Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Thursday, September 1, 2011

Edisi merdeka : Pencipta Jalur Gemilang : Iktiraf tanpa dikenang

DOA...Abu Bakar berdoa di pusara abangnya, Allahyarham Mohamed di Tanah Perkuburan Islam di Kebun Teh, semalam.
DOA...Abu Bakar berdoa di pusara abangnya, Allahyarham Mohamed Hamzah di Tanah Perkuburan Islam di Kebun Teh, semalam.

JOHOR BAHRU: Dalam kemeriahan seluruh rakyat Malaysia meraikan ulang tahun kemerdekaan negara ke-54 hari ini, serentak dengan sambutan Aidilfitri, perasaan terkilan masih bersarang di sanubari keluarga pencipta Jalur Gemilang, Allahyarham Mohamed Hamzah.
Allahyarham Mohamed Hamzah, Pencipta Jalur Gemilang
 
Adik bongsu Allahyarham, Abu Bakar Hamzah, 76, berkata, keluarganya bersyukur selepas kerajaan mengesahkan abangnya sebagai pencipta Jalur Gemilang pada 17 Julai 2005, namun pengiktirafan secara zahir daripada pengesahan itu tidak diperoleh bekas jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor.

Tidak dikenang

“Sudah tujuh tahun Allahyarham disahkan pencipta Bendera Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai Jalur Gemilang, namun hingga kini arwah masih tidak menerima anugerah khas seperti dijanjikan pihak berkuasa.

“Lebih menyedihkan, pusara Allahyarham usang termasuk simen di sekelilingnya terkopak, namun tiada pihak tampil membantu membaikinya,” katanya yang ditemui ketika mengunjungi pusara Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dagang, Kebuh Teh di sini, semalam.

Pesara tentera itu berkata, keluarganya selain anak perempuan tunggal Allahyarham yang tinggal di Kuala Lumpur tidak dapat membiayai kos membaik pulih pusara kerana masing-masing tiada pendapatan.

Abu Bakar berkata, sekiranya kerajaan ingin mengenang jasa Allahyarham yang meninggal dunia pada 19 Februari 1993, keluarganya amat berbesar hati, sekurang-kurang membaik pulih pusara Allahyarham.

“Pengesahan Allahyarham sebagai pencipta Jalur Gemilang adalah pengiktirafan, namun apa faedahnya sekiranya tiada sebarang penghargaan diberikan hingga perkara itu menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat.

“Apa salahnya, sedikit keuntungan hasil menjual buku bertajuk ‘Mohamed Hamzah Pereka Cipta Jalur Gemilang’ oleh pihak tertentu sejak beberapa tahun lalu digunakan untuk membaik pulih pusaranya sebagai tanda mengenang jasanya,” katanya.

Sehubungan itu, Abu Bakar berharap permintaan keluarganya diberi perhatian oleh pihak berkaitan bagi membolehkan orang ramai mengenali pusara Allahyarham yang berjasa kepada negara menerusi bendera Malaysia ciptaannya.

Persoalan siapa pencipta bendera Malaysia pertama kali dicetuskan Metro Ahad pada 29 Ogos 2004, beberapa hari menjelang sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-47 pada tahun berkenaan.

Selepas beberapa siri laporan berita mengenainya dibuat Metro Ahad dan Harian Metro, beberapa pihak tampil memberi maklumat, antaranya JKR Johor dan Yayasan Warisan Johor sebelum Allahyarham Mohamed dikenal pasti pencipta yang dicari-cari.

Hanya selepas hampir setahun kemudian iaitu pada 17 Julai 2005, segala kemusykilan terungkai apabila Datuk Seri Dr Rais Yatim yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Kesenian, Kebudayaan, dan Warisan membuat pengumuman rasmi mengesahkan Mohamed pencipta Jalur Gemilang.

Kira-kira dua tahun selepas pengesahan rasmi itu, satu buku bertajuk ‘Mohamed Hamzah Pereka Cipta Jalur Gemilang’ dilancarkan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dalam majlis khas pada 17 Ogos 2007.

No comments: