Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang, (sila lihat
side menu).

Kakitangan:
Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Wednesday, February 29, 2012

Teknologi : Tayar lama stabil suhu

 



ANGIN sepoi-sepoi bahasa menampar muka, bak sedang berjalan di tepian pantai. Tetapi bila difikirkan kembali sebenarnya langkah kaki baru sahaja dijejakkan ke dalam bangunan Space u8. Apabila mendongak ke siling bangunan yang mempunyai reka bentuk futuristik dan moden itu, kelihatan kipas-kipas gergasi sedang berputar. Ia memberikan hembusan angin menyegarkan kepada pengunjung.
Di hujung laman dalam bangunan yang terletak di Taman Bukit Jelutong, Seksyen U8, Shah Alam, Selangor itu terdapat pula air pancut dikelilingi bangku-bangku dan tumbuh-tumbuhan memberikan suasana mendamaikan.
Space u8 yang membuka pintu kepada orang ramai pada November tahun lalu, dijangka mampu menjadi mercu tanda baharu penduduk bandar raya Shah Alam. Ia menawarkan konsep bangunan mesra alam bagi memberi kelainan kepada penduduk setempat dan kawasan sekitarnya.
Pada dasarnya, Ketua Pegawai Eksekutif Space u8, Raja Ahmad Nizam Raja Razali memberitahu, bangunan tersebut dibangunkan menggunakan konsep Shop Unit Mall Offices (SUMO).
“Ia bermaksud unit-unit kedai pejabat yang terdapat di bangunan ini ditawarkan dengan kemudahan pusat beli-belah seperti eskalator, lif, laman dalam tertutup dan surau.
Selain daripada konsep SUMO, Space u8 yang menempatkan 200 unit kedai pejabat turut menekankan tentang penggunaan teknologi hijau dalam bangunan ini untuk memulihara alam sekitar,” katanya ketika ditemui Kosmo!.
Kekal suhu
Raja Ahmad Nizam menjelaskan, tapak asas bangunan empat tingkat tersebut menggunakan teknologi tayar-tayar lama.
“Dalam pembinaan tapak bangunan ini sebanyak 220,000 tayar lama telah digunakan. Proses berkenaan agak rumit kerana ia memerlukan saiz yang sama untuk memastikan keseimbangan bangunan.


SEBANYAK 220,000 tayar lama digunakan sebagai tapak asas bangunan Space u8 yang terletak di Taman Bukit Jelutong, Shah Alam.


“Penggunaan tayar-tayar lama tersebut adalah untuk mengurangkan haba hasil pantulan pada konkrit sekali gus memastikan bangunan berada dalam suhu selesa iaitu 25 darjah Celsius,” ujarnya.
Selain daripada itu, beliau memberitahu, pengaliran udara turut dapat bergerak dengan baik dalam bangunan Space u8 tersebut.
Kalau diperhatikan dengan teliti, beliau menjelaskan, bumbung bangunan tidak tertutup sepenuhnya malah, mempunyai ruang udara panas untuk bergerak keluar.
“Kita juga telah memasang lapan kipas gergasi pada siling bangunan untuk memastikan udara panas dapat mengalir keluar melalui ruang-ruang di bumbung.
“Ia dapat memberikan hembusan angin kepada pengunjung yang datang ke sini seolah-olah mereka berada di luar bangunan,” katanya.
Beliau menambah, keselesaan pengunjung amat diutamakan dalam pembikinan bangunan berkenaan.
Justeru itu katanya, sebanyak
84 kipas penghembus jet telah dipasang di sekitar bangunan berkenaan untuk memastikan suhu sentiasa berada pada tahap 25 darjah Celsius.
“Bagaimanapun, sekiranya suhu mencecah lebih 27 darjah Celsius penghawa dingin akan dihidupkan secara automatik untuk memastikan keselesaan pengunjung,” ujarnya lagi.
Penjimatan
Raja Ahmad Nizam memberitahu, bangunan hijau tersebut turut melakukan proses pengumpulan air hujan.
“Terdapat sebanyak sembilan tangki pengumpulan air hujan disediakan di bawah tempat letak kereta. Setiap tangki berkenaan mampu mengumpul sebanyak 720 liter air. Ia akan diproses sebelum digunakan untuk penyiraman landskap dan bilik air awam di dalam bangunan ini,” ujarnya lagi.


BANGUNAN Space u8 dijangka mampu menjadi mercu tanda baharu di Shah Alam.


Beliau menambah, bumbung bangunan berkenaan turut dilengkapi panel tenaga solar yang menyumbang kepada pembangunan mesra alam.
Bahkan katanya, ia mampu membekalkan tenaga tambahan dalam mengurangkan penggunaan elektrik sekali gus menjimatkan perbelanjaan.
Penggunaan tingkap terpanjang berukuran 70 meter lebar dan 178 meter panjang di bumbung bangunan berkenaan turut membolehkan sinaran cahaya memasuki tanpa membuatkan pengunjung berasa haba.
Lebih membanggakan ia telah dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai jendela langit terpanjang struktur bumbung.
Reaksi
Sementara itu, seorang pembantu kedai, Wan Nurfarhana Balqis Wan Yusoff, 24, memberitahu, terdapat kelainan ketara yang dapat dilihat apabila melangkah masuk ke dalam Space u8.
“Kalau kita mendongak ke arah bumbung bangunan akan kelihatan beberapa kipas gergasi tergantung menghembuskan angin dingin kepada pengunjung.
“Saya merasakan ia sesuatu yang baharu kerana belum pernah melihat kipas besar seumpama ini di mana-mana pusat beli-belah,” katanya.
Seorang pengunjung, Nur Nadira Hanis Azhar, 18, pula berkata, dia amat tertarik dengan air pancut yang disediakan di laman di dalam pusat beli-belah berkenaan.
“Ia melahirkan perasaan mendamaikan kepada pengunjung yang ingin berehat atau bersantai seketika di kerusi-kerusi disediakan di situ sambil makan dan minuman.
“Selain daripada itu, keluasan laman dalam yang disediakan juga amat luas sekali gus memberikan keselesaan kepada pengunjung,” ujar pekerja swasta itu.
Nurazlina Mat Safalisan, 20, yang baru memulakan tugas sebagai pembantu kedai barang perhiasan seminggu lalu juga berasa amat kagum dengan konsep hijau diaplikasikan dalam pembikinan pusat beli-belah tersebut.


AIR pancut dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di laman dalam bangunan mencetuskan perasaan mendamaikan.


“Saya merasakan pusat beli-belah terbaharu ini amat unik dan menarik perhatian apabila menekankan konsep serta teknologi hijau dalam pembikinannya.
“Ia secara tidak langsung dapat memupuk kesedaran kepada pengunjung dalam menghargai dan memulihara khazanah alam,” katanya.
Perancangan
Raja Ahmad Nizam memberitahu, pihaknya sedang dalam perancangan untuk melaksanakan sistem pengurusan sisa pepejal lebih mesra alam di bangunan berkenaan.
“Sistem pengurusan sisa pepejal berkenaan akan diproses sekali gus dapat digunakan sebagai baja di sekitar landskap bangunan berkenaan.
“Kita juga akan membuka teknologi berkenaan kepada penduduk setempat dan kawasan sekitar yang membawa sisa pepejal untuk diproses semula,” katanya.
Beliau menambah, penduduk yang membawa sisa pepejal akan meraih mata untuk membeli barangan kitar semula di pasar raya hijau dikendalikan Earth Gain.
Katanya, ia dilakukan sebagai projek komuniti dalam memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam penduduk setempat dan sekitarnya.

Jantung tersembul di dada

SETELAH menjalani pembedahan, jantung Ryan dapat 'dimasukkan' semula.

KELAHIRAN seorang budak lelaki di Amerika Syarikat (AS), Ryan Marquiss dianggap sebagai satu keajaiban. Dia lahir dengan jantungnya berada di luar badan tetapi masih hidup.

Jantung kanak-kanak itu terbonjol keluar pada bahagian dadanya. Organ itu hanya dilapisi oleh membran yang sangat nipis.

Seperti kebanyakan kes lain seumpamanya, doktor pernah menjangkakan dia akan meninggal dunia dalam tempoh tiga hari selepas dilahirkan. Jantung Ryan juga tidak berkembang dan cuma sebelah jantungnya yang berfungsi.

Doktor menasihati ibu bapa Ryan supaya menggugurkan kandungan itu tetapi mereka enggan. Namun, kecekalan mereka berbalas apabila Ryan masih bernafas pada usia tiga tahun sekarang.

Keajaiban

Kata ibunya, Leighann Marquiss: "Kami berserah kepada takdir. Kami tahu cuma keajaiban yang akan membolehkan dia terus hidup. Tetapi kami tidak sanggup menggugurkan kandungan itu.
"Doktor memberitahu tiada bayi senasib Ryan yang boleh hidup lama. Jadi apabila dia masih bersama kami pada hari ini ia adalah sesuatu yang menakjubkan."

Doktor mengenal pasti masalah jantung Ryan itu berlaku ketika kandungan ibunya berusia 12 minggu. Dia disahkan mengalami masalah ektopia kordis.

Menurut fakta, kejadian itu akan berlaku ke atas lapan orang bayi dalam sejuta kehamilan. Sebanyak 90 peratus daripada mereka akan lahir dan meninggal dunia dalam tempoh tiga hari.

Lebih mengejutkan apabila Ryan juga menderita sindrom hipoplastik jantung kanan. Hanya bahagian kiri jantungnya yang berkembang dengan sempurna.

Jelas ibu kepada tiga orang cahaya mata itu, biarpun banyak keganjilan dalam sistem tubuh Ryan, dia bertuah kerana Ryan mampu hidup dalam keadaan jantung yang tidak normal.

"Kami tahu untuk terus hidup dengan sebelah jantung sahaja, dia berdepan dengan halangan yang besar," ujar ibu kepada Natalie, 7, dan Ainsley, 5, itu.

Pada penghujung Februari 2009, pakar perubatan di Pusat Perubatan Kanak-Kanak Nasional Washington (CNMC), AS menggunakan kaedah caesarian untuk mengeluarkan Ryan dari perut ibunya.

Pengarah program jantung fatal CNMC, Dr. Mary Donofrio, menjelaskan bahawa sekiranya Ryan mampu hidup, jantung yang terdedah itu akan mudah dijangkiti dan boleh membuatnya maut.

Malah, walaupun tiada sebarang jangkitan, dia masih berisiko kerana mempunyai masalah kedua iaitu hanya satu ventrikel jantung yang berfungsi.

"Dia memerlukan pembedahan agar jantungnya dapat mengepam darah dengan sempurna.




"Saya beritahu keluarganya bahawa jika dia terus hidup itu bermakna kejadian ini adalah satu keajaiban," kata Donofrio tiga tahun lalu.
Pembedahan

Ketika usianya dua minggu, Ryan menjalani pembedahan central shunt di dalam jantungnya untuk memastikan peredaran darah yang baik.

Seterusnya dia melalui lebih 12 sesi pembedahan dalam tempoh dua tahun. Pembedahan itu adalah untuk mengubahsuai sistem peredaran darah agar sesuai dengan jantungnya.

Tisu pengembang diletakkan di bawah kulitnya agar dapat menghasilkan lebih banyak sel kulit. Tindakan itu dapat melindungi jantung yang menonjol itu. Ryan mungkin memerlukan transplan jantung untuk terus hidup.

Beberapa kes sedemikian turut dilaporkan berlaku di Malaysia. Pada Mac 2009, seorang bayi lelaki dengan keadaan sama lahir di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor.

Koh Jun Hao yang merupakan anak keempat dalam keluarga terpaksa melalui lebih 20 kali pembedahan bagi membolehkan organ tersebut ditutup dengan kulit tiruan. Malangnya, Jun Hao meninggal dunia pada April tahun lalu akibat masalah jantung tersebut.

Pakar Kardiologi Pediatrik, Hospital Perubatan Pantai, Dr. Mohd. Azam Mohd. Nor berkata, keadaan abnormal pada jantung janin boleh dikesan pada minggu keempat kehamilan.

"Secara asasnya, pemeriksaan akan dilakukan bagi mengetahui keadaan organ penting tersebut pada usia kehamilan itu.

"Ekokardiogram digunakan bagi menilai struktur dan fungsi jantung bayi dengan sensor elektronik merekodkan visual pergerakan jantung. Bagi kandungan yang melepasi usia 20 minggu pula, diagnosis penyakit jantung pada janin dilakukan," ujarnya.

‘WWW’ number plates to net record high prices

PUTRAJAYA: The “WWW” vehicle registration number may break the record as the most expensive registration number when booking starts on April 30.

Transport Minister Datuk Seri Kong Cho Ha said there had been many enquiries and telephone calls regarding the “WWW” registration number.

He said the huge interest could see the “WWW” registration num­ber recording the highest booking price in the country.

“One of the reasons the people are so interested in having the registration number is because it is the acronym of the World Wide Web.

“Based on the interest shown, we believe the registration number would not just be a hot item, but a record of the highest booking price,” he said yesterday.

The highest bid for a vehicle registration number in the country so far was MCA1, bought for RM300,100 in 2010, surpassing a previous record of RM242,000 for the Terengganu-issued TAY1.

Kong said bookings for the “WWW” registration number could be made at the Federal Territory’s Road Transport Department in the capital.

“The booking is opened until May 14 from 8am to noon,” he said.

He said there were four regi­stration number categories – pre­mium, attractive, popular and running.

“Premium numbers are from 1 to 10 with a minimum booking price of RM10,000 while “attractive” numbers are sold at a minimum of RM2,000.

“Popular and running numbers are sold at a minimum price of RM300,” he said.

Kong said the department collected an average of RM1.7mil annually from sales of registration numbers.

Last year, it collected more than RM1.8mil and the year before, it managed to get RM1.6mil.

Right lanes of Plus Expressway between Bkt Tambun and Jawi to be closed till end August

KUALA LUMPUR: The right lanes on both directions at KM153.8 to KM155.7 of the North-South Expressway between Bukit Tambun and Jawi will be closed Thursday to the end of August.

Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS Berhad) in a statement issued here Wednesday, said the closure was to make way for a construction of bridge piers for the Batu Kawan elevated interchange project by Jambatan Kedua Sdn Bhd.

Motorists are advised to follow traffic signages as a safety measure. - Bernama

LRT and Monorail to operate full rail integration on Thursday

KUALA LUMPUR: Klang Valley's LRT and Monorail networks will fully integrate their stations beginning on Thursday, thus providing the convenience of using a single ticketing system when travelling on the two rail networks in the city.

Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) Group Director for Rail Division, Khairani Mohamed said the commuters travelling on the LRT and Monorail networks would now enjoy the convenience of changing lines within the integrated stations and only exit at their final destinations.

"We are happy to announce that we are moving to the second phase of the Automatic Fare Collection (AFC) by integrating all our three rail networks, LRT Ampang, LRT Kelana Jaya and KL Monorail.

"The move effectively upgrades the stations of Hang Tuah and Titiwangsa as integrated stations for KL Monorail and Ampang LRT line while, Masjid Jamek is the integrated station that links two LRT lines of Ampang and Kelana Jaya," he said in a statement here, Wednesday.

Khairani said construction works were still running at both Ampang and Kelana Jaya stations as well as the renovation works for beautification and upgrading facilities to provide better comfort for the commuters.

The first phase of the AFC integrated ticketing system was implemented in November last year by integrating the two LRT lines of Kelana Jaya and Ampang with Masjid Jamek as the integrated stations. - Bernama

Friday, February 24, 2012

PDK Selayang : Lawatan dari SMK Kiaramas

Satu delegasi pelawat dari SMK KiaraMas telah datang melawat ke PDK Selayang yang terdiri dari seramai 24 orang pelajar PKBP dan 12 orang guru pendidikan khas termasuk Penolong Kanan sekolah tersebut.

Pelawat tiba di perkarangan PDK Selayang pada jam 10:00 pagi dan disambut oleh Puan Jamaliah Ahmad, salah seorang Penolong Penyelia PDK Selayang.

Taklimat berkenaan PDK telah disampaikan oleh Naib Pengerusi II PDK Selayang, selama 40 minit diikuti dengan sesi soaljawab selama 20 minit.

Pelawat kemudiannya dibawa melwat ke persekitaran PDK, kelas-kelas PDK dan kelas latihan pemulihan anggota.

Mereka juga berpeluang menyaksikan beberapa pelatih yang sedang menjalani latihan perkusi yang dibimbing oleh seorang Petugas PDK iaitu En Mohd Shah Hidan Mah@Man  

Beberapa perkara telah dikongsikan bersama-sama antara PDK Selayang dan SMK KiaraMas, ini termasuk memberi peluang kepada pelatih-pelatih PDK yang telah berusia 13 tahun ke atas dan tinggal sekitar sekolah tersebut untuk memasuki aliran perdana sekolah tersebut.

Pelawat bergerak meninggalkan PDK pada jam 12:30 tengahari.

Wednesday, February 22, 2012

PDK Selayang : Mahasiswi-Mahasiswi Pemulihan Bahasa dan Pertuturan USM Kubang Kerian di PDK Selayang

Sedang melatih Pelatih PDK Nurfarhana Jasmee

Seramai 7 orang mahasiswi jurusan pemulihan bahasa dan peruturan dari USM Kubang Kerian, Kelantan telah mengadakan program praktikal selama 5 hari di PDK Selayang.

Sedang melatih Pelatih LPV Mohd Aliff Sikri

Mereka merupakan penuntut-penuntut tahun 3 dan 4, yang telah menjalankan beberapa aktiviti bersama-sama dengan pelatih-pelatih OKU dari PDK Selayang.

Sedang menemubual pelatih LPV Nurhamira

PDK Selayang : Sambutan Harijadi Nurul Syazwani dan Rakan-Rakan

Kek birthday Nurul Syazwani n Friends

Pelatih OKU PDK Selayang, Nurul Syazwani Rijaludin telah menyambut harijadi yang ke:16 nya di PDK Selayang pada 26hb Januari 2012.

The Birthday Gang, Nurul Syazwani (baju hijau) Nuryn Shuhadah (baju putih)
Ahmad Munir (duduk atas buggy) dan Encik Shahrin (baju hitam)

Bersama beliau menyambut harijadi pada minggu yang sama ialah Pelatih Ahmad Munir Azhari, Encik Shahrin Hamid dari FR Management & Consultation serta adik Nuryn Shuhadah Suboh (tarikh sama dengan Nurul).

Juadah yang disediakan, eummm! nyam nyam nyam

Kek harijadi ditaja oleh keluarga Nurul dan majlis tersebut ditaja bersama oleh keluarga Ahmad Munir dan adik Nuryn

Satu majlis ringkas telah diadakan semasa waktu rehat kelas-kelas PDK pada jam 10:30 pagi.

Diharapkan lebih ramai keluarga mengadakan majlis sambutan anak (anak-anak) mereka di PDK Selayang bersama-sama pelatih-pelatih OKU PDK.

PDK Selayang : ALEPS Sponsor 2 Set Kanopi

2 set kanopi tajaan ALEPS yang telah siap dipasang.

ALEPS (Alumni Look East Policy Society) telah menaja dua set kanopi kepada PDK Selayang.

Kanopi tersebut telah dipasang oleh kontraktor yang diarahkan oleh Presiden Aleps iaitu Encik Syed Putera pada 8hb Februari 2012.

Kanopi ini akan dijadikan kelas tambahan dan ruangan aktiviti baru oleh
PDK Selayang

Jawatankuasa PDK Selayang dan warganya mengucapkan jutaan terima kasih di atas tajaan dari Aleps tersebut dan berharap kerjasama antara kedua-dua entiti tersebut akan berterusan.

Kanopi tersebut boleh digunakan sebagai kelas tambahan, ini kerana PDK Selayang menghadapi kekurangan bilik untuk dijadikan kelas. Ia juga boleh digunakan sebagai ruangan aktiviti-aktiviti PDK pada masa akan datang.

PDK Selayang memohon sebanyak 3 set kanopi kepada Aleps, walaupun mendapat tajaan dua set, ia merupakan seribu rahmat kepada warga PDK Selayang untuk menggunakannya. Kelas pertama diadakan di bawah kanopi tersebut ialah kelas percussion.

Monday, February 6, 2012

PDK Selayang : Latihan 'Kinabalu Challenge & Borneo Adventure' di Batu Caves

Pelatih PDK Selayang Hamzah Ahmad Kamal dan Mohd Aliff Sikri sedang
mendaki pusingan pertama
Peserta-peserta yang akan mengambil bahagian ke 'Kinabalu Challenge & Borneo Adventure 2012' telah mengadakan latihan di Batu Caves, diselang-seli dengan latihan di FRIM (Institut Latihan Perhutanan Malaysia).
Pelatih PDK Selayang, Azharol Azri, Agmad Safwan, Mohd Zikri dan
Beh Hong Wei dalamperjalan turun pusingan 2 sambil diiringan oleh
Petugas PDK Mohd Shah Rizal

Turun pun penatttt gak!
Seramai 5 orang pelatih remaja yang akan menyahut cabaran itu nanti bersama-sama dengan pengiring mereka perlu mengikuti latihan berkala yang telah dijadualkan oleh Jawatankuasa Penganjur.
Lim Wei Hou mendaki pusingan 3

Rehat duluuuu...... dalam pusingan 4
Mereka perlu menghabiskan lima pusingan mendaki 276 mata anak tangga di Batu Caves yang dianggarkan setinggi bangunan 22 tingkat menjadikan mendaki 1,380 anak tangga dan turun dengan jumlah yang serupa juga.
Berehat setelah habis 5 pusingan

Jika semuanya OK, mereka akan ke Kinabalu Mei nanti
dari kiri Azharul Azri, En Mohd Shah Rizal, Lim Wei Hou, Ahmad Safwan,
Hamzah Ahmad Kamal, Beh Hong Wei, Mohd Zikri, Mohd Aliffm,
Pn Rohayah, Pn Siti Khalimah, Pn Zuriah, Pn Imah, Pn Alina,
Pn Siti Hajar, Pn Azizah dan Cik Sarah

Jumlah pendakian akan ditingkatkan ke 10 pusingan mendaki pada satu bulan terakhir sebelum program.

PDK Selayang Outreach : Adakan Klinik Bocce di PDK Rumah Sayangku Telok Panglima Garang

BOCCE

PDK Selayang telah mengadakan klinik bocce di PDK Rumah Sayangku, Telok Panglima Garang pada 17hb Januari 2012 yang lalu.
Membersihkan gelanggang bocce
hanya 3 orang sahaja yang sudi membantu, yang lain MEMBATU
(naklumlah sifat dan sikap M, MM, MMM tu tebal, kan kan kannnn)

Atlet ID nih lebih rajin dari Penyelia2 dan Petugas2 yg M, MM, MMM

Klinik tersebut diadakan di atas permintaan dari Penyelia PDK tersebut iaitu Puan Umi Kalthum Saonel.
Encik Mohd Yusof Tawil sedang memberi teori bocce

Ia adalah sebagai persediaan untuk menganjurkan sukan PDK Daerah tersebut yang mana PDK Rumah Sayangku akan menjadi tuan rumah kepada sukan bocce, salah satu jenis sukan yang dipertandingkan dalam Special Olympics..
Yang rajin boleh catit, yg M kena jugak catit
Selain dari Penyelia dan Petugas-Petugas PDK tersebut, Penyelia dan Petugas-Petugas dari 3 buah PDK lain dalam Daerah Hulu Langat juga dijemput untuk mengikuti klinik tersebut.
Encik Mohd Yusof Tawil sedang memberi penerangan untuk
praktikal permainan bocce

Seramai 4 Penyelia, 19 Petugas dan 28 atlet telah hadir mengikuti klinik tersebut.

En Mohd Shah Rizal membantu latihan di gelanggang 2

PDK Selayang telah menghantar Pengerusi Jawatankuasa Kecil Sukan dan Rekreasinya iaitu Encik Mohd Yusof Tawil dan dibantu oleh Puan Noraini Othman, Penyelia PDK Selayang dan Encik Mohd Shah Rizal Mah@Man seorang Petugas PDK Selayang.
Praktikal permainan, patutnya ceria, yapi nampak macam moncooong je!

Klinik tersebut bermula jam 2:00 petang dan tamat pada jam 5:30 petang.

Puan Umi, sedang mencatit maklumat berkenaan praktikal permainan bocce

Klinik dibahagikan kepada dua sesi iaitu teori dan praktikal, teori diadakan selama 1:30 jam dan praktikal juga selama 1:30 jam.
Encik Mohd Yusof sedang menunjukkan cara-cara ukuran diambil
dalam praktikal permainan bocce

Semasa sesi teori diadakan, Encik Mohd Shah Rizal telah melatih atlet-atlet yang turut hadir dengan dibantu oleh 4 orang petugas PDK (seoarang dari setiap PDK).
Encik Mohd Yusof sedang menjawab kemusykilan tentang cara ukuran dibuat
dalam permainan bocce

Selepas rehat selama 30 minit, sesi praktikal untuk Penyelia-Penyelia dan Petugas-Petugas PDK dimulakan.
Praktikal bocce di gelanggang B

Mereka dilatih cara-cara bermain bocce dan juga cara-cara menjadi pegawai pertandingan seperti
Hakim, Jurukur, Pencatit, Penjaga Bendera dan Atletes Usherer.
Tamat klinik teori dan praktikal permainan bocce

Selain dari itu mereka juga dilatih untuk membina gelanggang bocce sementara dari pita keselamatan merah-putih dengan mengikut ukuran yang sebenar.

Sunday, February 5, 2012

PDK Selayang : Program "Riadah Petang Kembara Malam" ke Broga Hill

Bukit Broga, kini tidak asing lagi bagi penghuni Metropolitan Kuala Lumpur, apatah lagi penduduk sekitarnya dan Selangor secara keseluruhannya.
Bukit Broga, Semenyih
Bagi peminat riadah dan sukan semi lasak, ini adalah salah satu venue yang menarik untuk santapan rohani dan jasmani mereka.

Bergambar sebelum mula mendaki
Bagi menyahut cabaran dan merasai sendiri topik yang menjadi buah mulut pencita riadah ini, Kelab OKU PDK Selayang dengan kerjasama dari Jawatankuasanya telah menganjurkan program "Riadah Petang Kembara Malam" ke Bukit Broga pada 9hb Januari 2012 (Selasa).

Mula perjalanan peringkat 1, Bukit Broga 1.7km to go
Gunung Tok Wan 4.1km to go
Seramai 4 orang pelatih remaja PDK menyahut cabaran (mendapat kebenaran dari ibubapa/keluarga) untuk menyahut cabaran tersebut.

Permulaan peringkat 2
Program ini juga dijalankan sebagai satu latihan untuk mereka ke "Kinabalu Challenge & Borneo Adventure 2012" yang akan diadakan pada Mei tahun ini.

Kesukaran pertama di pertengahan peringkat 2
Selain dari pelatih OKU dari PDK Selayang, Jawatankuasa Penganjur juga menjemput beberapa PDK dalam Daerah Gombak untuk bersama-sama mengikuti program tersebut.

Kesukaran kedua di peringkat 2
PDK Hulu Kelang dan PDK Rawang menyahut cabaran dengan PDK Hulu Kelang menghantar seramai 5 pelatih OKU remaja dan PDK Rawang menghantar seorang pelatih OKU remaja.

Pelatih OKU Remaja PDK Selayang, Hamzah Ahamad Kamal pertama
lepasi peringkat 2 untuk ke peringkat 3
Mereka diiringi oleh seramai 15 orang pengiring, Pengarah Program dan seorang sukarelawan.

Mohd Lokman dipandu oleh Petugas PDK Selayang Mohd Shah Rizal dan
dibantu oleh Yusril Pembantu Petugas PDK Hulu Kelang
Skuad riadah berkumpul di perkarangan PDK Selayang pada jam 1:30 tengahari dan menikmati hidangan KFC yang ditaja oleh KFC Holdings untuk program Projek Penyayang yang kebetulan pada tarikh yang sama.

Hafiz, Pelatih dari PDK Rawang mula keletihan di pertengahan
peringkat 3
Mereka bergerak dengan bas pada jam 3:00 petang dan tiba di tempat permulaan pada jam 4:30 petang.
Peringkat 4, yang paling sukar apatah lagi selepas waktu hujan dengan
trek yang agak licin....ooops,memang licin pun.......
Mereka mula mendaki 15 minit kemudian setelah menerima taklimat dari jawatankuasa program, dalam keadaan hujan renyai-renyai (kami tiba selepas hujan lebat yang kami harungi sebahagian besar perjalanan dari Selayang ke Semenyih).

Kumpulan pertama di pertengahan peringkat 4 sedang mendaki, Pelatih Beh
Hong Wei (berdiri) dan Pembantu Petugas Azharul (duduk) serta Pembantu
Sementara Sara (seluar putih)

Kumpulan kedua sedang memerhatikan kumpulan pertama mendaki
peringkat 4 sambil berehat
Dari seramai 10 pelatih, dari dari mereka dikenali sebagai 'hardcore' agak sukar untuk berjalan jauh apatah lagi untuk mendaki.

Hamzah sedang mendaki peringkat 4 sambil memegang tali yang
telah disediakan
Salah seorang ialah Mohd Lokman Zulkifly, anak sulung kepada Penyelia PDK Hulu Kelang, Puan Suhaila Abdul Manap.

Sambil dibantu oleh Petugas Mohd Shah Rizal
Pada asalnya, Puan Suhaila hanya ingin memberi peluang kepada Lokman sehingga peringkat 1 (600 meter dari permulaan), dan beliau berdua akan menunggu disitu sehingga skuad balik dan untuk balik bersama-sama.

Foto bersiri, membantu Mohd Lokman mendaki peringkat 4

Foto 2

Foto 3

Foto 4

Foto 5

Tetapi Pengarah Program mencadangkan untuk cuba membawa Lokman sejauh mungkin dengan bantuan beberapa Petugas dan Sukarelawan.

Foto bersiri, membantu Hafiz mendaki peringkat 4

Foto 2

Foto 3

Keseluruhan perjalanan adalah sejauh 1.7km dengan ketinggian Bukit Broga 741m dari aras laut.

Pendakian yang sukar

dan licin

Petugas, saling bantu membantu
Peringkat kedua adalah sejauh 400m dengan sedikit kesukaran pada pertengahan yang mana mereka harus melepasi satu tebing tinggi atau melalui denai sempit yang bersebelahan dengan jurang sedalam 20-40m.
Wajah-wajah kejayaan

dan kepenatan
Pendakian peringkat ketiga sejauh 450m agak mudah jika dibandingkan dengan kesukaran peringkat 2 dan peringkat 4 adalah yang paling sukar yang mana pendaki harus mendaki bukit tegak setinggi 100-120m dengan menggunakan tali yang telah dipasang oleh pendaki terdahulu (terima kasih kepada mereka yang prihatin).

Beh Hong Wei dan Hamzah Ahmad Kamal

Hafiz dan Nor Afikah

Mohd Lokman (abang) dan Mohd Danial Azrai Zulkifly (adik)

Beh Hong Wei, Azharul Azri Roslan dan Hamzah Ahmad Kamal
di Puncak 2 (peringkat 5)
Manakala peringkat kelima ddan terakhir ialah puncak kedua dan tertinggi di situ sejauh 250 meter lagi.

Pemandangan puncak 1, dari puncak 2
Bagi mereka yang ingin menjelajah lebih jauh mereka boleh terus ke Gunung Tok Wan sejauh 3.1km dari Bukit Broga pada ketinggian 872m.

Turun, nampak senang

mulai sukar.....
Skuad pendakian seramai 26 orang yang bermula dalam satu kumpulan mula berpecah apabila melangkaui hentian pertama.

Nak turun berdiri pun sukar, gelongsor je lahhhh............

Ohh! seluarku! habis kotor

Tak pe.....! kalau tergolek, pasti tak sampai pekan Semenyih
Kumpulan pertama tiba puncak satu pada jam 5.25pm sementara yang terakhir tiba iaitu kumpulan yang bersama-sama Lokman dan Hafiz pada jam 6:20pm.
Ingatkan pelatih je yang susah nak turun, petugas pun lebih kurang je.........!


Alaaaeihhh! susahnyeeeeeeeeeee!
Hanya 5 orang pendaki sahaja yang tiba di puncak 2 (peringkat 5) iaitu 3 orang pelatih dan seorang pengiring dan Pengarah Program. Yang lain berhenti di puncak 1 dan berehat disitu sehingga tiba waktu untukmturun semula.

Ikon Bukit Broga
(kasut sapa lah nih?!) cuma yang tengadah atas sahaja boleh nampak!
Tujuan untuk menyaksikan keindahan matahari tenggelam (sunset) yang dikatakan amat menarik disaksikan dari Bukit Broga terpaksa dilupakan kerana keadaan langit yang mendung seawal perjalana dari Selayang.

Mulai gelap (jam 7:30 malam)

Alzanariah (Petugas PDK Rawang, terlindung) terjatuh dan terseliuh kaki kanan
ketika turun di peringkat 2
Selepas azan Maghrib (azan kedengaran dari surau kampus Kolej Nottingham, antara 2.5-3.0km dari puncak),pada jam 7:40 malam  pelatih yang mempunyai kesukaran yang tinggi diarahkan turun dahulu, diikuti oleh peserta lain 20 minit kemudian.

Bergambar di hentian peringkat 1, sebelum bergerak ke permulaan untuk
menaikki bas balik ke Selayang
Mereka berkumpul di hentian pertama, selepas bergambar beramai-ramai bergerak terus ke bas yang telah menanti untuk membawa mereka balik ke destinasi masing-masing.