Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang, (sila lihat
side menu).

Kakitangan:
Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Wednesday, March 31, 2010

Proses Pendaftaran OKU untuk mengikuti Kelas EIP dan Fisioterapi di PDK Selayang


Pendaftaran Bakal Pelatih PDK yang dilakukan oleh Penyelia PDK Selayang Puan Noraini Othman pada 29hb Mac 2010 jam 10 pagi di bilik One-Stop-Center PDK Selayang.

Kelas Fisioterapi Mac 2010




Kelas fisioterapi Mac 2010 yang dikendalikan oleh Puan Daw San San setiap hari dari Isnin-Jumaat dari jam 8:30-11:30 pagi.

Lawatan dari PDK PAKA, Terengganu

Satu delegasi pelawat seramai 35 orang yang terdiri dari Jawatankuasa, Penyelia PDK, Petugas PDK, Ibubapa dan OKU telah melawat PDK Selayang pada 26hb Mac 2010. Mereka tiba pada jam 3 petang.
Tujuan mereka melawat ialah untuk memberi pendedahan kepada OKU dan Jawatankuasa PDK mengenai program dan aktiviti yang boleh mereka kongsi dan mempelajarinya untuk dipraktikan di PDK mereka.
Mereka disambut oleh Puan Jamaliah dan Puan Siti Nor Azila bersama-sama dengan sebahagian Petugas PDK beserta OKU Remaja.

Pelawat dari PDK Semenyih

Seramai 12 orang pelawat dari PDK Semenyih yang terdiri dari 9 Petugas dan 3 Jawatankuasa telah mengadakan lawatan sambil belajar ke PDK Selayang pada 26hb mac 2010. Mereka telah disambut oleh Puan Jamaliah Ahmad (Penolong Penyelia I) da Puan Siti Nor Azila Saari (Jurupulih Carakerja da Penolong Penyelia II).

Mereka telah diberi taklimat oleh Puan Siti Nor Azila mengenai program-program dan aktivit-aktiviti PDK ini. Mereka bergerak pulang pada jam 12 tengahari.

Financial Literacy untuk Ibu Tunggal di PDK Selayang




Yayasan MyKasih dengan kerjasama dari PDK Selayang dan LPPKN telah berjaya mengadakan program Financial Literacy untuk ibu tunggal/tinggal/wanita miskin yang menerima sumbangan bulanan dari Yayasan MyKasih.




Program ini memerlukan ibu beserta dengan 2 anak mereka yang akan membentuk satu pasukan dalam gameplay yang telah disusunatur oleh LPPKN. Sebanyak 15 pasukan telah tampil untuk mengambil bahagian dalam program ini.
Terima kasih kepada Yayasan MyKasih dan LPPKN membawa program ini ke PDK Selayang.

Sukarelawan/wati Teknikal di Kejohanan Special Olympics Sekolah Semangat Maju


Seramai 4 orang sukarelawan/wati dari PDK Selayang dan PDK Taman Seri Gombak telah membantu Kejohanan Special Olympics Sekolah Semangat Maju 2010 bertempat di Stadium Indra Mulia, Ipoh, Perak D.R. pada 3-4 Mac 2010.


Mereka ialah Encik Mohd Yusof Tawil dan Puan Noraini Othman dari PDK Selayang, Puan Hajjah Zaharah Ali dan Puan Safidah Adenan dari PDK Taman Seri Gombak. Mereka membantu sebagai Pegawai Teknikal Kejohanan dengan Mohd Yusof sebagai Ketua Pengadil, sementara ketiga-tiga yang lain sebagai Hakim Lorong.


Mereka juga telah bersetuju untuk membantu Kejohanan Special Olympics Perak 2010 yang akan diadakan April nanti di tempat yang sama.

4th Special Olympics Selangor Athletics Game 2010


PDK Selayang telah menghantar seramai 12 orang atlit Special Olympics ke Kejohanan Special Olympics Selangor Kali Ke: 4 bertempat di Stadium UKM, Bangi pada 20hb Mac 2010.


Seramai 6 dari mereka telah memenangi pingat (emas/perak/gangsa) dan selebihnya memenangi ribbon (tempat ke 4-8).


Mereka diiringi oleh Puan Rohayah Zainal sebagai Ketua Kontingen, Puan Alina sebagai Ketua Jurulatih dan Encik Mohd Shah Rizal Mah@Man dan Puan Siti Khalimah Jamil sebagai Jurulatih.


Beberapa orang atlit Special Olympics dari PDK ini juga mengiringi mereka sebagai penyokong bersama-sama beberapa ibubapa/keluarga dengan menggunakan sebuah bas panjang.