Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Thursday, August 18, 2011

Barang kemas boleh sebar kuman pada makanan di Bazar Ramadhan


SKUDAI: Peniaga Bazar Ramadan sekitar bandar raya ini diingatkan supaya tidak memakai barang kemas seperti cincin, jam dan gelang tangan ketika mengendalikan makanan di premis masing-masing, kerana perhiasan diri itu boleh membawa jangkitan menerusi kuman yang melekat padanya.

Jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru berkata, selain itu mereka juga tidak dibenar memakai selipar ketika berniaga selain wajib mendapatkan pelalian tifoid bagi mengelak mereka menjadi punca jangkitan penyakit berjangkit.

Katanya, dalam usaha memastikan semua syarat dipatuhi, penguat kuasa pejabat itu kini melancarkan pemeriksaan dan kempen secara mengejut di kawasan bazar Ramadan sekitar bandar raya ini. "Menerusi pemeriksaan juga, semua peniaga diberi ingatan supaya mematuhi peraturan kebersihan kerana masih ada yang tidak mengambil berat termasuk gagal menutup makanan hingga mudah dicemari habuk atau lalat.

“Peniaga seharusnya faham maklumat disampaikan supaya mutu makanan terjamin bagi mengelak sebarang jangkitan kuman,” katanya ketika operasi kesihatan sambil mengedarkan risalah panduan pengendalian makanan ketika Ramadan di bazar dekat Jalan Kemuliaan, Taman Universiti, kelmarin.

Jurucakap itu berkata, hasil pemantauan, masih ramai peniaga dikesan tidak mematuhi peraturan dan penjagaan mutu makanan yang dikhuatiri boleh memberi kesan kepada kebersihan makanan yang dijual seterusnya menyebabkan pembeli menjadi mangsa.

“Kesedaran peniaga bazar terhadap aspek kebersihan ketika mengendali makanan penting untuk menghindari kejadian keracunan yang sering meningkat setiap kali Ramadan,” katanya yang turut disertai 12 orang petugas dalam operasi itu

No comments: