Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Tuesday, June 30, 2015

PDK Selayang : Kontrak Penyediaan Juadah Iftar Ramadhan 1436H dari Surau Al-Karimiah.

PDK Selayang telah diberi kepercayaan oleh Jawatankuasa Surau Al-Karimiah, Kampung Laksamana, Batu Caves untuk menyediakan juadah Iftar Ramadhan 1536H. Tahun ini merupakan tahun ketiga Jawatankuasa Surau tersebut memilih penyedia juadah bersama dengan dua penyedia lagi.

Pada tahun ini, Jumlah hari untuk prnyediaan telah ditambah dari 12 hari pada Ramadahan 1435H kepada 16 hari.

PDK Selayang telah menugaskan seramai 3 orang Jurumasak dari kalangan Petugas-Petugas PDK (Petugas yang sama sejak Ramadhan 1434H). Mereka akan mula menyediakan makanan selepas tamat waktu mengajar (@:00pm).

Pada sebelah pagi, mereka diarahkan untuk menggunakan pelatih-pelatih remaja  untuk membantu mereka menyiang dan menyediakan bahan-bahan untuk masakan.

Ini membolehkan mereka mendapat tambahan pendapatan menjelang Eid-Mubarak nanti.

Foto: sebahagian masakan yang disediakan pada hari 13 Ramadhan 1436H.





PDK Selayang : Lawatan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) -30hb Jun 2015

Tajuk Lawatan : Lawatan Pembelajaran Luar Bilik Darjah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Tujuan Lawatan : Memenuhi keperluan kursus 'Pemulihan Dalam Komuniti (PKU3123)'
Tarikh Lawatan : 30hb Jun 2015.
Masa : 8:45 pagi - 1:00 petang
Jumlah Pelajar : 16 orang
Pensyarah : 1 Orang (Puan Mageswari Marie).
Juru Taklimat : Naib Pengerusi II PDK Selayang.





































Friday, June 26, 2015

Hukum Tazkirah Ketika Tarawih

Di dalam bulan Ramadan, amalan yang paling utama ialah puasa yang dilakukan di siang hari dan qiyam Ramadan yang lebih dikenali dengan solat tarawih yang dilakukan di malam hari selepas selesai Solat Isyak.
Di samping dua amalan utama ini, amalan-amalan kebajikan lain juga masih berjalan seiringan, seperti membaca al-Quran, memberi sedekah, nasihat, bantuan dan sebagainya.
Melihat kepada soalan, kita dapati di kebanyakan masjid dan surau di negara kita, ada dibuat tazkirah iaitu sesi nasihat ringkas semasa melaksanakan solat tarawih.
Waktu tazkirah itu juga berbagai-bagai, ada yang selepas solat Isyak, ada yang selepas empat rakaat, ada yang selepas selesai solat sunat tarawih, bahkan ada juga yang dilakukan antara solat Maghrib dan Isyak.
Justeru, apakah hukumnya? Untuk menjawab soalan ini, dapatlah saya kaitkan dengan masa tazkirah itu.
Pertama, tazkirah dibenarkan jika dibuat di waktu yang tidak mengganggu tujuan utama para makmum yang datang semata-mata untuk solat. Waktu yang dibenarkan adalah antara solat Maghrib dan Isyak dan selepas selesai solat tarawih keseluruhannya.
Kedua, tazkirah yang tidak dibenarkan iaitu jika dibuat di waktu yang mengganggu para makmum yang datang untuk tujuan solat sahaja. Waktu yang tidak dibenarkan adalah selepas solat Isyak dan di antara solat-solat tarawih, seperti selepas dua rakaat, empat rakaat, enam rakaat dan seterusnya.
Mengapakah dibahagikan hukum tazkirah mengikut waktu? Jawapannya pertama, kerana ajaran Islam sentiasa meraikan perasaan manusia.
Di dalam menyampaikan tazkirah dan nasihat, hendaklah kita raikan perasaan pendengar agar mereka tidak bosan. Dalilnya adalah kata-kata Abdullah bin Masud r.a., “Sesungguhnya Rasulullah SAW memberi peringatan kepada kami secara selang seli dalam hari kerana takutkan kami bosan.” (Hadis riwayat al-Imam Muslim, no. 2821)
Kedua, kerana ajaran Islam tidak mengandungi unsur memudaratkan. Di antara maqasid iaitu tujuan asal tazkirah adalah menyampaikan manfaat kepada pendengar.
Dalilnya adalah hadis Ubadah bin al-Samit bahawa “Rasulullah memutuskan bahawa tidak dibenarkan membuat mudarat kepada diri sendiri mahupun kepada orang lain (La darara wa la dirar).” (Hadis sahih riwayat al-Imam Ibn Majah, No. 1909).
Akan tetapi jika tazkirah itu mengandungi unsur paksaan, di mana sebahagian para makmum datang hanya untuk solat Isyak dan solat tarawih dan ingin pulang awal kerana pelbagai urusan; maka jika dibuat tazkirah di waktu ini, perkara ini hanya akan melewatkan mereka.
Dalam erti kata lain, perkara ini akan menimbulkan kemudaratan kerana sebahagian para makmum akan mula berasa benci dengan ‘sistem’ tazkirah yang dibuat oleh surau atau masjid.
Sebahagian mereka juga akan berasa berat dan serba salah kerana mereka mempunyai urusan lain tetapi ingin juga melakukan ibadah solat tarawih secara berjemaah.
Secara konklusinya, jika surau dan masjid ingin membuat tazkirah tarawih, buatlah setelah selesai solat tarawih supaya tidak membebankan para makmum.
Boleh juga tazkirah itu dibuat antara solat Maghrib dan Isyak. Semoga amalan kita diterima oleh Allah Taala.
Oleh : DR. FADLAN MOHD. OTHMAN

Tuesday, June 23, 2015

CBR Network Malaysia : 5th CBR Africa Network Convention, Nairobi 2015.

CBR Africa Network (CAN) telah mengadakan konvensyen kali ke: 5 pada:

Tarikh  : 1hb-5hb Jun 2015.
Tempat : Kenyatta International Convention Center (KICC), Nairobi, Kenya.

CBR Netwaork Malaysia, telah menghantar salah seorang Jawatankuasa Utamanya iaitu Encik Mohd Yusof Tawil bersama-sama dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling iaitu Encik Ishak Muhammad ke konvensyen selama 5 hari tersebut.

Tujuan utama penghantaran mereka ialah untuk mengadakan promosi kepada peserta-peserta konvensyen tersebut mengenai 2nd CBR World Congress yang akan dianjurkan oleh CBR Network Malaysia khasnya dan kerajaan Malaysia amnya, pada:

Tarikh   : 26hb-29hb September 2016.
Tempat : Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
Tema    : CBR: EMPOWERING AND ENABLING












Bulan 5 Ramadhan 1436H (Ahad)

Gambar Bulan yang diambil pada Ahad malam (5 Ramadhan 1436H / 21hb Jun 2015)