Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Thursday, September 1, 2011

Kecoh tarikh Hari Raya Aidilfitri di Indonesia


BEBERAPA orang berjabat tangan selepas solat Hari Raya Aidilfitri di luar masjid Al-Azhar di Jakarta semalam.



p/s : Al-Hamdulillah, Malaysia tak sampai begitu, walaupun pernah berlaku pada tahun 1981, negeri Johor raya awal sehari dari yang lain.

JAKARTA – Penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri menjadi perbalahan apabila sekumpulan pengikut pertubuhan Islam kedua terbesar di negara ini, Muhammadiyah menyambut hari raya semalam walaupun pemerintah Indonesia menetapkan 1 Syawal jatuh pada hari ini.

Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia mengumumkan lewat kelmarin bahawa 1 Syawal jatuh pada hari ini dan bukannya semalam seperti mengikut kebanyakan kalendar.

Menurut Ketua Pengarah Hal Ehwal Islam di Kementerian Agama, Nasaruddin Umar, persetujuan telah dicapai dalam kalangan ramai pihak termasuk pakar-pakar astronomi, tentera laut, Agensi
Penilaian dan Aplikasi Teknologi serta cendekiawan Islam bahawa kedudukan anak bulan amat rendah sekali gus menyebabkan 31 Ogos adalah tarikh yang tepat untuk permulaan bulan Syawal.
Kedudukan anak bulan itu adalah kurang dua darjah di atas kaki langit.

Bagaimanapun, pertubuhan Muhammadiyah yang mempunyai 20 juta pengikut menggunakan perkiraan hisab bagi menentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri.

Pengerusi Muhammadiyah, Haedar Nasir berkata, walaupun terdapat perbezaan dalam menentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha, ia tidak menjejaskan hubungan persaudaraan dalam kalangan Muslim di negara ini.

Hari Raya Aidilfitri turut disambut semalam di Arab Saudi, Palestin, Rusia, Mesir, Malaysia, Sudan, Kenya, Belanda, Kosovo, Afghanistan, Somalia, Bosnia, Syria, Jordan, selatan Thai dan Filipina. – Agensi

No comments: