Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Thursday, August 18, 2011

PDK Selayang : Lawatan dari EPU dan World Bank

EPU (Unit Perancangan Ekonomi) dan World Bank (Bank Dunia) telah mengadakan lawatan ke PDK Selayang pada 29hb Julai 2011, bermula dari jam 8:30 pagi hingga jam 11:00 pagi.

EPU diwakili oleh Puan Rokiah, manakala World Bank diwakili oleh Mdm Alexandria.

Meninjau perjalanan kelas EIP
Tujuan lawatan mereka ialah untuk mendapat maklumat terus dari PDK mengenai peruntukkan yang diterima dari JKM (Kerajaan Malaysia), jumlah dan bagaimana ianya digunakan.

Bermesra bersama pelatih PDK Mohd Hafiz Ali Ashar
Mereka turut diiringi oleh Pegawai Bahagian Bantuan JKM Malaysia, Pegawai Bahagian Bantuan JKM Negeri Selangor, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan OKU JKM Selangor.
Pengerusi PDK Selayang, Dato' Prof. ir. Dr. Hj Azhari Md Salleh (tengah)
sedang memberi penerangan kepada mdm Alexandria dan Puan Hjh Noor Yasmin

Ketibaan Mdm Alexandria adalah lebih awal dari masa yang diberitahu iaitu 45 minit lebih awal, sepatutnya beliau harus tiba pada jam 9:15am tetapi beliau tiba seawal jam 8:30am.
Sesi taklimat disampaikan oleh Pengerusi PDK Selayang

Lain-lain pelawat/pegawai pengiring tiba lewat beberapa minit dari beliau, manakala Puan Rokiah pula tiba pada jam 9:05am.
Menonton persembahan percussion

Semasa di PDK Selayang mereka telah diberi taklimat oleh Pengerusi PDK Selayang, iaitu Dato' Prof. Ir. Dr. Haji Azhari Md Salleh.
Puan Noraini sedang menerangkan sesuatu kepada Puan Rokiah dar EPU
(kiri)

Turut hadir ialah Puan Hajjah Noor Yasmin Abdul Karim, Presiden CBR Network Malaysia.
Meninjau pelatih PDK sewaktu rehat  minum pagi

Sesi penerangan/taklimat berlangsung kira-kira 75 minit diikuti dengan lawatan ke kelas-kelas PDK, meninjau aktiviti-aktiviti yang sedang berjalan pada pagi tersebut dan menyaksikan pelatih OKU PDK sedang menikmati juadah minum pagi pada jam 10:30am.

Bertanya khabar kepada Nur Farhanah Jasmee
Sebelum itu, semasa menunggu ketibaan lain-lain pelawat, Mdm Alexandria menyaksikan persembahan percussion oleh pelatih-pelatih PDK selama lebih kurang 15 minit.

No comments: