Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang, (sila lihat
side menu).

Kakitangan:
Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Tuesday, March 26, 2013

Special Olympics Malaysia 11-A-side Unified Team Soccer 2013.


Special Olympics Malaysia 11-A-side Unified Team Soccer 2013.

Special Olympics Malaysia (SOM) dengan kerjasama dari Asia Football Confederation (AFC) akan mengadakan kejohanan di atas pada:

Tarikh: 9hb-14hb April 2013.
Tempat: German Malaysia Intitute (GMI) Bangi.

Sebanyak 5 pasukan akan mengambil bahagian iaitu:

1. SO Labuan.
2. SO Selangor.
3. SO Kuala Lumpur.
4. SO Perak.
5. SO Kedah.

Setiap pasukan yang bertanding mesti membariskan seramai 9 orang atlet/pemain OKU (Intellectually Disabled) dan 7 orang pemain biasa (dikenali sebagai partners).

Mereka akan bermain selama 1 jam (30 minit untuk setiap separuh masa). Antara syarat-syarat lain ialah:

  1. Penjaga Gol mestilah di kalangan OKU termasuk penjaga gol kedua.
  2. Hanya 6 atlet/pemain OKU boleh berada dalam permainan dan hanya 5 pemain normal (partners) boleh berada dalam permainan setiap masa.
  3. Semua pemain mesti diturunkan untuk bermain.
  4. Lain-lain Undang-undang dan Peraturan-Peraturan permainan adalah mengikuti peraturan permaian seperti yang dikeluarkan oleh FIFA.
  5. Kasut bola yang dibenarkan kasut/boot bola dengan 13 tungku (studs) dan studs mestilah dari jenis rubber/plastic sole. Penggunaan metal/iron sole adalah dilarang.
  6. Setiap pasukan akan diiringi oleh 4 orang pengiring (Jurulatih) dan seorang pegawai.
  7. Sistem permainan ialah Round Robin yang mana setiap pasukan akan bermain sebanyak 4 kali.
Jadual/Jumlah Permainan adalah seperti berikut:

4 permainan pada 10hb April 2013.
4 permainan pada 11hb April 2013.
2 permainan pada 12hb April 2013.

Masa perulaan setiap permainan adalah:

1. 8:30 - 9:40 pagi
2. 10:00 - 11:10 pagi
3. 3:00 - 4:10 petang.
4. 4:30 - 5:40 petang.

Kepada peminat bolasepak, adalah dijemput untuk menyaksikan kejohanan tersebut. 

MASUK ADALAH PERCUMA

Sunday, March 24, 2013

Kejohanan Special Olympics Malaysia 2013: Acara Yang Akan Dipertandingkan

Sebanyak 6 jenis sukan akan dipertandingkan dalam kejohanan tersebut, iaitu:

Jenis Sukan:


  1. Atletik:
    1. 100m pecut lelaki dan perempuan
    2. 200m pecut lelaki dan perempuan
    3. 4 X 100m lari berganti-ganti lelaki dan perempuan
    4. Lompat Jauh lelaki dan perempuan
    5. Lontar Peluru  lelaki dan perempuan, dan
    6. Lompat Jauh Berdiri lelaki dan perempuan  (Lower Abilities) JANGAN GATAL NAK HANTOR ATLET HIGHER ABILITY-ATLET AKAN DIBATALKAN DARI MENYERTAI KEJOHANAN.
  2. Bocce:
    1. Individu lelaki dan perempuan
    2. Berpasangan lelaki, perempuan dan campuran
    3. Berpasukan lelaki dan perempuan.
  3. Bolasepak/Soccer:
    1. Lima sebelah (maksima 8 orang pemain lelaki, jika kekurangan pemain lelaki boleh campurkan dengan pemain perempuan, contoh 5 lelaki dan 3 perempuan
  4. Bowling:
    1. Individu lelaki dan perempuan
    2. Berpasangan lelaki, perempuan dan campuran
    3. Berpasukan lelaki dan perempuan.
  5. Renang:
    1. 50m gaya bebas, kuak dada, kuak kupu-kupu dan kuak lentang.
    2. 100m gaya bebas, kuak dada, kuak kupu-kupu dan kuak lentang.
  6. Equestrian:
    1. Dressage campuran (nak tahu lebih lanjut, kena dengar taklimat dari Mr Muthusamy Kandasamy)

Tarikh Terkini Kejohanan Special Olympics Malaysia 2013



Kejohanan Special Olympics Malaysia akan di anjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Special Olympics Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang. Ianya akan diadakan pada:

Tarikh : 22hb-26hb Jun 2013.
Tempat : Kuantan Pahang.

Khabarnya JKM Malaysia membelanjakan sebanyak RM400,000.00 dan JKM Pahang juga membelanjakan RM400,000.00 untuk menjayakan kejohanan tersebut.

6 jenis sukan akan dipertandingkan iaitu:

1- Atleik;
2- Bocce;
3- Bolasepak;
4- Bowling;
5- Equestrian; dan
6- Renang.

Dijangka seramai lebih 700 orang atlet Special Olympics akan mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini.

Setiap kontingen negeri adalah dibenarkanuntuk menghantar seramai 4 orang atlet lelaki dan empat orang atlet perempuan dalam semua jenis sukan kecuali bolasepak yang boleh membariskan sehingga 8 orang atlet lelaki.

Oleh kerana sukan ini ditaja oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, hanya atlet yang berada di bawah institusi JKM sahaja yang dibenarkan mengambil bahagian?.

Meteor bagai bulan mengambang


Washington: Kilauan cahaya yang dilaporkan menerangi langit di pantai timur Amerika Syarikat (AS) ada kaitan dengan ‘insiden meteor’,” kata Agensi Angkasa Lepas AS (Nasa), semalam.
Pegawai Alam Sekitar Nasa Bill Cooke berkata, cahaya meteor itu dilaporkan begitu terang seolah-olah bulan mengambang.
gambar dari fail
Katanya, orang ramai dari New York hingga Washington menulis mengenai fenomena itu di media sosial. Cooke berkata, pada asasnya Nasa mendapati ada batu besar yang memasuki atmosfera di bahagian timur laut AS.
“Meteor itu dilihat secara meluas dengan lebih 350 laporan dikesan di laman sesawang Persatuan Meteor Amerika,” katanya.

Ahli persatuan itu, Robert Lunsford berkata, mereka melihat kilauan seperti tahi bintang yang sangat terang.

Cahaya terang-benderang di langit itu dapat dilihat sehingga jauh ke selatan di Florida dan hingga ke utara di New England, lapor akhbar USA Today.
Pengarang berita AP, Matt Moore berkata, dia sedang beratur untuk menonton konsert di Philadelphia ketika senja apabila ternampak “kilatan cahaya yang terang bergerak di langit sepantas kilat...dan secara senyap.” “Ia jelas kelihatan sangat tinggi di atmosfera.

“Tetapi dari cara ia muncul, kelihatan seperti sebuah pesawat yang bersedia untuk mendarat di lapangan terbang,” katanya. Moore berkata, imbasan cahaya itu kelihatan kira-kira dua hingga tiga saat dan kemudian menghilang. “Ia berbentuk bulat kekuningan dan anda boleh tahu ia terbakar,” katanya.
Ketua astronomi di Institut Franklin di Philadelphia, Derrick Pitts bersetuju dengan pendapat bahawa cahaya itu mempunyai tanda seakan-akan ‘bola api’. - AFP

Puting beliung ragut 20 nyawa


Puting beliung ragut 20 nyawa
Dhaka: Puting beliung melanda dua kampung di tenggara Dhaka dan membunuh sekurang-kurangnya 20 orang, menerbangkan bumbung kediaman, menyebabkan pokok tumbang dan tiang elektrik tercabut, kata pihak berkuasa.
Jumlah kematian mungkin meningkat berikutan lebih 300 penduduk turut cedera apabila puting beliung melanda daerah Brahmanbaria, lebih 100 kilometer di tenggara Dhaka petang kelmarin.

Lebih 500 kediaman rosak teruk. Penyelamat dikejarkan ke kawasan itu tetapi pokok tumbang dan kenderaan yang musnah menghalang laluan dan landasan kereta api. 
Antara bangunan rosak ialah penjara Brahmanbaria dengan sebahagian bangunannya runtuh menyebabkan seorang pengawal penjara terkorban. 
Bagaimanapun, pihak berkuasa berkata, semua tahanan masih berada di penjara dan dalam keadaan selamat.
Penduduk, Mohammad Nizam memberitahu media, semua hartanya musnah dan dia tinggal sehelai sepinggang. - REUTERS

Thursday, March 14, 2013

Can Exercise Improve IQ In People With Down Syndrome?


Can Exercise Improve IQ In People With Down Syndrome?

By 
The key to improving cognition in those with Down syndrome could be as simple as stepping onto a bike, researchers say.
Using a method called “assisted cycle therapy,” researchers at Arizona State University say they’re seeing improvement in those with Down syndrome. The approach involves rigorous exercise sessions on a specialized stationary bicycle, with a coach encouraging and monitoring the individual with Down syndrome throughout.
A small, pilot study two years ago found that adolescents with the chromosomal disorder were able to process information more quickly and had better manual dexterity even after just one therapy session. In contrast, voluntary exercise did not produce similar results, said Shannon Ringenbach, an associate professor of kinesiology at Arizona State who’s leading the research effort.
Now Ringenbach has a $150,000 federal grant to study the impact of assisted cycle therapy on people with Down syndrome more in-depth.
In an ongoing study, participants attend 30-minute workout sessions three times each week. Families members have indicated that they’ve noticed an increase in talking, interaction and improved mood among those currently participating in the research effort.
“It’s really remarkable that by doing this kind of exercise, they begin to think faster,” Ringenbach said of the study participants who she believes are developing new brain cells. “It has the potential to dramatically change the quality of their lives. With early intervention in children with Down syndrome, it’s possible it could improve their IQ.”

Sunday, March 10, 2013

Rosmah: Disabled want to play their part, too Read more: Rosmah: Disabled want to play their part, too - General - New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/general/rosmah-disabled-want-to-play-their-part-too-1.231324#ixzz2N5hSU7dM


PUTRAJAYA: No section of society should be marginalised because of their disabilities, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's wife, Datin Seri Rosmah Mansor, said.

Instead, they should be encouraged to play their part in the nation's development agenda.
"Those with special needs also want to play their part in contributing to the country's development so that we can achieve developed nation status," she said in her speech at the opening of the Community Rehabilitation Centre's (PDK) Products Carnival here yesterday.
Rosmah, who is the Association of Wives of Ministers and Deputy Ministers (Bakti) president, encouraged the public and private sectors, as well as individuals, to support the disabled community through the provision of necessary skills, education and monetary funds.
"I believe they also want to be independent and make a living for themselves.
"I am certain that (for them) a job is not just their right, but also concerns their dignity of being able to be independent and proactive in contributing to society and the country."
More than 1,000 from the disabled community took part in the sales carnival selling various items ranging from food to agricultural produce to paintings at their booths set up along Putrajaya Boulevard, Precinct 2.
The carnival is part of the Semai Bakti initiative, which aims to help those with special needs.
Under the initiative, special needs individuals are given the chance to socialise and learn skills that would help them to better themselves and be more independent.
Present were former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad's wife, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, deputy prime minister's wife, Puan Sri Noorainee Abd Rahman, and Putrajaya Corporation president Tan Sri Aseh Che Mat.
Rosmah expressed hope that the items produced by the special needs community through the PDK centres would be promoted in local markets.
"I hope government agencies, such as the Agriculture and Agrobased Industry Ministry and the Women, Family and Community Development Ministry, can help to evaluate, guide and promote their products in the local market."
Rosmah said such a move would help the community be self-sufficient, especially if their products could be sold nationwide.


Read more: Rosmah: Disabled want to play their part, too - General - New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/general/rosmah-disabled-want-to-play-their-part-too-1.231324#ixzz2N5hNq2Ru

Allow the disabled to contribute towards nation building - PM Read more: Allow the disabled to contribute towards nation building - PM - Latest - New Straits Times http://www.nst.com.my/latest/allow-the-disabled-to-contribute-towards-nation-building-pm-1.231832#ixzz2N5gnZEel


PUTRAJAYA: Prime Minister Datuk Seri Najib Razak called on all parties to consider the special needs community as important and valuable assets to the nation.


He said the disabled had talent and potential that could be sharpened or expanded, to allow them to live independently and to contribute to nation building.
 
He called all government departments and agencies and the private sector to provide them with the opportunities to develop themselves and their careers.
  
"What the government and society in general should do is to provide opportunities for them to get a job suited to their abilities and talents, and allow them to lead a normal life.”
 
“I have advised government departments and agencies, and the private sector to provide as many opportunities as possible to people with disabilities because I believe that they will become valuable assets to our country," he said.
  
He said there were many disabled people in the country who were successful in various fields as leaders, athletes and artists.
 
"I also believe that what is done through this programme will leave an indelible mark and prove that people with disabilities were never neglected by the government or society.”
 
He said people with disabilities should not feel inferior or regard their state as an obstacle to their success.
 
He was speaking at the closing ceremony of the Semai Bakti Special Talent Competition 2013 Prime Minister's Cup and Community Rehabilitation Centre  Product Sales Carnival (PDK) organised by the  Wives of Ministers and Deputy Ministers Association (BAKTI) in Putrajaya Square here tonight.
 
Also present were his wife Datin Seri Rosmah Mansor, cabinet ministers, chief ministers, menteris besar, and their wives in show of support for the disabled of the country.
 
  
Bakat Istimewa Semai Bakti
Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and Datin Seri Rosmah Mansor watching the performances during the Bakat Istimewa Semai Bakti special talent competition 2013 PM's Cup at Dataran Putrajaya in Putrajaya tonight. Also present were Putrajaya MP Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (second from left) and wife Datin Seri Enny Beatrice Ferlat Kusumo Anggraini (left). Pix by Fariz Iswadi Ismail.


Read more: Allow the disabled to contribute towards nation building - PM - Latest - New Straits Times http://www.nst.com.my/latest/allow-the-disabled-to-contribute-towards-nation-building-pm-1.231832#ixzz2N5gh5AIK

Saturday, March 2, 2013

PDK Selayang : SMK Sea Park 2013 Chinese New Year Hamper Program-010313


Seperti tahun-tahun terdahulu, Pdk Selayang adalah salah sebuah organisasi amal yang menerima hamper dari Program Hamper Chinese New Year yang telah diterajui oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Sea Park, Petaling Jaya. PDK selayang telah menerima sumbangan ini sejak tahun 2002 lagi (dari rekod). Pada tahun ini PDK Selayang menerima sebanyak 20 hamper yang disumbangkan hasil kutipan yang dibuat oleh pelajar-pelajar sekolah tersebut yang mengambil bahagian. Untuk mengetahui siapa dan kelas/persatuan dari sekolah tersebut yang hampernya berjaya dimilikki oleh PDK Selayang, sila layari semua foto di bawah. Jawatankuasa dan Warga PDK Selayang mengucapkan jutaan terima kasih kepada Warga Pendidik dan Warga Pelajar SMK Sea Park di atas sumbangan mereka. Jawatankuasa juga berharap agar kerjasama ini akan berterusan selagi ada bulan dan matahari.