Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Sunday, October 16, 2011

PSIBP PDK Selayang : Tawar 3 OKU lelaki yang bekerja untuk duduk di Group Home.

Persatuan Sokongan Ibubapa dan Petugas PDK Selayang (PSIP PDK Selayang), yang mengendalikan Rumah Kelompok Lelaki (Group Home) untuk OKU yang telah bekerja di sekitar Selayang dan Batu Caves, menawarkan 3 tempat untuk OKU duduk di rumah kelompok tersebut.

Syarat-syaratnya ialah:
  1. OKU lelaki sahaja.
  2. Telah bekerja di sekitar Selayang dan Batu Caves.
  3. Mempunyai kenderaan sendiri atau boleh pergi bekerja dengan cara sendiri.
  4. Boleh urusdiri dan berdikari.
  5. Boleh kongsi bayar sebahagian sewa rumah dan bil air serta bil elektrik.
  6. Mesti menjaga kebersihan diri, bilik dan rumah kelompok serta peralatan dan peralatan persendirian.
Rumah sesebuah yang mempunyai 3 bilik tersebut boleh dihuni maksima 6 orang dalam satu masa. OKU yang menghuni rumah kelompok tersebut mestilah boleh urusdiri dan berdikari kerana:
  1. Kebersihan rumah kelompok tersebut adalah tanggungjawab penghuninya.
  2. Makanan perlu disediakan sendiri oleh mereka, (boleh kongsi untuk masak).
  3. Pergi dan balik kerja adalah urusan mereka sendiri (PSIBP PDK Selayang tidak menyediakan pengangkutan).
Rumah kelompok tersebut adalah untuk memberi kemudahan kepada OKU yang bekerja dan mendekatkan mereka dengan tempat kerja mereka.

Permohonan boleh dibuat melalui e-mail (ainitmyz@yahoo.com), telefon (+603-6137 3467) atau datang sendiri ke PDK Selayang berjumpa dengan Puan Noraini Othman dengan membawa bukti pekerjaan dari majikan OKU berkenaan.

Jawatankuasa PSIBP PDK Selayang berhak menolak sesuatu permohonan tersebut jika difikirkan akan memudaratkan penghuni sediada, rumah kelompok tersebut dan peralatannya.

Rumah kelompok tersebut juga mempunyai peraturan dalaman yang perlu dipatuhi oleh para penghuninya.

No comments: