Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Sunday, October 30, 2011

Delegasi CHOGM terkandas di Perth

p/s : Ini satu contoh tidak baik yang tidak perlu ditiru samada oleh kakitaangan MAS atau AirAsia, ia buka sahaja memalukan syarikat bahkan negara, mereka yang melakukan perkara ini sudah dianggap tidak patriotik, mereka yang melakukan perkara sebegini (tidak patriotik samada tidak mempertahankan negara atau memburuk-burukan imej negara patut dihalau keluar dari negara ini, seperti yang dilakukan oleh negara-negara maju).

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
SEJUMLAH penumpang Qantas terkandas selepas penerbangan mereka di
Lapangan Terbang Changi Singapura dibatalkan semalam.


PERTH, Australia - Kalangan 17 delegasi Komanwel terkandas di bandar ini semalam selepas Qantas bertindak menghentikan semua penerbangan domestik dan antarabangsanya, kata beberapa pegawai.

Perth yang merupakan ibu negeri wilayah Australia Barat terletak sekitar 3,300 kilometer dari bandar raya Sydney dan pusat-pusat penempatan penduduk di pantai timur Australia.

Ketua negara dan pegawai kanan 54 negara bekas tanah jajahan British berkumpul di bandar raya ini untuk Persidangan Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM) yang berlangsung hujung minggu ini.

CHOGM mengesahkan 17 delegasinya sudah menempah penerbangan Qantas untuk keluar negara selepas sidang berkenaan berakhir hari ini.

Namun, mereka terkandas ekoran Qantas menghentikan semua penerbangannya tanpa notis semalam susulan pertelingkahan industri dengan pekerjanya.

"Jawatankuasa bertindak CHOGM 2011 masih berbincang dengan sejumlah delegasi untuk mengaturkan pengangkutan lain untuk mereka," kata seorang jurucakap kepada agensi berita AFP.

Beliau enggan mendedahkan dari mana delegasi-delegasi terbabit berasal tetapi memberitahu, Qantas menyediakan perkhidmatan meluas yang turut merangkumi negara-negara kepulauan Pasifik hingga ke Afrika.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Qantas, Alan Joyce berkata, semua 108 pesawat syarikat berkenaan tidak akan berlepas sehingga beberapa kesatuan sekerja yang mewakili juruterbang, mekanik dan staf lain mencapai satu persetujuan dengan Qantas berhubung isu gaji dan persekitaran kerja yang lebih baik.

"Kami memutuskan untuk menghentikan penerbangan domestik dan antarabangsa Qantas secara serta-merta," kata Joyce dalam satu sidang media di Sydney semalam.

Menurutnya, kakitangan syarikat itu tidak perlu datang bekerja dan tidak akan dibayar gaji bermula esok.

No comments: