Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Thursday, December 24, 2020

 Khamis, 24.12.2020....


Rezeki untuk warga PDK Selayang, terutamanya pelatih-pelatih PDK, menerima sumbangan 96 peket vegitarian food melalui miniHERO. 

Ramai parents yang sudi datang untuk mengambil makanan, bagi yang tidak dapat datang kami kirimkan melalui parents yang tinggal di kejiranan yang sama...

Terimakasih miniHERO, you are our HERO.






















Thursday, November 12, 2020

KESAN PANDEMIK COVID-19 KEPADA PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI SELAYANG/PDK SELAYANG

KESAN PANDEMIK COVID-19 KEPADA PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI SELAYANG/PDK SELAYANG:


Pandemik Covid-19, sepertimana yang diketahui oleh semua, telah memberikan kesan yang amat besar dan mendalam kepada Pusat PDK Selayang. Bermula dari 18 Mac 2020 apabila kerajaan mengenakan PKP, kemudian PKPD, selepas itu PKPP dan sekarang PKPB, PDK seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi, melainkan PDK yang berada dalam kawasan hijau, pelatih tidak dibenarkan hadir ke PDK secara fizikal.


Proses Pemulihan, Pembelajaran dan Latihan:

Program Pemulihan yang melibatkan sentuhan langsung tidak boleh dijalankan di atas arahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan JabatanKebajikan Masyarakat Malaysia.

Manakala Program Pembelajaran dan Latihan, Petugas PDK diarahkan untuk membuat pembelajaran secara online atau secara homework atau kedua-duanya sekali, bagi meneruskan proses pemulihan, pembelajaran dan latihan.


Kewangan:

Tanpa kehadiran pelatih ke PDK dan tanpa ada program berbentuk pemulihan boleh dijalankan, tiada sumbangan kewangan diterima dari ibubapa dan keluarga sejak Mac 2020, ini menyebabkan sumber kewangan amat terhad dan bertambah susut. 

Walaupun dengan adanya Bantuan Kewangan dari kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, akan tetapi ianya tidak cukup untuk membayar liabiliti Pertubuhan PDK Selayang, seperti sewa, bil-bil utiliti, elaun tambahan kepada Petugas-Petugas dan saguhati peserta projek EEP (Economic Empowerment Program).


Liabiliti Pertubuhan PDK Selayang adalah seperti di bawah:

RM30,000.00 tambahan untuk sewa premis untuk 1 tahun.

RM 6,000.00 tambahan bil-bil utiliti untuk 1 tahun.

RM66,000.00 tambahan saguhati Petugas-Petugas untuk 1 tahun.

RM10,800.00 saguhati peserta projek EEP.


Bagi lain-lain perbelanjaan yang perlu adalah seperti di bawah:

RM36,000.00 anggaran kos program-program dan aktiviti-aktiviti untuk 1 tahun.

RM1,800.00 Takaful bagi Petugas-Petugas dan Peserta-Peserta Projek EEP..

RM3,600.00 Suntikan Pelalian Tyfoid bagi Petugas-Petugas, Peserta-Peserta Projek EEP dan semua Pelatih Remaja.

RM18,000.00 anggaran kos penyediaan makanan dan minuman bagi pelatih-pelatih untuk 1 tahun.


Keperluan Kewangan:

Pertubuhan memerlukan anggaran RM170,000.00 setahun, sebagai tambahan dari Bantuan Kewangan oleh kerajaan sebanyak hampir RM360,000.00 

Oleh yang demikian Jawatankuasa Pertubuhan PDK Selayang menjemput YM/Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato'/Datin/Haji/Hajjah/Tuan/Puan untuk membuat sumbangan kewangan kepada Pertubuhan PDK Selayang untuk membantu Pertubuhan meneruskan program-program dan aktiviti-aktiviti pada masa-masa yang amat sukar ini.

YM/Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato'/Datin/Haji/Hajjah/Tuan/Puan boleh membuat sumbangan kewangan ke akaun Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (PDK Selayang) di Agro Bank, No. Akaun 1002391000016695.

Kepada Umat Islam yang ingin membayar Zakat Pendapatan atau Zakat Perniagaan, zakat tersebut boleh juga disalurkan kepada PDK Selayang, semoga zakat dan sumbangan YM/Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato'/Datin/Haji/Hajjah/Tuan/Puan diberkati dan diterima oleh Allah SWT.