Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Wednesday, October 26, 2011

Biodiesel FRIM lebih efisien

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) berjaya menghasilkan biodiesel daripada sumber-sumber alternatif yang bukan berasaskan makanan seperti minyak jarak pagar, bintagor laut dan bahan buangan industri.

Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr. Abd. Latif Mohmod berkata, rancangan jangka pendek di peringkat FRIM ialah untuk menggunakan biodiesel adunan B5 untuk kenderaan berenjin diesel.

"Dianggarkan sebanyak 120,000 liter adunan biodiesel B5 akan digunakan setahun di FRIM.

"Ini akan menyumbang kepada penjimatan hampir 6,000 liter diesel fosil dan pengurangan kadar pembebasan karbon dioksida (CO2) sebanyak empat peratus atau 16,000 tan CO2 setahun," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran penggunaan Biodiesel Peringkat FRIM di sini semalam.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia, Nancy Shukri.

Pokok jarak pagar sering dijadikan pokok penghias pagar yang mana ia mempunyai kepentingan daripada aspek kesihatan, ekonomi dan digunakan untuk perubatan tradisional.

Pokok Bintagor Laut atau nama lainnya pokok Penaga laut merupakan tumbuhan rendang yang terdapat di tepi-tepi jalan khususnya di pinggir pantai di negara ini.

Mengulas lanjut, Abd. Latif berkata, satu liter penggunaan minyak diesel akan membebaskan 2.67 kilogram CO2 ke atmosfera bumi.

"Biodiesel keluaran FRIM mengandungi asid lemak yang rendah berbanding biodiesel daripada minyak kelapa sawit yang mempunyai kandungan asid lemak yang agak tinggi, maksudnya jumlah CO2 yang terlepas jauh lebih rendah berbanding biodiesel minyak kelapa sawit, tambahan pula hasil pembakaran biodiesel keluaran FRIM ini mengeluarkan bau yang wangi" katanya.

Bagi memaju dan mengembangkan produk biodiesel dengan berkesan, pemindahan teknologi penghasilan biodiesel telah dilakukan oleh saintis Program Biotenaga, FRIM yang dijayakan bersama dengan Xtra Tech Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat projek FMBioSis di samping menerima bantuan dana pengkomersialan daripada Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia.

Tambah beliau, FRIM juga mula menanam buah jarak pagar secara percubaan di kawasan tanah bermasalah seperti tanah berpasir di Stesen Penyelidikan Luar Setiu, Terengganu, untuk memajukan kawasan berpotensi secara berskala besar.

"Spesies hutan lain juga akan diteroka dalam usaha untuk membangunkan kawasan tanah bermasalah serta mewujudkan bekalan bahan mentah bagi penghasilan biodiesel yang mesra alam," katanya.

Biodiesel FRIM telah diuji oleh traktor, kenderaan pacuan empat roda dan bas.

Laporan saintifik biodiesel campuran ini juga menunjukkan prestasi enjin yang memberangsangkan.

No comments: