Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Sunday, June 24, 2012

PDK Selayang : Kinabalu Challenge and Borneo Adventure 2012, melakar sejarah tersendiri.

Tarikh 20-25hb Mei 2012 (Ahad-Jumaat), mungkin tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh para peserta 'Kinabalu Challenge and Borneo Adventure 2012'.
Kinabalu, pemandangan dari Bundu Tuhan

Apa tidaknya, jika 3 program yang sama pada tahun 2002, 2005 dan 2008, hanya melibatkan para pendaki dari PDK Selayang sahaja, kali ini mereka diserta oleh 3 PDK lain dalam Daerah Gombak, selain dari JKM Daerah Gombak.

PDK-PDK tersebut ialah:

  1. PDK Selayang;
  2. PDK Hulu Kelang;
  3. PDK Kg Kenanga, Rawang; dan 
  4. PDK Taman Seri Gombak; serta
  5. JKM Daerah Gombak.
Delegasi mereka dianggotai oleh seramai 13 orang pendaki, yang terdiri dari seorang Pengarah Program, seorang Pegawai Pengiring, 3 orang Penyelia PDK, 4 orang Petugas PDK dan 4 orang Pelatih OKU Remaja PDK.
Sedang menunggu hudangan di Restoran Cili Padi Kota Kinabalu
Woitttt!!....... tak melawe pun.....

Nasi Goreng Telur Mata Kerbau


Nasi Paprik (paprika), jangan kacau! aku punya.

Pengarah Program:
  • Encik Mohd Yusof Tawil (PDK Selayang).
Pegawai Pengiring (Pegawai Penyelaras PDK Daerah Gombak):
  • Puan Nor Zulina Mansor.
Pelatih-Pelatih OKU PDK:
  1. Hamzah Ahmad Kamal (27 tahun);
  2. Nurul Atila Ramly (24 tahun);
  3. Mohd Yusril Hafiz Mohd Shukri (21 tahun); dan
  4. Muhammad Danial Azrai Zulkifly (14 tahun).
Penyelia-Penyelia PDK:
  1. Puan Hajjah Sara Shaari (PDK Kg Kenanga, Rawang);
  2. Puan Suhaila Abdul Manap (PDK Hulu Kelang); dan
  3. Puan Hajjah Zaharah Ali (PDK Taman Seri Gombak).
Petugas-Petugas PDK:
  1. Encik Mohd Shah Rizal Mah@Man (PDK Selayang);
  2. Puan Wahina Wahid (PDK Hulu Kelang);
  3. Puan Halimatun Sa'adiah Muri (PDK Hulu Kelang); dan
  4. Cik Salamiah Ahmad (PDK Hulu Kelang)
Hari Pertama 20hb Mei 2012 (Ahad).

Mereka telah bergerak dari Selayang pada jam 3:00 pagi ke LCCT, menaikki pesawat AirAsia kedua terawal ke Kota Kinabalu dan tiba di KKIA pada jam 10:50 pagi. 

Mereka terus menaikki van yang telah disewa khas (van pengangkutan berlesen) untuk program tersebut yang dipandu sendiri oleh pemiliknya iaitu Encik Ebah. 

Kemudian mereka makan tengahari di Restoran Cili Padi berhampiran dengan Bulatan Sembulan dan Masjid Negeri Sabah.

Selepas itu mereka terus menuju ke Kundasang untuk merehatkan diri di Mountain Resthouse yang hanya 100 meter selepas simpang Kinabalu Park, dan tiba pada jam 4:30 petang.

Perjalanan selama 1 jam 40 minit tersebut disambut dengan suasana hujan renyai-renyai ketika menghampiri Pekan Nabalu dan suasana yang dilitupi oleh kabus tebal, tetapi oleh kerana Ebah telah biasa dengan keadaan tersebut ia terus memandu pada kelajuan antara 50-70 km/jam mendaki dengan jalan yang bengkang-bengkok.
Waduh! Waduh!! Waduh!!! Tidak nampak apa-apa bah!!!!

Hamzah dengan Encik Ebah,
"sama besar bah!"

Hamzah nak masuk van semula, dia kata 'sejuk', walaupun dia pakai
kot bulu seberat 5 kilogram

Mereka berhenti sebentar di Bundu Tuhan untuk berehat dan mengambil gambar (hanya 400 meter ke Mountain Resthouse).
dah tiba, tengah unloading

haaaa! tu dia ghoupa ghumah kita oghang

kalau macam nih pun kata RM20/seorang/malam,  mahal gakkkk!
lu buat sendri...........

Pada jam 5:40 petang mereka berjalan kaki ke Kinabalu Park untuk meninjau sekitar taman tersebut dan mereka mengambil makan malam di Restoran Liwagu 10 minit dengan kenderaan (teksi gunung-kenderaan khas Kinabalu Park) dari pejabat Kinabalu Park.
Pemandangan dari simpang Kinabalu Park

dekorasi tuala Liwagu Restaurant

semua suka, sebab dah kenyang, walaupun kena bayar RM20/orang
(ada yang pucat gigi, bila teeeengok menu)

Selepas makan mereka balik ke penginapan dengan kenderaan yang sama dari Restoran Liwagu ke Pejabat Kinabalu Park dan meneruskan dengan berjalan kaki hingga ke penginapan.

Oleh kerana cuaca yang sejuk pada sekitar 10-14 Celcius, mereka berehat awal malam tersebut.......

Selamat malam;


--> bersambung ke hari kedua --> 




CBR Network Malaysia : Persembahan 'The Epos of Solitude" amat berjaya dan penuh bermakna.


'The Epos of Solitude' itulah tajuk persembahan yang dijayakan oleh CBR Netwoek Malaysia.


Kejayaan tersebut bukanlah kejayaan CBR Network Malaysia semata-mata, tetapi ia juga merupakan kejayaan beberapa PDK yang mengambil bahagian dalam persembahan tersebut iaitu:

  1. PDK Selayang;
  2. PDK Rawang;
  3. PDK Hulu Kelang;
  4. PDK Sungai Buloh;
  5. PDK Seri Cahaya, Ijok; dan
  6. PDK Kuala Selangor.
Kesemua PDK di atas telah menyediakan beberapa pelatih OKU dan Petugas PDK dalam menjayakan persembahan tersebut.

Selain itu, mereka juga disertai oleh remaja-remaja dari PPRT Rimba Jaya, Shah Alam, termasuk beberapa OKU individu dari Kajang, Semenyih dan Cheras.

Keseluruhannya, seramai 35 orang OKU mengambil bahagian dalam persembahan tersebut dibantu oleh 20 anggota persembahan tambahan dan 15 orang krew bertungkus-lumus dalam memastikan kejayaan persembahan tersebut. Mereka semua bertugas secara sukarela.

Mereka dilatih oleh Encik Shahrin Hamid dan beberapa rakannya seperti Encik Nur Muha Aziz, Encik Zaki dan beberapa orang lagi.

Persembahan telah diadakan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selama dua malam iaitu pada 8hb dan 9hb Jun 2012 (Jumaat dan Sabtu) bermula jam 8:30 malam.

Persembahan kedua-dua malam tersebut adalah ditaja oleeh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Seramai hampir 400 orang penonton telah hadir pada malam pertama, antaranya Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Encik Harjit, Pegawai Penyelaras PDK Malaysia Encik Sulaiman Ismail, Dato' Shah Reza dan beberapa Ahli Jawatankuasa Ikatan (DBKL).

Presiden CBR Network Malaysia iaitu Puan Hajjah Noor Yasmin Abdul Karim telah menyampaikan ucapan alu-aluan pada malam tersebut.


Pada malam kedua, adalah dianggarkan seramai 550 orang penonton telah hadir menyaksikan persembahan tersebut. ini termasuklah Tan Sri A Samad Said, Datuk Hajjah Shamsiah dan Datin Paduka Hajjah Khatijah Suleiman.

Beberapa sukarelawan/sukarelawati juga turun membantu sebagai 'usherer' pada kedua-dua malam tersebut.



Saturday, June 23, 2012

PDK Selayang : 9 Pelajar Fisioterapi Kolej Sains Kesihatan Bersekutu jalani praktikal di PDK

Seramai 9 orang pelajar jurusan pemulihan anggota telah menjalani latihan praktikal di PDK Selayang selama 2 minggu bermula dari 4-16hb jun 2012.

Sebahagian dari pelajar tersebut (berbaju dan bertudung gelap) bergambar bersama
sebahagian Pelatih dan Petugas PDK Selayang.

Mereka terdiri dari 5 orang pelajar dari KSKB kampus Johor Bahru yang bermalam di PDK, manakala 4 orang lagi adalah dari kampus Sungai Buloh.

Mereka diletakkan di bawah pengawasan Puan Daw San San iaitu Jurupulih Anggota PDK Selayang.