Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Thursday, September 22, 2011

Syarikat khidmat haji dipantau

DUBAI: Kementerian Ekonomi sedang mencari cara lain untuk mengurangkan beban kewangan jemaah yang bakal menunaikan ibadah haji.

Pengarah Jabatan Perlindungan Pelanggan, Hashim Al Nuami semalam, berkata, kementerian itu akan sentiasa memantau syarikat yang menawarkan pakej haji.
“Kontraktor haji mesti mencari jalan untuk mengurangkan kos dan perbelanjaan jemaah haji,” katanya.

“Ia adalah untuk berusaha mencari cara yang terbaik untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada jemaah haji,” kata Hashim.
“Kementerian mencari cara untuk menambah perkhidmatan yang diberikan oleh lapangan terbang di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) kepada jemaah dan juga meningkatkan lagi perkhidmatan di lapangan terbang Arab Saudi dalam kerjasama dengan Syarikat Penerbangan Arab Saudi di Dubai,” katanya.
Jabatan Perlindungan Pelanggan kementerian itu bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Am Hal Ehwal Islam dan Wakaf telah mengadakan perbincangan dengan wakil daripada syarikat penerbagan dan kontraktor haji semalam di pejabat kementerian itu di Dubai.

Mereka yang hadir di perbincangan itu bersetuju untuk bekerjasama dengan dua kementerian itu dan akan melantik pekerja supaya semua lapangan terbang di UAE dapat menyelaras operasi mereka dengan syarikat penerbangan supaya perjalanan jemaah haji tidak tergendala.

Kata Hashim lagi, kementerian akan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Am ketika musim haji untuk memastikan syarikat perkhidmatan haji tidak menaikkan harga dan mengeksploitasi jemaah dengan mengenakan bayaran tambahan kos penerbangan. - GN

p/s 1 : Kos haji di UAE ialah antara 16,000.00-70,000.00 derham (EAD).

p/s 2 : Exchange rate EAD1,000.00 = RM861.00

p/s 3 : Walaupun UAE berjiran dengan Arab Saudi tetapi kos mereka antara 1.6 - 7.1 kali ganda (anggaran)

No comments: