Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Tuesday, August 16, 2011

F1 Mercedes Petronas bantu peminat F1 berusia 14 tahun

TANGAN kiri palsu Matthew James memegang sebuah kamera.

WOKINGHAM - Seorang peminat perlumbaan kereta Formula Satu (F1), Matthew James berusia 14 tahun memperoleh tangan kiri palsu selepas dia menghantar sepucuk surat kepada bos pasukan F1 Mercedes Petronas, Ross Brawn, lapor sebuah akhbar kelmarin.

James yang dilahirkan tanpa tangan kiri menghantar surat tersebut bagi meminta wang sebanyak £35,000 (RM169,832.29) untuk memperoleh tangan kiri palsu.

Sebagai balasan, dia akan meletakkan logo Mercedes seperti yang terdapat pada logo kereta F1 pada tangan kiri palsunya.

Pihak pengurusan pasukan Mercedes itu terharu dengan kebijaksanaan remaja berkenaan.

Justeru, pasukan pengurusan Mercedes F1 itu bersetuju untuk membantu remaja berkenaan.

Pasukan Mercedes itu bekerjasama dengan firma Touch Bionics di Livingston, Scotland untuk mencipta tangan palsu berteknologi tinggi.

Hasil kerjasama itu menyebabkan tangan palsu yang paling canggih dikenali sebagai i-LIMB Pulse berjaya dihasilkan.

Tangan palsu tersebut membolehkan James memegang sebatang pen dan melukis gambar serta menulis, mengikat tali kasut selain menangkap bola.

Ia diperbuat daripada plastik gred tinggi dengan mengandungi soket silikon.

Setiap jari digerakkan dengan menggunakan motor.

Selepas menerima surat pada Jun lalu, Mercedes mengundang James ke ibu pejabat pasukan berkenaan dan menemui legenda F1, Michael Schumacher.

Namun, pasukan itu menyatakan ia tidak mampu untuk membayar harga tangan tersebut tetapi bersetuju untuk membantu remaja berkenaan memperoleh wang dengan meminta para peminat dan penaja membiayai kos tangan palsunya.

2 comments:

eelobor said...

"Namun, pasukan itu menyatakan ia tidak mampu untuk membayar harga tangan tersebut tetapi bersetuju untuk membantu remaja berkenaan memperoleh wang dengan meminta para peminat dan penaja membiayai kos tangan palsunya"...... macam tak logik jer ayat dia kan?

TMYZ said...

part tuh yang naik pelik tuh!