Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Tuesday, September 6, 2011

USM tingkat kemudahan OKU

p/s 1 : satu usaha yang patut dipuji dan diikuti oleh lain-lain IPT samada IPTA atau IPTS.

p/s 2 : meningkatkan masih belum cukup lagi, sepatutnya menerajui kemudahan taraf UNIVERSAL DESIGN, sebab jika disebut kemudahan untuk OKU (mesra OKU) sebenarnya sudah hampir dua abad tidak digunakan lagi oleh negara-negara maju dan sebahagian negara yang setaraf dengan kita. Mereka telah beranjak ke Universal Design (mesra Semua).

GEORGE TOWN - Universiti Sains Malaysia (USM) membelanjakan lebih RM2 juta sejak lima tahun lepas bagi menambah baik kemudahan untuk pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) yang menuntut di universiti itu.

Naib Canselornya, Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, semua bangunan baru terutama pusat pengajian di USM telah dilengkapi kemudahan untuk pelajar OKU.

"USM mahu menjadi sebuah universiti yang mesra OKU dan antara kemudahan yang disediakan ialah laluan khas, peralatan khas untuk pembelajaran, bantuan kerusi roda dan kenderaan khas untuk membawa pelajar OKU ke pusat pengajian ,” katanya kepada pada sidang akhbar Sambutan Pelajar Baru USM Sidang Akademik 2011/2012 di sini hari ini.

Katanya, sebanyak 3,883 orang termasuk pelajar antarabangsa dari Indonesia, Bangladesh, Turki, Arab Saudi dan China dijadual mendaftar diri bagi pengajian ijazah pertama di USM tahun ini.

Sementara itu, seorang pelajar cacat penglihatan Mohamad Aziz Abidin, 21, berkata, beliau teruja dapat menjadi pelajar USM selepas seorang rakan senasib dengannya menceritakan universiti itu menyediakan kemudahan untuk golongan seperti mereka.

"Rakan saya yang turut cacat penglihatan menyambung pelajaran di USM sejak tahun lepas dan dia selalu bercerita tentang kemudahan untuk golongan OKU di universiti ini,” katanya.

Mohamad Aziz berkata, sebagai anak sulung, beliau bercita-cita memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dan mendapat pekerjaan yang baik bagi membantu keluarga.

No comments: