Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Saturday, January 29, 2011

PBSM serah rumah anak yatim di Aceh

Daripada Lum Chee Hong di Banda Aceh;  lumch@bharian.com.my 2011/01/29

BANDA ACEH: Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) menyerahkan Rumah Anak-Anak Yatim Mina Raya Padang Tijie, Pidie kepada Yayasan Mina Raya selepas menyempurnakan komitmen membiayai operasi Program Tsunami PBSM, Khamis lalu.

Naib Presiden PBSM Kebangsaan, Datuk Wira Dr Bahari Abu Mansor, berkata PBSM juga menyalurkan derma rakyat Malaysia bernilai lebih RM6.7 juta bagi membangunkan rumah anak yatim kepada Yayasan Mina Raya.

Sumbangan ini disalurkan selama tiga tahun. Ia digunakan bagi menampung kos pentadbiran serta pengurusan harian rumah anak yatim itu yang menempatkan antara 50 hingga 150 penghuni dari 2007 hingga sekarang. "Selain itu, Majlis Eksekutif Kebangsaan PBSM melalui Tabung Tsunami PBSM meluluskan peruntukan sebanyak RM50,000 bagi membaik pulih bangunan sedia ada," katanya yang mewakili Pengerusi PBSM Kebangsaan, Tan Sri Tunku Shahriman Tunku Sulaiman pada majlis menandatangani penyerahan asrama anak yatim dari PBSM Kepada Yayasan Minaraya di sini, kelmarin.


Turut hadir, Bupati (Pegawai Daerah) Pidie merangkap Penaung Yayasan Mina Raya, Mirza Ismail; Naib Pengerusi PBSM Kebangsaan yang juga Setiausaha Agung Kehormat Kebangsaan, Datuk Dr Noordin Ab Razak serta Ketua Yayasan Minaraya, Dr Hasanusi A Wahab.

Pada majlis itu, Dr Noordin dan Dr Hasanusi menandatangani penyerahan Rumah Anak-Anak Yatim Kabupaten (Daerah) daripada PBSM kepada yayasan itu sambil disaksikan Mirza dan Dr Bahari.

Manakala, sumbangan AS$10,000 turut disalurkan PBSM kepada yayasan itu supaya terus berusaha menambah dana.

Sementara itu, Dr Bahari berkata, cadangan Palang Merah Indonesia (PMI) supaya menjadikan anak yatim sebagai anak angkat dilihat amat baik, namun pihaknya perlu berbincang lebih lanjut mengenainya.

"Kita akan membentangkan cadangan itu. Mereka yang ingin membantu boleh menelefon ibu pejabat untuk menyatakan hasrat atau berkongsi kaedah sesuai bagi menjayakan program anak angkat terbabit,” katanya.

“Ada cara dibenarkan untuk membantu anak yatim melalui saluran tertentu seperti menjadikan mereka anak angkat yang dibawa ke Malaysia atau membiayai pelajaran mereka," katanya

p/s: begitulah baiknya rakyat Malaysia.

Chinese New Year Festive : All set to dazzle

By WINNIE YEOH , winnie@thestar.com.my

BRIGHTLY-LIT giant ‘rabbit’ decorations are set to lead visitors from the foothill to the 120-year-old Kek Lok Si temple in Penang to celebrate the coming Chinese New Year.

Kek Lok Si Temple, Penang-Photos by GARY CHEN
Framed with LED bulb wirings on lamp posts, they will burst into an array of rainbow colours when they are switched on during the annual lighting ceremony at 7pm tomorrow to usher in the Lunar Year of the Rabbit.

The ‘rabbit’ fixtures — along with 12,000 red and yellow lanterns and some 250,000 decoratives bulbs — will be a sight to behold at night as they will remain lighted up until March 2.

p/s: The Committees, Staffs and Inmates of PDK Selayang wishing Gong Xi Fa Chai and Selamat Tahun Baru China to all Malaysians.

Jawatankuasa PDK : Tugas & Tanggungjawab / Pengerusi

Memegang Jawatan dalam pelbagai entiti memang menjadi kebanggaan sesetengah orang, tak kiralah apa entiti pun termasuk PDK. Ramai antara mereka berbangga apabila dipilih atau memilih diri untuk menjadi Ahli Jawatankuasa PDK.

Tetapi kita perlu ingat, setiap jawatan yang dipegang adalah amanah dan mempunyai tanggungjawabnya yang tersendiri, lagi tinggi jawatan lagi banyak dan besar tanggungjawab. Secara sedar atau tidak setiap perkara yang kita lakukan mesti mempunyai peraturan dan syaratnya, syarat yang paling utama ialah TANGGUNGJAWAB.

Jika seseorang itu dilantik/diamanahkan memegang sesuatu jawatan dalam PDK, contohnya; mereka haruslah menunaikan atau melakukan tanggungjawab/amanah yang ditugaskan apabila menerima jawatan tersebut, jika tidak melakukan tanggungjawab tersebut maka gelaran yang paling sesuai ialah 'JAWATANKUASA TAK BERTANGGUNGJAWAB DAN TAK BERAMANAH'.

Di sini dicatatkan amanah dan tanggungjawab aka tugas sebagai Pengerusi PDK, seperti yang terdapat dalam Buku Garis Panduan Pengurusan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia pada tahun 2003:
  1. Mempengerusikan semua mesyaurat atau perjumpaan yang diadakan oleh Jawatankuasa PDK.
  2. Memastikan elaun dan KWSP Penyelia PDK dan Petugas PDK dibayar dan dicarumkan mengikut tarikh yang ditetapkan.
  3. Memastikan Pengurusan Kewangan PDK mematuhi prosedur kewangan yang ditetapkan.
  4. Memastikan pengurusan inventori dan kenderaan PDK (jika ada) mematuhi peraturan yang ditetapkan.
  5. Menjadi Ahli Panel Penilaian Prestasi Pelatih-Pelatih PDK dan merancang program yang bersesuaian dengan prestasi pelatih-pelatih tersebut.
  6. Memastikan perlaksanaan program PDK mematuhi Garis Panduan Pengurusan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia tahun 2003.
  7. Menganggotai Jawatankuasa PDK Negeri.
  8. Menghadiri Mesyuarat PDK dan program PDK yang dikendalikan oleh jabatan Kebajikan Negeri atau Malaysia.
  9. Merancang program PDK bersama Ahli Jawatankuasa PDK.
  10. Memastikan kakitangan di PDK bekerja dalam keadaan yang baik dan selesa serta mematuhi etika kerja yang ditetapkan.
  11. Memantau bangunan/premis PDK setiap tiga (3) bulan sekali bagi memastikan keselamatan kakitangan PDK dan pelatih PDK.
  12. BERUSAHA MENCARI SUMBER KEWANGAN bagi menambah kewangan PDK.
  13. Sentiasa berhubung dengan pegawai dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah/Negeri/Malaysia dan komuniti setempat untuk mewujudkan hubungan yang mesra dan erat.
  14. Bertanggungjawab memastikan Mesyuarat Jawatankuasa PDK diadakan sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun.
  15. Bertanggungjawab memastikan Ahli Jawatankuasa PDK menjalankan tugas-tugas yang diarahkan.
  16. Bertanggungjawab memastikan PDK sentiasa ceria dan maju.
  17. Menjalankan lain-lain tugas yang diperlukan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah berdasarkan keperluan.
Sebenarnya ada banyak lagi tanggungjawab dan amanah sebagai Jawatankuasa PDK yang perlu dilakukan; kita tunggukan Buku Garis Panduan Pengurusan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (siri penambahbaikan dan pemurnian tahun 2010), yang akan diedarkan pada tahun ini.

Mistake brings profits for restaurant owner

MALACCA: A case of mistaken identity has turned profitable for Tan Leong Seng, 40.


He has been mistaken as the unidentified man abusing a poodle which caused an uproar among pet lovers after it was posted on the social networking site Facebook.

Tan, the owner of a restaurant in Melaka Raya, said that while he had been inconvenienced by calls from people asking whether he was behind the alleged abuse, his business experienced a sudden increase as curious people thronged his shop to catch a glimpse of him.

“At first, I was surprised by the surge of customers, but I was alerted by calls from my friends and relatives,” he said at his shop.

“I am Internet illiterate and I don’t even have a Facebook account.

“So, I didn’t know about this issue until I read about it in the newspapers.” He said he did not have any tattoo like the man in the video.

Meanwhile, Malacca Society for the Prevention of Cruelty to Animals chairman Vincent Low said the society had lodged reports with local authorities including the local Veterinary Services Department and the Malacca City Council.

“We hope the authorities will be able to apprehend the culprit as soon as possible,” he told reporters at a press conference yesterday.

Tukang Sembelih : Mesti Rakyat Kita

Oleh Hayati Ibrahim; ya_t@hmetro.com.my

p/s; Bagus jugak tuh! Ada penambahbaikkan:

  1. Kita tak was-was siapa yang sembelih.
  2. Beri pekerjaan kepada rakyat kita.

PUTRAJAYA: Hanya rakyat tempatan beragama Islam saja yang dibenarkan menjadi tukang sembelih di semua pusat penyembelihan bagi memastikan ayam yang disembelih mengikut peraturan ditetapkan syarak.

Pengarah Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zainal Abidin Jaafar (gambar), berkata mana-mana pusat penyembelihan yang mengingkari peraturan itu boleh dikenakan tindakan, termasuk ditarik balik sijil halal yang dikeluarkan jabatan berkenaan.

Menurutnya, Jakim sudah meletakkan syarat supaya semua penyembelih ayam yang berdaftar perlu mempunyai status warga Malaysia, beragama Islam bagi memastikan penyembelih ayam adalah benar-benar bertauliah daripada segi hukum agama, teknik dan kebersihan.

“Justeru, mana-mana syarikat atau pusat penyembelihan yang tidak mengikuti peraturan ditetapkan Jakim, kami boleh menarik sijil halal yang sudah diberikan kepada mereka jika ada bukti kukuh.

"Jakim memandang serius berhubung perkara ini kerana ia membabitkan soal halal haram, justeru, kami tidak membenarkan warga asing seperti Bangladesh, Indonesia atau Pakistan walaupun mereka beragama Islam untuk menjadi tukang sembelih,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Zainal berkata, buat masa ini, ada 29 pusat penyembelihan di sekitar Lembah Klang yang sudah diberikan sijil halal oleh Jakim.

Hasrat Tak Kesampaian : Joran masih di tangan

Metro; Oleh Arifin Salleh; am@hmetro.com.my

MASJID TANAH: Hasrat seorang warga emas membawa pulang hasil pancingan untuk dijadikan ikan pekasam tidak kesampaian apabila dia ditemui mati dipercayai akibat serangan jantung di pantai Pengkalan Balak, dekat sini, semalam.

Lebih menyayat hati, mangsa, Othman Maidin, 64, yang juga seorang duda dikatakan meninggal dunia dalam keadaan terbaring sambil tangan kirinya masih memegang batang pancing.

Harian Metro difahamkan Othman berpisah dengan isterinya beberapa tahun lalu dan berasal dari Kampung Solok Pengkalan, Pengkalan Balak, dekat sini, serta memiliki seorang anak, Saiful Adnan, berusia lewat 30-an.

Dia yang bekerja sendiri dikatakan gemar memancing ikan selepas solat Subuh secara bersendirian sebelum mayatnya ditemui dua pengawal keselamatan, Firdaus Abu, 27, dan Amirul Hazanah, 21, yang sedang berjoging di sekitar pantai itu, kira-kira jam 7 pagi.

Menurut Firdaus, mereka baru saja habis bertugas di Kompleks Perahu Layar sebelum berjoging di sepanjang pantai.

Beliau berkata, mereka berdua terkejut melihat sekujur tubuh terbaring mengadap ke laut, manakala mata dan mulutnya terbuka luas.

p/s: Tak tahu nak cakap macam mana?

Terbuka Korea Selatan : Datuk Lee Chong Wei ke separuh akhir

PEMAIN perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei (gambar) dan beregu utama negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mara ke saingan separuh akhir Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Korea Selatan.
Kejayaan tersebut hadir selepas Chong Wei menewaskan pemain China, Wang Zhengming 21-14, 21-19 pada saingan suku akhir manakala Kien Keat/Boon Heong menundukkan rakan senegara, Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari/Ong Soon Hock 21-17, 12-21, 21-16, semalam.

Pada aksi separuh akhir hari ini, Chong Wei selaku Raja Siri Super yang diletakkan sebagai pilihan utama kejohanan dilihat berdepan halangan sukar apabila turun menentang pemain China, Du Pengyu.

Sementara itu, bayangan perlawanan akhir di antara Chong Wei dengan musuh tradisinya, Lin Dan semakin hampir menjadi kenyataan apabila pemain China itu turut mara ke peringkat separuh akhir.

Lin Dan yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China menewaskan Taufik Hidayat dari Indonesia 21-13, 8-21, 21-15.

Lin Dan dijangka tidak menghadapi masalah untuk mengenepikan pemain muda Indonesia Simon Santoso dalam saingan separuh akhir hari ini.

Sementara itu, dalam saingan acara beregu, Kien Keat/Boon Heong diberi tentangan sengit oleh gandingan baru Fairuzizuan/Soon Hock.

Meskipun menang set pertama 21-17, beregu No. 5 dunia itu diheret ke set penentuan setelah tewas pada set kedua 12-21.

Fairuzizuan/Soon Hock bagaimanapun gagal menyaingi kehebatan bekas beregu No. 1 dunia itu apabila Kien Keat/Boon Heong beraksi lebih garang pada set ketiga untuk menamatkan permainan 21-16.

Kien Keat/Boon Heong bakal berdepan beregu No. 7 dunia, Jung Jae Sung/Lee Yong Dae dari Korea Selatan dalam perlawanan separuh akhir.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir acara beregu lelaki hari ini menyaksikan pertembungan diantara pasangan No. 1 dunia, Mathias Boe/Carsten Mogensen dari Denmark menentang gandingan Korea Selatan, Ko Sung Hyun/Yoo Yeon Seong.

Datuk Siti Nurhaliza Dicadang Jadi Duta Besar Budaya Masyarakat Melayu Malaysia-Indonesia

Kosmo; 290111


SITI NURHALIZA bersama peminatnya memperagakan
 produk SimplySiti di Bandung semalam.
p/s: Satu perkembangan yang baik hubungan antara Malaysia-Indonesia, kita tak perlu nak kecoh-kecoh macam mereka yang termakan hasutan, senyap-senyap je.............

BANDUNG - Di sebalik hubungan Malaysia dan Indonesia yang kadangkala 'panas', diva dari Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dicadangkan menjadi Duta Besar Budaya Masyarakat Melayu dalam usaha mengakrabkan hubungan rakyat di negara-negara Nusantara.

Cadangan itu dibuat oleh Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (Iswami) berdasarkan penerimaan besar masyarakat terhadap personaliti Siti Nurhaliza.

Ketua Iswami Indonesia, Saiful Hadi Chalid menyuarakan cadangan berkenaan semasa memberi ucapan awal pada Seminar Ekonomi Malaysia Indonesia (SEMI 10) dan berharap semua pihak di Indonesia dan Malaysia dapat menerima secara positif cadangan itu.

Seminar sehari yang dianjurkan oleh Iswami itu dirasmikan oleh Menteri Kewangan Kedua Malaysia, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Chamil Wariya.

Saiful Hadi yang juga Ketua Pengarang, Agensi Berita Indonesia (Antara) berkata, beliau yakin Siti Nurhaliza boleh memainkan peranan berkesan untuk 'mendinginkan suasana' ketika berlaku krisis dalam hubungan Malaysia dan Indonesia, misalnya.

"Ketika ada isu-isu hangat, tak perlu payah-payah kita mengirim delegasi Malaysia atau Indonesia untuk menenangkan suasana, cukup dengan mengirim Siti Nurhaliza menyanyi dan mengatakan buat apa kita bermusuhan.

Aksi Guru Terlampau : Murid dirotan hingga terkencing

Kosmo;280111.

KESAN dirotan pada belakang badan Wan Mohd. Faris.

KUALA TERENGGANU - Seorang murid tahun empat trauma untuk pergi ke sekolah selepas mendakwa dia dirotan oleh seorang guru selepas menghantar kertas ujian di sebuah sekolah di Kuala Besut di sini pada Rabu lalu.

Semasa kejadian, Wan Mohd. Faris Wan Zukri, 10, mendakwa dia baru menghantar kertas ujian kertas pendidikan Islam sebelum dikejutkan dengan tindakan guru lelaki itu yang tanpa sebab telah merotan badannya secara tiba-tiba.

Tindakan guru itu menyebabkan dia terkencing di dalam kelas kerana menahan kesakitan.

"Waktu kejadian, cikgu itu bagi kertas ujian dan selepas saya hantar kertas ujian pada cikgu, saya jenguk kawan saya untuk tengok apa yang dia buat.

"Tiba-tiba cikgu datang terus rotan belakang badan saya. Selepas itu cikgu tanya sakit tak. Belum sempat saya jawab dia rotan saya sekali lagi," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

p/s: Dah masuk tahap guru terlampau tuh!

Atlet Special Olympics PDK Selayang @ Latihan Atletik Dwi-Mingguan

Suasana latihan atletik dwi-mingguan yang dijalankan di Stadium MPS, Selayang.

Tiga atlet baru

Friday, January 28, 2011

Atlet Special Olympics PDK Selayang @ Latihan Bocce Dwi-Mingguan

Latihan Bocce Dwi-Mingguan.

PDK Selayang mempunyai seramai 22 orang atlet Special Olympics berumur 10-47 tahun yang boleh bertanding dalam mana-mana kejohanan bocce, ini kerana mereka sentiasa menjalani latihan dua minggu sekali di padang awam Taman Selayang Baru.


Pada hari ini 4 orang atlet baru diperkenalkan kepada bocce, satu pengalaman baru untuk mereka.


Mereka juga dilatih menjadi pegawai teknikal seperti menjadi pengurus atlet dan pengibar bendera.

‘Tak apa, Allah selamat’

Oleh Rosli Ilham; am@hmetro.com.my

GEMBIRA...Mat Rani selamat meskipun rumahnya
di Kampung Pak Sabah runtuh, semalam

. DUNGUN: “Tak apa, Allah selamat,” itulah ungkapan pertama diluah seorang lelaki warga emas, Mat Rani Mahamud, 62, sebaik merangkak keluar dari runtuhan rumahnya di Kampung Pak Sabah, di sini, semalam.

Dia yang mengalami masalah mental mengulangi ungkapan itu apabila ditanya penduduk kampung selepas tempat tinggalnya itu runtuh dalam kejadian angin kencang kira-kira jam 10 pagi.

Ketika kejadian, mangsa yang bekerja mengutip barang terbuang sedang menyusun kotak dipungut dalam rumah sebelum bencana berlaku.

Berikutan kejadian itu, mangsa mengalami luka di belakang badan dipercayai terkena kayu dan atap selepas terperangkap kira-kira 15 minit di bawah runtuhan itu.

Pemilik rumah berkenaan, Ismail Awang, 65, berkata rumah pusaka miliknya itu sudah berusia lebih 30 tahun dan dia membenarkan mangsa tinggal di situ sejak belasan tahun lalu.

Katanya, dia yang tinggal tidak jauh dari rumah itu mulanya bercadang merobohkan rumah itu, namun tidak berbuat demikian kerana kasihan kepada mangsa tiada rumah dan saudara-mara.

p/s: Nasib baik selama ini ada penduduk yang prihatin untuk memberikan beliau tempat tinggal, walaupun tak sempurna. Diharap penempatannya di bawah jagaan JKM akan menambah baik kualiti hidup dan kesihatannya. InsyaAllah.

Perguna Anak Yatim : MB arah tutup premis pusat transit

Oleh Ziauddin Sharuddin dan Tuty Haryanti Ahmad Rodzi; bhnews@bharian.com.my 2011/01/28

Pelajar tahfiz Kedah diperguna jual barangan di dua negeri

SEREMBAN: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengarahkan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menutup premis perniagaan di D'Ambang Kota dekat Lukut, Port Dickson, yang dijadikan pusat transit pelajar sebuah tahfiz di Kedah ketika melakukan jualan di negeri ini dan Melaka.

Katanya, ini berikutan premis perniagaan itu melakukan pelbagai kesalahan yang bertentangan dengan peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT). “Antara kesalahan yang dilakukan, termasuk beroperasi tanpa lesen perniagaan dan membuat pengubahsuaian bangunan tanpa kebenaran,” katanya selepas majlis penyerahan kunci Pusat Saudara Baru di Medan Rahang di sini, semalam.


Beliau berkata demikian ketika mengulas kegiatan menjual pelbagai barangan seperti buku, kalendar dan cakera padat (CD) lagu menggunakan pelajar sebuah tahfiz di Kedah yang menjadikan premis perniagaan itu sebagai pusat transit.

Semalam, Berita Harian melaporkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), MPPD dan polis menyerbu premis perniagaan itu berikutan aduan orang ramai mengenai kegiatan menggunakan kanak-kanak untuk menjual pelbagai barang.

Timbalan Pengarah JKM Negeri Sembilan, Rosmawati Shaari pula berkata, usaha untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang dikatakan mengeksploitasi pelajar berkenaan mungkin berdepan kesukaran kerana ada ibu bapa pelajar terbabit sendiri menjadi penyelia aktiviti itu.

p/s; Patut Negeri Selangor dan Kuala Lumpur juga buat perkara yang sama dengan tindakan Kerajaan Negeri Sembilan.

JKM perkenal prosedur baru percepat bantuan

Oleh Omar Osman; bhnews@bharian.com.my ; 2011/01/28
Pegawai berkuasa lulus permohonan ikut syarat sebelum siasatan

SUNGAI PETANI: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperkenalkan prosedur baru dalam proses meluluskan permohonan bantuan daripada jabatan itu, dengan memberi kuasa kepada pegawai meluluskan permohonan yang menepati syarat terlebih dulu, sebelum disusuli siasatan mengikut kes.

Ketua Pengarahnya, Datuk Memey Zainal Rashid, berkata prosedur baru itu yang dilaksanakan mula tahun ini bertujuan mempercepatkan kelulusan permohonan mendapatkan bantuan kebajikan. Katanya, ini berikutan JKM menerima banyak rungutan mengenai kelewatan memproses permohonan mengikut prosedur lama, iaitu siasatan dilakukan terlebih dulu sebelum diberi kelulusan.

Beliau berkata, prosedur baru itu diharap dapat memudahkan pihak yang memerlukan, mendapat bantuan JKM tanpa perlu menunggu terlalu lama sehingga beberapa bulan.

“Mengikut prosedur baru, pegawai akan meluluskan terlebih dulu permohonan yang menepati syarat dan selepas itu siasatan dibuat mengikut kes. Jika siasatan mendapati pemohon melakukan penipuan, bantuan akan ditarik balik serta-merta.

"Sehubungan itu, kita nasihatkan pemohon mengisi maklumat dengan jujur bagi memudahkan urusan," katanya selepas menghadiri majlis meraikan persaraannya bersama kakitangan JKM Kedah dan Perlis di sini, malam kelmarin.

Hadir sama, Pengarah JKM Kedah, Zulkifli Ramli dan Timbalan Pengarah JKM Perlis, Ku Chik Ku Mat Isa.

Memey, 58, menyertai JKM sejak 34 tahun lalu dan memulakan perkhidmatan sebagai pegawai jabatan itu di Wilayah Persekutuan dan memilih bersara pada 1 Februari ini, iaitu lapan bulan lebih awal daripada tarikh sebenar iaitu Oktober depan.

Katanya, setiap bulan JKM di seluruh negara menerima beribu-ribu permohonan mendapatkan bantuan dan ia adalah antara punca permohonan lewat diproses.

“Sehubungan itu, kita harap melalui kaedah baru nanti, ia dapat memperbaiki sistem penyampaian jabatan berkenaan,” katanya yang berterima kasih kepada semua kakitangan jabatan itu yang menunjukkan komitmen tinggi membantu mempercepatkan proses kelulusan bantuan yang diterima daripada orang ramai.

Beliau berkata, bilangan penerima bantuan JKM meningkat dengan ketara yang mana pada 2008 jumlahnya kira-kira 200,000 orang dengan peruntukan RM650 juta dan tahun lalu meningkat kepada 400,000 orang dengan peruntukan RM1 bilion.

p/s: Risau Malaysia akan muflis nanti, kalau beri bantuan sebelum buat siasatan orang kaya yang memohon tentu akan dapat juga , tak banyak tidak sehingga siasatan dijalankan, kalau dibatalkan pun dah terlambat, sebab duit yang dah diberi tak akan dipulangkan kepada kerjaaan (SEBAB KERAJAAN TIDAK ADA AKTA UNTUK MINTA WANG DIGANTI/DIPULANGKAN SEMULA) yang dapat bantuan akan buruk-burukkan Malaysia lagi kalau bantuan dipotong atau digantung.

Thursday, January 27, 2011

Kabuki Syndrome / Sindrom Kabuki

What's About?

Kabuki syndrome (KS) is an unusual genetic condition characterized by the result it has on facial development. People with Kabuki syndrome have high, arched eyebrows, thick eyelashes, broad noses, and other structural features which cause their faces to resemble the full face makeup worn by Kabuki actors. At one time, Kabuki syndrome was known as Kabuki makeup syndrome, referencing this fact, but the “makeup” was later dropped because some parents found it offensive. The distinctive facial appearance of children with Kabuki syndrome can make it easy for the condition to be diagnosed, if a patient manages to see one of the few doctors who has experience with this genetic disorder.

How it's get the name?

The syndrome was first described by Japanese physicians Dr. Niikawa and Dr. Kuroki in 1981. It is sometimes known as Niikawa-Kuroki Syndrome for this reason. The doctors were unable to identify the chromosome involved in the manifestation of Kabuki syndrome, with later research suggesting that it may be the X chromosome, although as of 2009 this had not been confirmed. Kabuki syndrome is believed to be the result of a minor chromosome deletion.

What's the affected?

Like many genetic disorders, Kabuki syndrome rarely presents itself in the same way. Most of the people affected have the distinctive facial abnormalities which gave the syndrome its name, and many experience developmental delays, unusually short stature, and behavioral abnormalities. Patients can also develop heart defects, urinary tract problems, abnormal dentition, hearing impairments, early puberty, seizures, and recurrent infections. These symptoms will not necessarily all appear, and some people with Kabuki syndrome lead relatively normal lives, needing minimal assistance, if any, to navigate the world.

How it's examined?

This condition is not curable, but it can be managed. Early diagnosis is key, as it will allow a medical team to start evaluating the patient before major problems emerge. Full evaluation includes tests to check endocrine function, ultrasound imaging studies to look for abnormalities in the organ systems, and neurological assessments to determine whether or not the patient's brain is involved. The results of these tests can be used to develop a treatment plan to support the patient as he or she grows up.

What to do?

Parents with a child who has been diagnosed with Kabuki syndrome may want to meet with a geneticist. The geneticist can perform testing to look for other genetic abnormalities, and he or she can talk with the parents about long-term management of Kabuki. Parents should keep in mind that genetic abnormalities like Kabuki syndrome are not their fault.


What's about the Occurency?
Kabuki syndrome (KS) is rare, estimated at 1:32,000 births. However, it is still likely under-diagnosed since the number of medical professionals who are familiar with the syndrome is still growing. Diagnosis is further complicated by the fact that the spectrum of characteristics is very diverse. The proportion of male to female occurrence is equal and no correlation with birth order has been found.


What's the Characteristics?

At present diagnosis is based on the recognition of four (out of five) main characteristics, with the distinct facial features being imperative.


  • Facial features: long palpebral fissures with eversion of outer third, arched eyebrows with sparse outer half, prominent eyelashes, prominent and/or misshapen ears, and depressed nasal tip.
  • Skeletal abnormalities: may include brachydactyly (shortness of fingers), brachymesophalangy (abnormal shortness of bone) and clindactyly (turning aside) of the fifth finger, and vertebral anomalies including scoliosis.
  • Dermatoglyphic abnormalities: including persistent finger fetal pads.
  • Intellectual disability (mild to moderate).
  • Postnatal short stature
What's the Co-Existing Problem?

Kabuki is a complex syndrome with many associated findings. Co-existing conditions support a diagnosis but are not, separately, considered cardinal traits. Here is a list of some of the more common traits.


  • Hypotonia
  • Hyperextensible joints
  • Feeding difficulties
  • Behavioral difficulties
  • Recurrent infections
  • Hearing impaired and/or inner ear malformations
  • Congenital heart defects
  • Renal (kidney) / urinary tract anomalies
  • Other organ anomalies (less common) – malrotation of colon, anal atresia (closure), diaphragm eventration or hernia
  • Small mouth, micrognathia (smallness of the jaws), cleft or high arched palate
  • Hypodontia (missing teeth), unusually shaped teeth, and misalignment
  • Sudden weight gain during puberty years
  • Early breast development and/or precocious (early) puberty
  • Immunological abnormalities – may include ITP (idiopathic thrombocytopenic purpura), hemolytic anemia, and growth hormone deficiency
  • Seizures

6,000 GM mozzies released in Bentong

The Star : 26/01/2011

PETALING JAYA: The Institute for Medical Research (IMR) released about 6,000 genetically-modified (GM) Aedes aegypti mosquitoes last month in a test to detect the insects' flight range and survivability in the wild.


IMR said in statement that the the mosquitos were released in an uninhabited forest near Bentong, Pahang on Dec 21.

"The experiment was concluded on Jan 5 and fogging was done on Jan 6. IMR will monitor the area for up to 2 months," the statement said.

The field trial had raised concerns from NGOs. The Government approved the trial after several tests were carried out.

Tanda-Tanda Anda Menghidap Demam Denggi dan Kaedah Rawatan

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).


Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).
Tanda dan gejala


Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).
Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.

Diagnosis
Diagnosis denggi kebiasaannya dibuat secara klinikal. Gambaran klasik adalah demam tanpa sumber jangkitan tempatan, bintik-bintik gatal dengan thrombocytopenia dan kemungkinan leukopenia.

Kajian serologi dan PCR (polymerase chain reaction) digunakan bagi mengesahkan diagnosa denggi sekiranya diperlukan secara klinikal.

Rawatan

Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya. Cara yang lain untuk mencegah penyakit ini juga pesakit perlu bersenam pada waktu pagi atau berjoging dan beriadah. Minum air paling penting dalam hidupan harian kita. Minum air mineral sekurang-kurangnye 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya pun hanya maksimum 16 gelas sehari.





Mutant mosquitoes released in Malaysia

The Star: 26/01/11

Only female Aedes aegypti mosquitoes spread
dengue fever, which killed 134 people in Malaysia last year.

Malaysia released about 6,000 genetically modified mosquitoes into a forest in the first experiment of its kind in Asia aimed at curbing dengue fever, officials said Wednesday.

The field test is meant to pave the way for the use of genetically engineered Aedes aegypti male mosquitoes to mate with females and produce no offspring or ones with shorter lives, thus curtailing the mosquito population. Only female Aedes aegypti mosquitoes spread dengue fever, which killed 134 people in Malaysia last year.

A similar trial in the Cayman Islands last year - the first time genetically modified mosquitoes have been set loose in the wild after years of laboratory experiments and hypothetical calculations - resulted in a dramatic drop in the mosquito population in a small area studied by researchers.

The plan has sparked criticism by some Malaysian environmentalists, who fear it might have unforeseen consequences, such as the inadvertent creation of uncontrollable mutated mosquitoes. Critics also say such plans could leave a vacuum in the ecosystem that is then filled by another insect species, potentially introducing new diseases.

Government authorities have tried to allay the concerns by saying they are conducting small-scale research and will not rush into any widespread release of mosquitoes.

The Malaysian government-run Institute for Medical Research said it released about 6,000 sterile male lab mosquitoes in an uninhabited forest area in eastern Malaysia on Dec. 21. Another 6,000 wild male Aedes aegypti mosquitoes were also placed in the area for scientific comparison, it said in a statement.
The institute provided few details of the experiment, but said it was "successfully" concluded Jan. 5, and that all the mosquitoes were killed with insecticide. It said it is not planning to release any more mosquitoes until it analyzes the results.

It was the first such trial in Asia, an official in the Ministry of Natural Resources and Environment said on condition of anonymity because he was not authorized to make public statements.

Duane Gubler, a professor specializing in infectious diseases at Singapore's Duke-NUS Graduate Medical School who was not involved with the research, said the plan is likely to be effective in fighting dengue if it is combined with other biological control methods.

"We need new tools. Nothing we've done in the past 40 years has had an impact" on dengue, Gubler told the AP.

Using genetically altered sterile male insects against fruit flies and other flies that cause damage in cattle has been successful in places like the United States, Gubler said. He added that environmentalists should not be concerned, because the genetically modified mosquitoes would die quickly.

In the Cayman Islands, genetically altered sterile male mosquitoes were also set loose by scientists in a 40-acre (16-hectare) region between May and October last year. By August, mosquito numbers in that area dropped by 80 percent compared with a neighboring area where no sterile mosquitoes were released.

Malaysian Prime Minister Najib Razak said last year the project was an "innovative" way to fight dengue after a lack of success in campaigns urging Malaysians to keep neighborhoods free of stagnant water where mosquitoes can breed.

The number of dengue-linked deaths in Malaysia increased 52 percent last year from 88 in 2009. The total dengue infections rose 11 percent from 2009 to more than 46,000 cases last year.

Dengue fever is common in Asia and Latin America. Symptoms include high fever, joint pains and nausea, but in severe cases, it can lead to internal bleeding, circulatory shutdown and death. There is no known cure or vaccine.

Gejala sosial KRONIK + MENGGERUNKAN

Berita Harian : Oleh Faizul Azlan Razak; 2011/01/26

p/s: 623 anak tak sah taraf di Terengganu tahun lalu sahaja, di Terengganu yang mempunyai penduduk seramai 1.7juta, kalau Selangor dengan 4.9juta penduduk dan seluruh Malaysia dengan 29juta, rasa-rasanya mencapai 11 ribu anak luar nikah, dan yang lebih menggerunkan lebih 70% dikalangan muslim, MASYA-ALLAH!

KUALA TERENGGANU: Seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini tahun lalu, dipercayai akibat pergaulan bebas terutama di kalangan wanita Islam.

Lebih mengejutkan, daripada jumlah itu kadar tertinggi dicatatkan pada Mei tahun lalu dengan 72 kelahiran, diikuti 60 kelahiran pada September.

Berdasarkan perkiraan kasar, pasangan terbabit dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu sembilan bulan sebelum kelahiran, iaitu sekitar akhir Ogos dan Disember atau lebih tepat lagi pada sambutan Kemerdekaan Negara dan Tahun Baru. Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu, Ghazali @ Suhaimi Muhammad, berkata jumlah kelahiran anak tidak sah taraf itu dicatatkan di sembilan pejabat JPN Terengganu membabitkan bayi pelbagai agama daripada pasangan tempatan dan bukan warga negara.


Katanya, pejabat JPN Kuala Terengganu mencatatkan jumlah anak tidak sah taraf tertinggi dengan 188 kelahiran diikuti Besut (102), Dungun (78), Setiu (68), Kemaman (63), Hulu Terengganu (43), Marang (30), Al-Muktafi Billah Shah (28) dan Kerteh (23).

“Melihatkan perangkaan ini, ia jelas sangat menggerunkan kerana menandakan gejala sosial semakin kronik. Lebih menyedihkan, majoriti bayi dilahirkan beragama Islam dan tidak diketahui siapa bapa sebenarnya.

“Senario ini juga secara tidak langsung membuatkan JPN menjadi beban kepada masalah sosial dan boleh menyebabkan berlaku masalah lain di kalangan masyarakat terutama membabitkan masa depan bayi terbabit.

“Jadi, kita meminta kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk bersama membanteras pergaulan bebas bagi mengelak mereka terjerumus ke lembah maksiat dan melahirkan anak luar nikah,” katanya selepas Majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia di pejabat JPN Terengganu, di sini, semalam.

Ghazali berkata, walaupun anak luar nikah mendapat keistimewaan sama rata dari segi kemudahan kesihatan dan pendidikan, namun bayi berkenaan berdepan risiko masa depan tidak menentu.

Daftar e-Kasih bukan jaminan bantuan; Apakah Benar!?

Berita Harian; 2011/01/26

KUALA LUMPUR: Pendaftaran terbuka data keluarga miskin dalam sistem maklumat kemiskinan negara (e-Kasih) bukan penentu kelayakan untuk mereka menerima bantuan mengikut program pembasmian kemiskinan kementerian dan agensi berkaitan.

Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) berkata, e-Kasih bukanlah badan yang memberi bantuan seperti mana tanggapan banyak pihak.

“Pendaftaran terbuka hanya menentukan sama ada bancian terperinci layak dijalankan atau sebaliknya,” kata kenyataan ICU JPM, semalam. Maklumat dalam e-Kasih boleh digunakan untuk perancangan projek bagi penyaluran bantuan dan penyertaan projek oleh semua agensi yang diberikan akses.


E-Kasih ditubuhkan pada 2007 sebagai sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi memudahkan agensi pemberi bantuan memilih golongan yang layak menerima bantuan program pembasmian kemiskinan.

Kriteria menentukan status kemiskinan adalah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dan PGK perkapita isi rumah ditentukan Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Data dan maklumat yang dimasukkan ke dalam e-Kasih berasaskan kepada Banci Isi Rumah Miskin (BIRM) yang sudah dilaksanakan dalam dua fasa sebelum ini.

Selain melalui kaedah pendaftaran terbuka iaitu dalam talian, pendaftaran juga boleh dilakukan menerusi laman sesawang http://www.ekasih.gov.my/
 
p/s: kita sebenarnya masih belum ada garis panduan yang tepat tentang Garis Panduan Kemiskinan? Cuba kita fikirkan masalah dibawah ini, yang mana satu yang dikatakan miskin (ini kisah yang kita jumpa seharian):
 
  1. Seorang ibu tunggal, tanpa pendapatan tetap, berkelulusan SRP (bekerja sendiri, pendapatan bulanan yang tak menentu antara RM800-1,500) mempunyai 5 orang anak dibawah 18 tahun, duduk dirumah sendiri. 
  2. Seorang ibu tunggal dengan pendapatan RM3,700.00/bulan berkelulusan diploma, mempunyai lima anak antara umur 28 ke 13 tahun, 3 anak telah bekerja, seorang menuntut di IPT dan seorang di sekolah menengah.
  3. Seorang ibu tinggal (bercerai) mempunyai anak 5 yang masih bersekolah orang berpendapatan RM 1,200/bulan, tetapi bekas suami tidak tampil membantu (walaupun Mahkamah Syariah telah menetapkan keputusan bantuan nafkah si ayah kepada kelima-lima anaknya), duduk dirumah sewa RM400/bulan.
  4. Satu keluarga yang keseluruhan pendapatan isirumah (suami isteri) RM3,000/bulan, duduk di rumah sewa, mempunyai 9 orang anak, 5 orang masih bersekolah, 2 orang menuntut di IPT dan dua orang telah bekerja tetapi duduk berasingan.
  5. Seorang ibu tinggal, bekerja sebagai pembantu kantin dengan pendapatan RM650/bulan dan kerja sampingan sebagai pembersih rumah sambilan pada Sabtu dan Ahad dengan upah RM35/hari (ditinggal suami tanpa nafkah selama lebih 8 tahun, tetapi tidak diceraikan) mempunyai 3 orang anak dua masih bersekolah dan seorang OKU (bersekolah, perlu lampin pakai buang dengan kos RM150/bulan), duduk menyewa RM350/bulan, dan bayaran kepada penjaga anak OKU RM150/bulan.
  6. Satu keluarga, hanya suami bekerja berpendapatan RM1,300/bulan mempunyai 5 orang anak di bawah 13 tahun dengan yang sulung adalah seorang OKU, dua di sekolah rendah dan seorang di tadika, duduk menyewa RM400/bulan.
Yang mana satu miskin? Tu belum cerita yang mana satu dapat bantuan JKM, Zakat, Baitumal, Masjid, NGO................

Jejak kedua UFO ditemui di Yogyakarta

BENTUK bulatan misteri yang ditemui di
Dusun Wanujoyo, Yogyakarta semalam.
Waaahhh!! semenjak dua menjak ni UFO minat sangat kat Asia Tenggara nih!

Ni pasti ada yang dia minat nih!?

Nak jumpa ngan eelobor kot!! tapi dia takottt!

YOGYAKARTA, Indonesia - Belum reda kekecohan mengenai bulatan tanaman yang dipercayai jejak objek terbang tidak dikenali (UFO) di Sleman, kelmarin, warga Yogyakarta kembali digemparkan dengan penemuan satu lagi bulatan misteri, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Bulatan misteri kedua itu bercorak geometri yang baru itu ditemui di Dusun Wanujoyo Kidul, Desa Srimartani Kecamatan Piyungan, Kabupaten Bantul, Yogyakarta.

Ia terletak lima kilometer dari bentuk bulatan pertama yang ditemui di sawah padi di Sleman tetapi ukurannya pula lebih kecil.

"Saya sedang mencari rumput, saya lihat banyak padi yang landai dan membentuk bulatan," kata seorang pemuda Harjono, yang menemui corak bulatan misteri itu.

Ia dipercayai terbentuk lebih lima hari berdasarkan sebahagian padi yang rebah sudah mula tegak berdiri.

Lebih menghairankan, padi yang rebah itu juga tidak patah.

Menurut seorang penduduk tempatan Tukijo, 53, yang tinggal dalam jarak sekitar 100 meter dari tempat corak aneh itu ditemui, dia tidak mendengar bunyi suara atau melihat cahaya sebelum lingkaran itu ditemui.

"Tiada sebarang tanda-tanda ganjil sebelum bentuk bulatan itu ditemui," katanya.

Kawasan itu kini dipagari dengan garisan polis bagi mengelak dipijak oleh orang ramai yang berpusu-pusu tiba kerana mahu melihat fenomena tersebut.

Sementara itu, beribu-ribu orang membanjiri daerah Sleman semalam semata-mata untuk melihat sendiri bulatan misteri yang pertama.

Bulatan itu memiliki corak seperti bunga dengan luas sekitar 70 meter.

Wednesday, January 26, 2011

Kaki Pancing : Pengotor!

JETI di Bagan Datoh yang menjadi lokasi pancing ikan.
Sekumpulan pemancing tinggal sisa umpan, tulang ikan di jeti JLM
Berita Harian; Oleh Abu Bakar Al Sidek; 2011/01/26

BAGAN DATOH: Perbuatan tidak bertanggungjawab kaki pancing yang mengotorkan jeti milik Jabatan Laut Malaysia (JLM), di sini dengan membiarkan sisa umpan dan tulang ikan berselerak serta berbau busuk, mengganggu keselesaan orang awam termasuk pelancong asing yang menggunakan kemudahan jeti itu untuk ke Pulau Sembilan.

Kumpulan pemancing berkenaan sering menjadikan jeti terbabit lokasi memancing terutama pada waktu malam membiarkan sisa ikan termasuk darah, tulang dan kepala ikan di atas jeti berkenaan

Tindakan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan pihak lain yang menggunakan kemudahan itu bukan saja terpaksa menghidu bau busuk yang berpunca daripada buangan sisa umpan ikan yang ditinggalkan, malah ada kejadian orang awam terpijak tulang ikan sehingga mengalami kecederaan.

Perkara itu didedahkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Teluk Penikam-Bagan Datoh selepas sesi perbincangan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shaarani Mohamad, baru-baru ini.


Pengerusi JKKK berkenaan, Jamaluddin Abdul Aziz, berkata pihaknya menerima rungutan daripada orang ramai termasuk pemancing luar yang kerap menggunakan jeti itu untuk ke Pulau Sembilan.

Katanya, orang ramai mahu masalah itu diatasi segera kerana jika dibiarkan berlarutan, ia boleh menjejaskan kedatangan pengunjung dan aktiviti pelancongan di kawasan itu.

Beliau mendakwa, keadaan itu berlaku disebabkan tiada pemantauan dilakukan oleh pihak berkenaan termasuk JLM, manakala pihaknya tidak mempunyai mandat untuk menguruskan jeti berkenaan.

"Kami tidak mempunyai kuasa untuk menyelenggarakan jeti berkenaan kerana ia berada di bawah JLM. Kami mengakui menerima banyak aduan orang berhubung kekotoran yang berlaku atas jeti itu.

"Sikap segelintir kaki pancing itu menjejaskan imej jeti yang kini menjadi tumpuan pelancong domestik dan luar negara," katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, Shaarani berkata, jeti berkenaan sudah dinaiktaraf sebagai terminal pelancongan yang mana Kementerian Pelancongan membelanjakan RM4 juta bagi baik pulih jeti itu sejak 10 tahun lalu.

Katanya, jeti itu kini menjadi lokasi persinggahan pelancong yang dalam perjalanan memancing ikan ke Pulau Sembilan, selain pernah menjadi lokasi penggambaran drama dan filem.

"Saya sendiri pernah menghidu bau busuk apabila melawat jeti itu baru-baru ini dan sempat melihat sisa ikan dibiarkan bersepah atas lantai jeti.

"Selama ini, kaki pancing bebas keluar masuk ke atas jeti itu tanpa dikenakan bayaran dengan kemudahan bekalan elektrik turut disediakan," katanya.

Beliau berkata, sekiranya kaki pancing masih berdegil, pihaknya akan mengunci pintu utama di situ dan tidak membenarkan sebarang aktiviti memancing dilakukan atas jeti terbabit.

Bagaimanapun, Shaarani turut meminta JKKK bekerjasama dengan JLM bagi memantau dan menyelenggara jeti itu, termasuk menasihatkan kaki pancing supaya menjaga kebersihan kerana kemudahan itu dibina dengan kos yang mahal

Tuesday, January 25, 2011

UFO dipercayai mendarat di sawah padi di Yogyakarta

CORAK unik berbentuk bulatan yang ditemui petani
di tujuh petak sawah di Slemen, Yogyakarta pada Ahad lalu.
YOGYAKARTA, Indonesia - Tujuh petak sawah padi di Krasakan di Sleman, Yogyakarta mempunyai corak bulatan ganjil yang dipercayai penduduk dihasilkan oleh objek terbang tidak dikenali (UFO), lapor akhbar Jakarta Post semalam.

Bukan sahaja Jakarta Post tetapi banyak akhbar lain di Indonesia turut melaporkan mengenai penemuan unik itu.

Corak bulatan ganjil pada kebiasaannya ditemui di kawasan tanaman gandum di negara-negara Barat seperti Britain sejak tahun 1980.

Bentuk bulatan yang ganjil itu dikaitkan dengan UFO di Barat ekoran ia mempunyai bentuk geometri dan tiasa saksi yang melihat manusia yang melakukannya.

Bentuk ganjil yang ditemui di Sleman itu mengandungi corak segi tiga dan dua bulatan kecil di bahagian tengah bulatan yang besar berdiameter di antara 25 meter hingga 30 meter itu ditemui penduduk tempatan pada pagi Ahad lalu.

"Saya berpendapat, ia (bulatan ganjil itu) ditinggalkan oleh sebuah kapal angkasa asing seperti yang saya lihat di televisyen," kata seorang penduduk, Cahyo Utomo semalam.

"Adalah tidak munasabah, bulatan itu dibuat hasil tiupan angin atau haiwan lain," tambahnya.

Bulatan itu yang terletak dekat dengan sebuah kawasan rumah penduduk kelihatan seperti satu kerja seni geometri manakala kawasan sawah padi lain tidak mengalami sebarang kesan yang sama.

Bulatan ganjil itu kali pertama dilaporkan oleh seorang petani, Tukiman pada pukul 6 pagi Ahad lalu.

SEJUMLAH orang menaiki bukit dan merakamkan
gambar corak unik yang dipercayai dihasilkan objek terbang
tidak dikenali di kawasan sawah padi di Sleman, Yogyakarta semalam.
Ketua Polis Sleman, Iwan Ramaini berkata, dia tidak pasti jika corak bulatan itu dicipta oleh UFO atau ia merupakan fenomena semula jadi. Satu siasatan polis sedang dilakukan berhubung kejadian itu.

Namun, seorang pegawai polis yang mendegar keterangan daripada enam petani yang memiliki tujuh petak sawah percaya, bulatan itu bukan buatan manusia.

"Mereka bilang (para petani itu) nggak (tidak) mungkin itu dibuat oleh manusia," kata seorang pegawai polis, I Made Muliawan kepada wartawan akhbar dalam talian detikcom.

Menurutnya, petani-petani itu tidak melihat terdapat kegiatan mencurigakan di kawasan sawah padi tersebut.

"Tidak ada keterangan yang menyebutkan, melihat ada orang melakukan hal-hal aneh di sawah itu," katanya.

Dia berkata, salah seorang pemilik sawah itu pernah mendengar bunyi bising pada malam sebelum corak itu ditemui.

"Malam hari ada yang bilang mendengar suara seperti pesawat turun, terus pastinya dia melihat di sawahnya," kata pegawai polis itu.

Menurutnya, pihak polis menghalang orang ramai mendekati kawasan yang mengandungi objek misteri itu.

Dia berkata, sekatan itu dibuat kerana pihaknya bimbang orang ramai akan memijak pohon padi sekali gus menjadi rosak dan merugikan petani.

lagi di: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0125&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01

Penapis Air Boleh Memudaratkan Jika Tidak di Selenggara/Servis

Kosmo; Oleh JUNHAIRI ALYASA; junhairi.alyasa@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Tahukah anda penggunaan penapis air yang tidak diselenggara dengan baik boleh membahayakan kesihatan penggunanya?

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), dua tahun lalu mendapati, penapis air boleh menghilangkan klorin sehingga menyebabkan berlaku pembiakan bakteria.

Menurut Pengarah Eksekutif Bahagian Kualiti Air Syabas, Roowina Merican A. Rahim Merican, air yang dibekalkan pihaknya adalah berkualiti tinggi namun pemasangan penapis air memberikan kesan sebaliknya.

"Kita memang tidak menggalakkan orang ramai memasang penapis air kerana air yang kita bekalkan memang terbaik dan menepati piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya.

p/s: Fakta: Fungsi klorin di dalam air ialah untuk membunuh bakteria, dengan menggunakan penapis, klorin juga akan ditapis dan dibuang dari air. ini menjadikan air yang telah ditapis dan disimpan lama kurang/tidak selamat untuk diminum terus, walaubagaimanapun tabiat memasak air walaupun telah ditapis adalah amat digalakkan.

Resepi Lempeng Pisang

[resepi_lempeng_pisang.jpg]
Bahan-bahan :

• 5 biji pisang berangan
• 1 cawan tepung gandum
• 1 biji telur
• ½ cawan kelapa parut putih
• 2 sudu besar gula
• Sedikit garam


Cara membuat:

1. Lenyek pisang hingga halus dan masukkan semua bahan.
2. Gaul sebati dan ketepikan.
3. Ambil sedikit adunan dan tuang atas kuali. Ratakan dan biar hingga garing. Balik-balikkan agar lempeng masak sekata.
4. Boleh dimakan bersama kuah kari atau sambal ikan bilis.

p/s: Untuk rasa terbaik pisang yang paling sesuai digunakan ialah pisang emas, pisang lemak, pisang 40 hari, pisang kapas/pisang padang, jumlah biji pisang pun kena ukur-ukurlah sendiri (ikut citarasa sendiri le) saya kureng dengan pisang berangan.

Cara Mudah Untuk Memendekkan Umur-Amalkanlah

Cara Mudah Untuk Memendekkan Umur


Mungkin tajuk post ini agak pelik kerana siapa yang mahu pendek umur kan? Tapi itulah yang biasanya dilakukan dalam kehidupan setiap orang iaitu cuba memendekkan umur mereka sendiri tanpa mereka sedari. Saya melihat kepada keadaan sekeliling dan juga melihat melalui sikap yang ditunjukkan oleh setiap orang terutama sekali sikap rakyat Malaysia. Kita sudah semestinya ingin memiliki umur yang panjang supaya dapat menikmati kehidupan bersama orang-orang yang tersayang dan juga dapat melakukan lebih banyak amal kebaikan di dunia ini. Antara cara mudah untuk memendekkan umur sama ada secara sedar atau tanpa sedar yang biasa dilakukan adalah:


Suka sangat merokok

Secaranya umumnya ramai yang sudah mengetahui kesan buruk merokok adalah sangat membahayakan kesihatan. Bukan sahaja membahayakan kesihatan diri sendiri malah juga membahayakan kesihatan orang-orang yang berada disekeliling juga. Merokok adalah punca kepada banyak penyakit kronik seperti kanser(otak, paru-paru, mulut), sakit jantung , selain menjadi punca kepada lemah fizikal dan mental. Kalau saya nak cakap tentang keburukan merokok ni ada banyak lagi sebenarnya. Penyakit-penyakit kronik seperti kanser adalah sangat merbahaya kepada nyawa seseorang. Jika tidak dicegah dari awal ia boleh membawa maut kepada seseorang penghidapnya. Walaupun seseorang itu masih lagi muda namun jika dia telah diserang oleh penyakit kronik ini maka hidupnya tidak akan bertahan lama. Dan rokok adalah antara punca kepada beberapa penyakit kronik tersebut.

Tiru perbuatan orang kafir, Fasik, Haram.

Berita Harian; 2011/01/25
BERTINDIK anggota badan selain telinga haram
 kerana perbuatan itu meniru orang kafir dan
 memudaratkan kesihatan. Remaja bertindik
 selain anggota telinga, bertatu bertentangan
dengan tatasusila Muslim



HUKUM asal bagi perhiasan sama ada yang berada pada tubuh badan, pakaian atau tempat tinggal adalah halal dan dibenarkan. Ini berdasarkan dalil yang menyatakan tentang nikmat kurniaan Allah kepada hamba-Nya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu apa yang ada di bumi kesemuanya.” (Surah al-Baqarah, ayat 29)

Salah satu contoh perhiasan yang diamalkan ialah menindik anggota badan dengan meletakkan barang perhiasan, sama ada berbentuk emas, perak dan berlian. Amalan bertindik menjadi kecenderungan remaja masa kini. Kebiasaan masyarakat Melayu di Malaysia sejak dulu mengenali amalan bertindik hanya terbatas di bahagian telinga. Namun, masa merubah segala dengan perkembangan teknologi dan pengaruh budaya luar membuatkan semakin ramai bertindik di bahagian selain telinga, seperti di pusat, lidah, bibir dan kening. Malah ia sudah mula melarat kepada golongan lelaki.


Sebenarnya perbuatan bertindik adalah amalan yang sudah dikenali pada zaman Rasulullah SAW.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ibn Abbas katanya: “Pada suatu hari raya, selepas Baginda Nabi SAW solat dan berkhutbah, Baginda menuju ke kawasan perempuan dan memberi tazkirah khas kepada golongan wanita. Sambil Baginda SAW menyeru supaya mereka semua bersedekah. Ibn Abbas mengatakan bahawa: Aku melihat mereka mengisyaratkan kepada telinga mereka dan leher mereka. Lalu menyerahkan (barang perhiasan mereka) kepada Bilal.”

Dalam hadis berkenaan, isyarat yang diberikan wanita (sahabiyyah) berkenaan adalah anting-anting. Ia perhiasan diketahui umum sejak dari zaman awal Islam dan perhiasan ini khusus kepada golongan wanita.

Disebabkan itulah golongan lelaki dilarang daripada menindik telinga mereka kerana ia dengan jelas menyalahi kebiasaan perhiasan bagi lelaki. Lelaki yang menyerupai wanita dengan mengenakan perhiasan wanita adalah suatu yang dilarang dalam Islam.

Itu permasalahan menindik telinga. Bagaimana pula mereka yang menindik di kawasan selain telinga? Perbuatan menindik selain dari kawasan telinga tidak pernah didengari pada zaman Nabi dan salafussaleh. Namun ia bukanlah jawapan yang menunjukkan keharusan amalan ini.

Walaupun tidak dibincangkan secara khusus dalam nas jelas, namun perkembangan fiqh Islam tetap berkembang dalam menjawab setiap persoalan baru yang timbul hasil ijtihad ulama semasa.

Islam mendatangkan kaedah umum dalam etika berhias antaranya perhiasan yang dikenakan mestilah tidak digambarkan seolah-olah meniru atau menyerupai orang kafir dan golongan fasik.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang menyerupai suatu golongan itu, maka ia tergolong daripada golongan berkenaan.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dari Ibnu ‘Umar)

Larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan dan ibadah bukan saja mengkhususkan kepada menyerupai orang kafir, termasuk meniru perbuatan orang fasik (iaitu orang yang biasa melakukan maksiat).

Jelasnya, amalan bertindik selain anggota telinga adalah amalan diambil bukan daripada golongan solihin. Ia budaya negatif remaja di Barat yang jelas jauh dari adat budaya tatasusila seorang Muslim. Islam melarang meniru kebiasaan dan gaya hidup orang lain tanpa membawa manfaat jelas.

Tambahan, menyeksa diri dan dibuktikan boleh memberi kesan sampingan terhadap kesihatan tubuh badan dan mampu mendekatkan pelaku dengan jangkitan penyakit seperti Hepatitis B.

Permasalahan mengenai tindik sudah dijelaskan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang menyatakan perbuatan berhias secara aneh dan berlebih-lebihan seperti bertindik anggota badan selain cuping telinga adalah dilarang oleh Islam.

Selain bertindik, remaja kini juga gemar bertatu dan melihat perbuatan itu seolah-olah tidak menjadi kesalahan dari sudut pandang agama. Mengukir badan sendiri dengan melakarkan corak atau bentuk tertentu sehinggakan kesakitan dianggap satu kepuasan.

Bahkan ada yang berbangga memiliki tatu di badan dengan mempertontonkan kepada orang ramai sedangkan ia membawa imej seorang Muslim.

Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam mengatakan, bertatu di badan adalah perbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah SAW.

Bagi yang sudah tergelincir dan ingin kembali ke pangkal jalan, timbul pula persoalan untuk menghilangkan tatu yang ada. Ada segelintir yang menyeksa tubuh badan mereka semata-mata untuk menghilangkan tatu. Malah, ada yang menggunakan seterika.

Memang benar taubat dapat menghapuskan dosa, namun taubat juga perlu bertepatan dengan caranya.

Jika menanggalkan tatu itu mendatangkan kemudaratan atau membuatkan anggota badan nampak jelik, maka harus membiarkannya dan memadai dengan taubat (baik lelaki mahupun wanita).

Ini pandangan Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitabnya Fathul Bari. Pandangan ini juga dinukilkan dari ulama semasa iaitu Dr Muzzamil dan bekas Mufti Kerajaan Saudi, Syeikh Abd Aziz bin Baz dalam fatwa beliau.

Pandangan ini bertepatan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 195)

Namun, tatu itu tetap wajib ditanggalkan jika ada teknologi yang dapat menanggalkannya dengan mudah dan tidak mendatangkan mudarat. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah tidak membebani seseorang sesuai dengan kemampuannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 286)

Tidak kira zaman mana pun kita, etika berhias terbaik adalah pakaian takwa. Semoga dengan mengikut suri teladan terbaik iaitu Baginda Nabi SAW, membuatkan kita terselamat daripada segala kecintaan melebihi dari cinta kepada Baginda.

‘Malaysia cantik tapi kotor’

Berita Harian; 2011/01/24

LABIS: Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, berkata majoriti pelancong asing ke negara ini mengakui Malaysia sebuah negara yang cantik, namun mempunyai masalah dari segi kebersihan.

Beliau berkata, antara aspek kebersihan yang sering dibangkitkan pelawat membabitkan gerai makan, longkang dan tandas.

Bercakap kepada pemberita di sini, Yen Yen berkata aspek kebersihan itu akan kekal menjadi masalah jika rakyat negara ini tidak menjadikannya amalan kehidupan. “Kementerian Pelancongan mengambil kira aduan yang ditimbulkan pelancong. Jadi, kita perlu mengambil kira aspek kebersihan ini,” katanya selepas melancarkan program ‘1Malaysia Green, 1Malaysia Clean’ peringkat daerah Segamat di Pusat Rekreasi Kolam Air Panas, semalam.

Mengenai pusat rekreasi itu, Yen Yen berkata, kajian untuk menambah baik kawasan berkenaan akan dilakukan bagi menarik perhatian pengunjung, terutama rakyat Singapura.

“Sebanyak RM2 juta diperuntukkan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan bagi menaik taraf kolam ini. Antara perkara yang akan dikaji adalah caj bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung tempatan dan luar. Saya juga ada menerima cadangan supaya air panas di kolam ini dapat dialirkan," katanya.

p/s: Beginilah sikap orang Malaysia (kalau pantai pengunjung dan peniaga sama-sama pengotor), kalau tandas duduk dia tenggek....

Monday, January 24, 2011

Sindrom Down : Ciri-Ciri

Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Ianya dinamakan sempena John Langdon Down, doktor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866. Keadaan ini bercirikan oleh gabungan perbezaan besar dan kecil pada struktur badan. Sering kali Sindrom Down dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif) dan tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka. Sindrom Down biasanya dikenal pasti semasa kelahiran.

Mereka yang mempunyai Sindrom Down berkemungkinan mempunyai keupayaan kognirif lebih rendah berbanding purata, sering kali antara sedikit kepada serdahana terencat akal. Kelemahan perkembangan seringkali ditonjolkan sebagai kecenderungan terhadap pemikiran konkrit atau naïveté. Sejumlah kecil berhadapan dengan kecacatan akal yang jelas atau teruk. Kebangkalian Sindrom Down dianggarkan sekitar 1 setiap 800 atau hingga 1 setiap 1,000 kelahiran.

Banyak ciri-ciri fizikal biasa bagi sindrom Down turut terdapat pada mereka yang mempunyai set kromosom piwaian. Ia termasuk satu garis bukannya dua pada telapak tangan, mata berbentuk badam disebabkan lipatan epikanthik pada kelopak mata, anggota lebih pendek, otot lemah, dan lidah terjulur. Masaalah kesihatan berkait dengan pengidap Down termasuk risiko tinggi bagi kecacatan jantung kongenital, penyakit gastroesophageal reflux, jangkitan telinga (otitis) berulang, apnea tidur obstructive sleep apnea, dan kegagalan thyroid.

Campurtangan zaman kanak-kanak awal, penyaringan bagi masaalah biasa, rawatan perubatan apabila diperlukan, persekitaran keluarga yang membantu, dan latihan vokational mampu meningkatkan pembangunan keseluruhan kanak-kanak dengan sindrom Down. Sungguhpun sesetengah masalah genetik fizikal sindrom Down tidak dapat diatasi, pendidikan dan jagaan yang betul mampu meningkatkan kualiti kehidupan

Ciri-Ciri
 
Mereka yang mempunyai sindrom Down mungkin mempunyai sebahagian atau keseluruhan ciri-ciri fizikal berikut: bukaan mata bujur dengan lipatan kulit epikanthik pada sudut dalam mata, hipotonia otot (poor muscle tone), batang hidung leper, satu garis di tapak tangan (juga dikenali sebagai garis simian), lidah terjulur (disebabkan rongga mulut kecil, dan lidah membengkak berhampiran tonsil), leher pendek, tompok putih pada iris dikenali sebagai tompok Brushfield,[3] lentur melampau pada sendi, kecacatan jantung kongenital, jarak melampau antara ibu jari kaki dengan jari berikutnya, a single flexion furrow of the fifth finger, and a higher number of ulnar loop dermatoglyphs. Kebanyakan individu dengan sindrom Down mempunyai kecacatan akal sekitar rendah (IQ 50–70) kepada serdahana (IQ 35–50), Tambahan lagi, mereka dengan sindrom Down berkemungkinan mempunyai kecacatan teruk yang memberi kesan pada mana-mana sistem badan.
 
Genetik
 
Sindrom Down adalah kecacatan kromosom bercirikan kehadiran bahan genetik salinan tambahan pada kromosom 21 manusia, samada keseluruhan (trisomi 21) atau sebahagian (disebabkan translokasi kromosom). Kesan salinan tambahan ini mempunyai perbezaan jelas antara individual, bergantung kepada tahap salinan tambahan, latar belakang genetik, faktor persekitaran, dan peluang rawak. Sindrom Down berlaku pada kesemua populasi manusia, dan kesan seumpamanya telah di dapati pada spesies lain seperti chimpanzee[6] dan tikus. Baru-baru ini, penyelidik telah mencipta tikus transgenik dengan kebanyakan kromosom 21 manusia (tambahan kepada kromosom tikus biasa).[7] Bahan kromosom tambahan datang dalam pelbagai cara berbeza. Karyotaip manusia biasa hadir sebagai 46,XX atau 46,XY, menunjukkan 46 kromosom dengan aturan XX bagi betina dan 46 kromosom dengan aturan XY bagi jantan.
 
Trisomi 21 (95%)
 
Trisomi 21 (47,XX,+21) disebabkan oleh keadaan kegagalan (nondisjunction) meiosis. Akibat kegagalan ini, gamete (i.e., sel sperma atau telur) dihasilkan dengan tambahan salinan kromosom 21; dengan itu gamete mempunyai 24 kromosom. Apabila bergabung dengan gamete normal dari pasangannya, embrio kini mempunyai 47 kromosom, dengan tiga salinan kromosom 21. Trisomi 21 adalah punca sekitar 95% sindrom Down yang dikaji, dengan 88% disebabkan oleh kegagalan pada gamete ibu dan 8% disebabkan oleh kecacatan pada gamete bapa.
 
Mosaicism (1-2%)

Trisomy 21 biasanya disebabkan sebelum kehamilan, dan kesemua sel dalam badan terjejas. Bagaimanapun, apabila sesetengah sel dalam badan adalah normal dan sesetengah sel mengandungi trisomi 21, ia dikenali sebagai sindrom Down Mosaik (46,XX/47,XX,+21).[10] Ini boleh berlaku dengan dua cara: Keadaan (nondisjunction) pada awal pembahagian sel pada embrio normal mendorong kepada pecahan sel dengan trisomi 21; atau embrio sindrom Down melalui (nondisjunction) dan sesetengah sel pada embrio kembali kepada aturan kromosom normal. Terdapat kepelbagaian pada pecahan trisomi 21, kedua-duanya pada keseluruhan dan sebahagian tisu. Ini merupakan punca 1–2% dari sindrom Down yang dikaji

Translokasi Robertsonian (2-3%)

Bahan kromosom 21 tambahan yang menyebabkan sindrom Down mungkin disebabkan oleh translokasi Robertsonian. Dalam kes ini, unjuran lengan kromosom 21 melekat pada kromosom lain, seringkali kromosom 14 (45,XX, t(14;21q)) atau ia sendiri (dikenali sebagai isokromosom, 45,XX, t(21q;21q)). Salah cabang (disjunction) biasa mendorong kepada gametes mempunyai peluang besar bagi mencipta gamete dengan tambahan kromosom 21. Sindrom Down translokasi sering kali dirujuk sebagai sindrom Down familial. Ia merupakan punca 2-3% daripada kes sindrom Down yang dikaji.[9] Ia tidak menunjukkan tanda diakibatkan oleh usia ibu, dan berkemungkinan juga disebabkan oleh bapa atau ibu.

Gandaan sebahagian kromosom 21 (<1%)

Jarang sekali, kawasan kromosom 21 akan melalui penyalinan. Ini akan mengakibatkan salinan tambahan sebahagian, tetapi bukan kesemua gen pada kromosom 21 (46,XX, dup(21q)).[11] Sekiranya kawasan disalin mempunyai gen yang bertanggung jawab bagi ciri-cir fizikan dan mental sindrom Down, individual tersebut akan menonjolkan ciri-ciri tersebut. Punca ini amat jarang, dan tidak terdapat kadar anggaran kes.

maklumat tambahan di: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sindrom_Down