Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Wednesday, August 10, 2011

Saintis Mercun tercabut Kuku

KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak yang juga pemain bola sepak kebangsaan bawah 12 tahun, cedera empat jari tangan kiri, termasuk kuku pada jari manis tercabut selepas percubaan menghasilkan mercun dengan mencampurkan ramuan belerang dan karbaid ke dalam ‘starter’ (penghidup) lampu sebelum dinyalakan menggunakan sumbu, tiba-tiba meletup, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor, Tumpat, Mohd Nazirul Hasif Mailang, 12, dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, oleh bapanya, Mailang Sari, 38, untuk dirawat.

Bagaimanapun, Mohd Nazirul yang baru pulang dari Jepun, 27 Julai lalu selepas menyertai satu pertandingan, dibenarkan pulang ke rumah, semalam.

Menurutntya, sebelum kejadian, dia membeli mercun bola dan mengambil belerangnya untuk dicampur dengan karbaid dalam penghidup lampu kalimantang bagi menghasilkan mercun yang diletup menggunakan sumbu.

“Sebelum ini, sudah tiga kali saya menghasilkan mercun itu dan berjaya, tetapi percubaan kali keempat tidak berjaya. Ketika mencucuh sumbu mercun itu, ia tiba-tiba meletup dan serpihannya terkena pada jari tangan kiri serta lengan.

“Ayah menghantar ke Hospital Tumpat untuk rawatan. Saya kemudian dirujuk ke HRPZ II, kira-kira jam 11 pagi, hari ini (semalam),” katanya yang mengakui serik.

Sementara itu, Mailang berkata, dia tidak menyedari anak sulungnya itu membuat mercun dan hanya mengetahuinya apabila terdengar letupan kuat di luar rumah.


Kes itu menjadikan Kelantan mencatat tiga kes kecederaan akibat bermain mercun dalam tempoh tidak sampai seminggu.

Khamis lalu, seorang remaja, Nasrudin Mohd Nazli, 19, hilang tiga jari tangan kirinya dan cedera di muka selepas mercun bola yang dinyalakan ketika membonceng motosikal meletup di tangan sebelum sempat dilempar dalam kejadian di Kampung Dewan Beta, dekat sini.

Ahad lalu pula, pelajar tingkatan tiga, Nik Nurshazreen Nik Dzulhaimi, 15, putus saluran darah pergelangan tangan kiri akibat terkena serpihan mercun di Taman Anggerik, Kok Lanas.

p/s : Kelantan mungkin negeri yang mempunyai paling ramai saintis........

No comments: