Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Thursday, August 25, 2011

Malaysia Peruntuk RM1.4 bilion Dana Kebajikan

ps 1 : 500,000 dari 28 juta rakyat Malaysia adalah penerima bantuan kebajikan ( 1 bagi setiap 56 rakyat Malaysia), yang paling sibuk dan teruk pastilah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

ps 2 : Balu polis dan tentera; adakah bayaran dibuat melalui JKM, yang kita risaukan jika bayaran dibuat oleh pehak polis dan tentera, tentu selepas itu akan minta dengan JKM pula (silap hari bulan jumlah bantuan bulanan sahaja lebih besar dari pegawai gred 27, maklumlah ada yang terlampau cerdik memperbodohkan institusi pemberi bantuan, minta bantuan dari enam penjuru, (JKM, Zakat, Baitulmal, Politik, NGO dan iindividu), jadi tak perlu kerja, pergi minta bantuan sana-sini, pasti boleh hidup mewah.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebanyak RM1.4 bilion diperuntukkan bagi membantu kira-kira 500,000 penerima bantuan kebajikan masyarakat melalui Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA).

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan yang akan diberikan pada setiap bulan itu bagi membantu kumpulan sasar yang antaranya terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal termasuk balu askar dan polis.

Katanya, langkah itu bagi memastikan golongan tersebut tidak terus berada dalam keadaan terpinggir dan terbiar dalam masyarakat.

"Dalam kemelut ekonomi dunia, kita lihat ada ekonomi negara tertentu yang bukan sahaja tidak menentu tetapi menguncup, ada juga negara yang pencen orang bersara terpaksa dipotong dan bantuan kebajikan terpaksa dikurangkan.

"Tetapi alhamdulillah di Malaysia bukan sahaja kita dapat meneruskan program ini malah dapat menambah lagi jumlah peruntukan untuk rakyat dan mereka yang amat memerlukan," katanya ketika melancarkan program tersebut di pejabatnya di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Peruntukan itu merangkumi bantuan untuk golongan kanak-kanak sebanyak RM290 juta, orang kurang upaya (RM332 juta), warga emas (RM455 juta) dan membiayai program-program kemasyarakatan di peringkat komuniti (RM303 juta).

Di bawah program itu juga, satu kategori baharu bantuan kewangan diperkenalkan bagi balu anggota tentera dan polis yang layak melibatkan peruntukan sebanyak RM4.1 juta.



No comments: