Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Wednesday, October 26, 2011

PDK Selayang : Lawatan dari SMK Taman Setiawangsa

Menikmati minum pagi yang disediakan oleh PDK Selayang
Seramai 18 pelajar, 8 guru dan 14 ibubapa kepada pelajar-pelajar tersebut telah melawat PDK Selayang pada 24hb Oktober 2011 (Isnin) bermula jam 8:30 pagi.
Sedang mendengar taklimat dari En Mohd Yusof

Mereka diketuai oleh Puan Rookiah Rohana, Penolong Kanan (Pendidikan Khas) sekolah tersebut.
Pn Rookiah Rohana PK SMK Taman Setiawangsa dalam ucapan balas
di PDK Selayang

Mereka telah diberi taklimat oleh Encik Mohd Yusof Tawil iaitu Naib Pengerusi II PDK Selayang.
Sedang mengambil makanan

Kemudian mereka dibawa melawat ke persekitaran PDK iaitu ke kelas EIP, bilik Pemulihan Carakerja, bilik Pemulihan Pertuturan, ruang Pemulihan Anggota, bilik Terapi ABC dan kelas latihan vokasional.
Encik Mohd Yusof sedang memberi taklimat

Dalam satu sesi soal jawab, beberpa ibubapa yang hadir bertanya soalan tentang program latihan vokasional yang dijalankan oleh PDK Selayang.
Salah seorang bapa yang sedang tekun mendengar jawapan
dari soalannya

Sebanyak 11 soalan direkodkan yang mana 8 dari ibu bapa dan 3 dari guru-guru sekolah tersebut.
Salah seorang bapa yang sedang bertanya soalan

Selain itu ada beberapa ibubapa juga berterus terang untuk menghantar anak mereka mengikuti latihan apabila tamat persekolahan menengah nanti.
Empat pelajar yang dicadangakan untuk mengikuti latihan vokasional
di PDK Selayang tahun hadapan

Dalam ucapan balas dari ketua delegasi pelawat, Puan Rookiah Rohana menyatakan, bahawa program latihan vokasional amat perlu untuk remaja OKU bila tamat persekolahan nanti, dan tempat yang paling sesuai termasuklah PDK.

Meninjau ke kelas EIP


Berjumpa dengan rakan senasib


Rombongan pelawat berada di PDK Selayang sehingga jam 11:25 pagi.

No comments: