Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Tuesday, October 25, 2011

China : Pemandu didakwa langgar budak dua tahun

p/s : pasti akan terima hukuman, akhirnya makcik tukang sapu yang membawa kanak-kanak tersebut ke hospital terselamat dari membayar bil hospital dan bil pengkebumian.......wallahu'alam.



YUE YUE terbaring di sebuah hospital di wilayah Guangzhou pada 16 Oktober lalu selepas
dia dilanggar dua buah kenderaandi bandar Foshan, China. - AFP


BEIJING - Polis China telah mengemukakan pendakwaan ke atas seorang lelaki yang disyaki memandu sebuah kenderaan dan melanggar lari seorang budak perempuan berusia dua tahun yang mati akibat kecederaan parah yang dialaminya, lapor media pemerintah semalam.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pihak berkuasa menunjukkan sekurang-kurangnya 18 pejalan kaki melintasi budak perempuan tersebut tanpa menghulurkan sebarang bantuan selepas dia dilanggar sekali gus mencetuskan kemarahan orang awam di China.

Sebuah akhbar tempatan, Procuratorial Daily dalam laman webnya melaporkan bahawa suspek, Hu Jun, 24, didakwa kerana menyebabkan kematian budak perempuan yang nama jolokannya, Yue Yue di bandar Foshan, selatan China pada 13 Oktober lalu.

Beberapa laporan sebelum ini menyatakan, terdapat pemandu kedua yang melanggar budak perempuan itu ketika dia terbaring di jalan raya tetapi akhbar berkenaan tidak menyebut mengenai individu terbabit.

Berjuta-juta rakyat China melayari Internet untuk menonton klip video insiden berkenaan yang berlaku di sebatang jalan yang sempit di kawasan pasar Foshan.

Polis Foshan berkata, Jun yang berdepan hukuman penjara tiga hingga tujuh tahun jika dia didapati bersalah, telah menyerah diri selepas insiden itu berlaku.

No comments: