Pelatih LPV (Latihan Pemulihan Vokasional) PDK Selayang.

Tugasan Harian dari aspek Latihan Domestik. Pelatih LPV Ariff Ali (Intake Julai 2010)

Program Permata-Inspert Petronas ke PDK Selayang tahun ke 3.

Seramai 37 orang Pelatih Eksekutif Petronas telah mengadakan lawatan kerja amal ke PDK Selayang pada 23hb Julai 2010. Selepas perbincangan dan persiapan dibuat kerja-kerja bermula pada jam 9:30 pagi.

Mereka mengadakan program mengecat baki tembok pagar PDK yang belum siap dicat. Mereka juga membantu membersihkan kawasan sekeliling bangunan PDK serta menyusunatur peralatan .

Antara program lain, mengadakan aktiviti sukaneka untuk Pelatih EIP dan Pelatih LPV. Bersama-sama mereka, pelatih remaja membantu mengecat sambil diberi tunjukajar.
Seramai 30 Pelatih OKU PDK telah hadir bersama pada hari tersebut, mereka menerima pelbagai hadiah dan cenderahati dari Pelatih Eksekutif Petronas yang nyata amat pemurah.

Pelatih Ekesekutif Petronas yang berugama Islam telah bersembahyang Jumaat di Masjid Al-Firdaus Bandar baru Selayang dengan membawa bersama Pelaatih Remaja OKU bersembahyang dengan menaiki bas mereka.

Kos peraalatan, makanan dan minuman telah ditanggung semuanya oleh kumpulan tersebut dan PDK tidak mengeluarkan sebatrang keperluan kewangan.

Program mereka tamat pada jam 4:30 petang.

Kursus Asas Kerja Sosial Kumpulan 2 MAKPEM-OUM.

Seramai 8 orang Peserta Kursus Asas Kerja Sosial Kumpulan 2 dari MAKPEM-OUM telah mengadakan Lawatan Kerja Kursus ke PDK Selayang pada 21hb Julai 2010.

Mereka telah dipecahkan kepada 3 kumpulan kecil untuk melakukan tugasan kursus masing-masing.

Taklimat mengenai PDK Selayang disampaikan oleh Encik Mohd Yusof Tawil.

Wednesday, July 21, 2010

Logo PDK 2013


Logo PDK yang dilancarkan semasa konvensyen PDK 2010.




Logo ini boleh di 'copy' sebagai softcopy.

Tuesday, July 20, 2010

Larian Amal Islamic Outreach ABIM 2010.

Seramai 60 orang anak yatim, anak kurang bernasib baik, ibu tunggal serta kakitangan PDK akan menyertai Larian Amal Islamic Outreach ABIM pada 25hb Julai ini bertempat di Ampang Hilir.

Disamping itu seramai 50 orang OKU dari PDK Selayang, PDK Rawang, PDK Seri Gombak, PDK Hulu Kelang dan PDK Gombak Setia akan bersama-sama memeriahkan Larian tersebut dengan menyertai bersama larian amal tersebut.

MyKasih sekarang di Muar dam Melaka.

Program MyKasih sekarang telah berada di Muar (PDK Pagoh) dan Melaka (PDK Durian Tunggal).

Maklumat terkini akan diumumkan bila Encik Kevin Francis Gomez menyelesaikan perbincangan dengan Penyelia PDK-PDK tersebut.

Kejohanan Bocce Jemputan SO Kuala Lumpur.

Seramai 4 orang atlit bocce dari PDK Selayang dan tiga lagi dari PDK Seri Gombak akan menyertai Kejohanan Bocce Jemputan Special Olympics Kuala Lumpur pada hari ini 20hb Julai 2010 (Selasa) bertempat di Sekolah Menengah Seri Tasik, Cheras, Kuala Lumpur.

Mereka akan diiringi oleh Puan Alina Abdul Rahman dan Puan Azizah Mohd Yunos dari PDK Selayang manakala Puan Zaharah Ali dan Puan Sapidah Adenan dari PDK Seri Gombak.

Kita tunggukan keputusannya selepas pertandingan yang dijangka akan tamat pada jam 3:00 petang nanti.

Pembinaan Tandas Berkonsep "Universal Design"

PDK Selayang telaah membina sebanyak 2 unit tandas berkonsep "Universal Design" untuk memudahkan OKU dan Warga Emas serta Ibu Mengandung menggunakannya.

Tandas ini juga boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. Pembinaan telah dimulakan pada 7hb Julai 2010. Tandas ini bersaiz 5'6" (165cm) x 7' (210cm) dengan saiz pintu 38" untuk memudahkan penggunakan berkerusi roda masuk dan keluar serta bergerak semasa menggunakan tandas tersebut. Ia dilengkapkan dengan palang pemegang di bahagian dalam tandas untuk pelbagai kegunaan.

Kos untuk membina tandas yang berharga RM5,420.00 tersebut adalah dari sumbangan individu dan korporat.

Tandas ini dijangka siap dan boleh digunakan pada 22hb Julai 2010.

Peserta Kursus dari MAKPEM 140710

Seramai 36 orang peserta kursus dari MAKPEM telah datang untuk melakukan lawatan sambil belajar ke PDK Selayang pada 14hb Julai 2010. Mereka telah diberi taklimat oleh Physioterapist, Speech Terapist dan Occupational Therapist PDK Selayang.
Taklimat Am telah disampaikan oleh Puan Noraini Othman. Lawatan selama 3 jam tersebut telah berakhir pada jam 12:30 tengahari.

Thursday, July 15, 2010

Kursus Gubahan Bunga Sesi 2

Hasil dari kursus gubahan bunga sesi 2, makin cantik.

4 peserta dari PDK Selayang: 4 gubahan bunga hidup: