Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Monday, September 5, 2011

Taufan landa Jepun, selatan AS

Sekurang-kurangnya 17 terbunuh, 43 lagi hilang dibadai Talas

Imej taufan Talas
 Di Jepun
TOKYO: Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh manakala 43 lagi hilang, selepas Taufan Talas melanda bahagian utara Jepun semalam, membawa bersama hujan lebat dan menyebabkan tanah runtuh, lapor media.

Operasi menyelamat
 Agensi berita Kyodo melaporkan, pihak berkuasa sudah mengeluarkan arahan berpindah kepada kira-kira 460,000 penduduk di bahagian barat dan tengah negara itu.

Rakaman stesen televisyen menunjukkan sebuah jambatan dibawa arus selepas hujan lebat, manakala sebatang sungai melimpahi tebing.

Kemusnahan akibat taufan Talas
 Penduduk membawa payung mengharungi air sedalam paras lutut di jalan-jalan di bandar raya terbabit dan kawasan kediaman.

Agensi Meteorologi Jepun, menyatakan pusat taufan bermusim ke 12 itu berpindah secara perlahan ke utara Laut Jepun dan ia kini merentasi pulau selatan Jepun di Shikoku serta sebahagian pulau utara Honshu tengah malam semalam.

Banjir akibat Talas di Kiho

Disebabkan taufan terbabit bergerak perlahan, agensi itu memberi amaran bahawa hujan lebat dan angin kencang akan berterusan dan boleh menyebabkan banjir dan tanah runtuh.

Sekurang-kurangnya tiga rumah tertimbus dalam satu kejadian tanah runtuh di wilayah Wakayama, manakala seorang wanita yang diselamatkan tetapi masih belum dikenali identitinya disahkan meninggal dunia selepas itu.

Polis berkata empat mangsa masih lagi hilang manakala seorang gadis berusia 14 tahun diselamatkan dari runtuhan terbabit.

Keadaan Kg Nachikatsuura, Wakayama prefecture
 “Sekurang-kurangnya 10 maut dan 32 yang lain hilang di wilayah yang terjejas,” kata pegawai kanan polis.

Seramai tujuh orang dilaporkan hilang di wilayah Nara berhampiran selepas beberapa rumah dihanyutkan sungai, lapor NHK.

Di Amerika Syarikat

Sementara itu di LOUISIANA, Amerika, New Orleans yang musnah dilanda Taufan Katrina enam tahun lalu, berdepan ancaman baru kelmarin dengan kedatangan Ribut Tropika Lee, membawa hujan lebat sekali gus mencabar sistem menghadapi banjir bandar raya itu.

Imej taufan Lee

Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat melaporkan, Taufan Lee diramal membawa hujan hingga 51 sentimeter ke tenggara Louisiana dalam tempoh beberapa hari akan datang, termasuk di New Orleans.

Ombak besar yang dibawa ribut itu boleh menyebabkan banjir di Louisiana, Mississippi dan Alabama sebelum melanda wilayah tenggara minggu depan.


Banjir di San Francisco akibat hujan bawaan taufan Lee
 Ribut yang bergerak perlahan itu membingungkan peramal kaji cuaca. Angin Lee semakin lemah malam kelmarin ke utara ke arah pantai Lousiana pada kelajuan tiga kilometer sejam selepas bertiup perlahan selama beberapa jam pada tengah hari.

Lewat kelmarin, pusat Lee terletak di luar pantai Louisiana kira-kira 137 kilometer ke barat barat daya Bandar Raya Morgan, dengan angin maksimum 80 kilometer sejam, kata pusat taufan.

Angin dijangka kekal pada kelajuan 119 kilometer sejam ketika ribut itu bersedia melanda persisiran pantai, kemungkinan tengah malam kelmarin.

Sistem tambak New Orleans mengepam kira-kira 20 sentimeter hujan setakat ini, dengan laporan banjir mula dikesan di jalan raya dan rumah.

“Kita masih berdepan risiko. Ribut ini bergerak perlahan tetapi tetap berbahaya,” kata Datuk Bandar Mitch Landrieu dalam satu sidang akhbar.

New Orleans berada dalam pemantauan sepanjang malam ini disebabkan potensi menerima hujan lebat, kata Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan kelmarin.

Kemungkinan berlaku kerosakan akibat kelajuan angin sehingga 80 kilometer sejam turut menjadi kebimbangan di bandar raya itu ketika Lee semakin dekat, katanya.

Prospek banjir di New Orleans membangkitkan memori Taufan Katrina, yang menenggelamkan 80 peratus daripada bandar raya itu, membunuh 1,500 orang dan menyebabkan kerugian lebih $80 bilion (RM232 bilion) pada tahun 2005.

Sebahagian daripada bandar raya itu terletak di bawah paras laut dan dilindungi oleh sistem tambak dan pagar banjir.

No comments: