Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Thursday, August 11, 2011

Rusuhan di London : Pelajar Malaysia cedera diserang

Pelajar Malaysia, Asyraf Haziq Rosli, 20 (gambar atas), patah gigi dan cedera rahang selepas dipukul dan disamun sekumpulan perusuh di London, semalam.
Gambar dirakam di Hospital Royal London. Turutan gambar di kanan dipetik dari YouTube menunjukkan:
1.Asyraf terduduk selepas dipukul perusuh.
2. Ketika Asyraf masih dalam keadaan kesakitan selepas diserang, seorang perusuh pura-pura cuba membantu Asyraf, manakala rakanya menyelongkar beg mangsa.
3. Lelaki itu merampas dompet dan telefon bimbit Asyraf yang disimpan dalam begnya.
Pelajar Malaysia, Asyraf Haziq Rosli, 20 (gambar atas), patah
gigi dan cedera rahang selepas dipukul dan disamun sekumpulan
 perusuh di London, semalam. Gambar dirakam di Hospital
Royal London. Turutan gambar di kanan dipetik dari YouTube
 menunjukkan: 1.Asyraf terduduk selepas dipukul perusuh.
 2. Ketika Asyraf masih dalam keadaan kesakitan selepas
diserang, seorang perusuh pura-pura cuba membantu
Asyraf, manakala rakanya menyelongkar beg mangsa.
3. Lelaki itu merampas dompet dan telefon bimbit
Asyraf yang disimpan dalam begnya.

Asyraf Haziq dalam perjalanan berbuka puasa disamun sekumpulan perusuh

LONDON: Seorang pelajar Malaysia, Asyraf Haziq Rosli cedera diserang dan disamun sekumpulan belia lelaki yang terbabit dalam rusuhan di sini petang kelmarin.

Ketika kejadian, Asyraf, 20, pelajar tahun pertama pengajian perakaunan tajaan MARA di Kolej Kaplan sedang menunggang basikal dengan rakannya untuk berbuka puasa di rumah rakan mereka. Beliau yang patah gigi dan bengkak pipinya dihantar ke Hospital Royal London untuk dibedah.
Kejadian berkenaan dirakam oleh orang awam dan video klip rakaman itu muncul dalam YouTube yang kemudian disiarkan oleh siaran berita Sky TV.
Rakaman itu menunjukkan Asyraf terduduk selepas diserang dengan mulutnya berdarah. Tidak lama selepas itu, sekumpulan pemuda datang membantunya sambil beberapa daripada mereka membuka beg yang dibawanya dan mencuri dompet serta telefon bimbitnya.

Seorang pemuda kemudian dilihat meninggalkan tempat kejadian menunggang basikalnya.

Pengarah Mara di United Kingdom (UK), Dr Noorzaini Mohd Noor, berkata ibu bapa Asyraf sudah dimaklumkan kejadian itu dan pihaknya serta Jabatan Pelajar Malaysia di London sedang berusaha memindahkan pelajar yang tinggal di tempat dikenal pasti sebagai berbahaya diancam perusuh.

Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di UK, Datuk Zakaria Sulong, berkata setakat ini tidak ada pelajar atau rakyat Malaysia lain terbabit dalam rusuhan dan sudah menasihatkan mereka menjauhi tempat yang dianggap berbahaya bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Disebabkan rusuhan cepat merebak, kita akan mengeluarkan arahan dan nasihat dari semasa ke semasa,” katanya.
Seorang pegawai perhubungan polis di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, Nik Aziz Nik Razak juga sudah meninjau keadaan.

Rusuhan bermula di London tiga hari lalu selepas seorang lelaki ditembak mati oleh polis di Tottenham, utara London dan merebak ke banyak bandar. Rusuhan turut berlaku di Bayswater yang menempatkan Malaysia Hall, tetapi hanya kejadian kecil berbanding di tempat lain.

Semalam, rusuhan menyaksikan kumpulan pemuda yang membakar dan mencuri, merebak ke bandar lain termasuk Birmingham, Liverpool. Bristol dan Manchester.

No comments: