Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Friday, August 19, 2011

PDK Selayang : Majlis Berbuka Puasa dan Shopping Raya Bersama Majalah EH!

PDK Selayang telah dijemput untuk menghantar seramai 50 orang kanak-kanak yang terdiri dari Kanak-Kanak Kurang Upaya (OKU) Anak-Anak Yatim dan Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, berbuka puasa bersama-sama dengan beberapa selebriti kombinasi anjuran:

  1. Majalah EH!;
  2. Mid Valley City;
  3. The Boulevard; dan
  4. Cititel.
Majlis Berbuka Puasa Yang diadakan di Ballroom Cititel tersebut diadakan pada 16 Ramadhan 1432H (16hb Ogos 2011).

Seramai 50 orang kanak-kanak dengan diiringi oleh 6 orang pengiring dibawa dengan sebuah bas yang disewa khas tajaan Majalah EH!, tiba di South Court Kompleks Mid Valley pada jam 4:00 petang.

Mereka kemudian disambut oleh beberapa kakitangan Mid Valley City dan dibawa terus ke North Court.

Selepas sesi suai kenal mereka telah dipakaikan nametag supaya mereka mudah dikenali.

Kemudian mereka dipecahkan kepada dua kumpulan dengan mereka yang mempunyai ketinggian kurang dari 118cm (Kumpulan A) dan mereka yang mempunyai ketinggian lebih dari 118cm (Kumpulan B).

Kumpulan A seramai 9 orang kanak-kanak berumur antara 6-11 tahun dibawa masuk ke pusat permainan kanak-kanak (Bayaran biasa masuk untuk pusat tersebut RM25.00), mereka perlu memakai stokin untuk bermain disitu, 7 dari 9n orang yang tidak mempunyai stokin dibelikan sepasang stokin setiap seorang.

Manakala Kumpulan B dibawa bermain laser gun di Galactic Laser (bayaran masuk biasa RM50.00) untuk bermain/berlawan laser selama 10 min untuk setiap kanak-kanak.

Selepas tamat masa bermain pada jam 5:00 mereka dibawa pula ke surau Kompleks Mid Valley untuk sembahyang Asar.

Seterusnya, mereka dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk bershopping di Jaya Jusco Mid Valley sambil ditemani oleh beberapa selebriti dan kakitangan keempat-empat organiser tersebut.

Budget shopping untuk setiap kanak-kanak adalah RM50.00/orang untuk membeli barangan selain dari pakaian, ini kerana mereka telah disediakan sepasang pakaian setiap orang.

Selepas tamat bershopping mereka dibawa pula ke Ballroom Cititel yang berada di tingkat 5 hotel tersebut, mereka berpeluang beramah mesra dengan beberapa orang selebriti sementara menunggu waktu berbuka puasa.

Tepat jam 7:27pm azan dikumandangkan oleh salah seorang anak yatim yang dipilih untuk memperdengarkan azan.

Pada jam 8:00 malam, selebriti jemputan mendendangkan beberapa lagu berunsur hari raya dan disulami dengan badut yang membuat dekorasi belon dengan lagak lawaknya.

Jam 8:35 malam, semua kanak-kanak bertuah apabila sesi penyampaian duit raya dan dua beg hamper setiap seorang.

PDK Selayang juga menerima dua buah hamper yang diserahkan oleh Mid Valley dan Boulevard.

Disamping itu selebriti Ryzal juga menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,000.00 kepada PDK Selayang.

Selain itu, dua orang selebritu juga menyampaikan sumbangan 5 beg beras 10kg dan beberapa pek milo.

Semua kanak-kanak dihantar menaikki bas di yang menanti di North Court, untuk balik ke Selayang oleh selebriti-selebriti dan kakitangan keempat-empat entiti di atas.

jutaan terima kasih diucapka kepada Majalah EH!, Mid Valley City, The Boulevard dan Cititel yang memberi peluang kepada semua kanak-kanak tersebut bergembira seperti kanak-kanak yang lain.

No comments: