Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Monday, September 5, 2011

PDK Selayang : Berbuka Puasa Bersama Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia.

Seramai 12 orang pelatih OKU PDK, 18 orang anak yatim dan 10 orang kanak-kanak kurang bernasib baik telah dijemput untuk berbuka puasa oleh Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia (YHKM) pada:

Tarikh : 14 Ramadhan 1432H (14hb Ogos 2011)

Hari : Ahad

Masa : 5:30 petang - 10:00 malam

Tempat : Grand Ballroom, Hotel Concord, Shah Alam

Menunggu waktu berbuka............


YHKM juga menjemput sebanyak 5 rumah kebajikan lagi untuk turut bersama-sama menikmati keenakan juadah berbuka puasa pada hari tersebut.

YAB Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. penaung kepada YHKM tidak dapat hadir pada petang tersebut kerana kurang sehat, dan Datin Atikah Adom merasmikan bagi pehak beliau.
Lelaki dahulu.....................


Kemudian perempuan

Tepat jam 7:26 pm, telah masuk waktu Maghrib bagi kawasan Shah Alam, berbuka puasa pun bermula diikuti dengan solat maghrib berjemaah, kemudian diteruskan dengan jamuan makan malam.
Bergambar kenang-kenangan

Pada jam 8:15 malam acara rasmi dimulakan dan diikuti penyerahan sumbangan duit raya kepada semua kanak-kanak jemputan yang hadir.
Kanak-Kanak dari PDK Selayang bergambar kenang-kenangan
bersama datin Atikah Adom dan Puan Zihan (baju kuning)

Kombinasi Hotel Concord Shah Alam, Kuala Lumpur dan KLIA menyumbangkan RM50.00, sementara Yayasan harapan Kanak-Kanak Malaysia menyumbangkan RM200.00.

Majlis berakhir pada jam 10:00 malam.

No comments: