Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Wednesday, October 26, 2011

Ekoran laporan Kosmo : Lima beradik malang dibela

p/s : Kadang-kadang kita perlukan peranan akhbar seperti Kosmo yang mewakili suara rakyat yang terpinggir......................untuk diberi perhatian oleh kerajaan atau orang ramai.

p/s 2: Selain dari JKM beberapa badan lain yang patut membantu juga perlu tampil, mereka juga mungkin telah mengetahuinya tetapi tidak mengambil sebarang inisiatif untuk membantu seperti, PIBG, KUAM, PPD, Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kelantan, Jabatan Kesihatan Kota Bharu dsb, ataupun mereka sama miskin seperti keluarga tersebut!


KUALA LUMPUR – Sehari selepas pendedahan mengenai nasib malang lima beradik yang terpaksa bergilir-gilir ponteng kerana mahu menjaga bapa mereka, Zulkifli Deraman, 44, yang diserang angin ahmar, mereka terus mendapat perhatian.

Dalam reaksi segera, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) semalam bersetuju menghulurkan bantuan menerusi skim Bantuan Kanak-Kanak (BKK) sebanyak RM450 sebulan kepada kesemua anak-anak Zulkifli, 44, yang kini mendiami rumah usang di Kampung Tok Ku, Sering, Kota Bharu berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Pengarahnya, Hadzir Md. Zain berkata, keluarga malang itu juga mendapat bantuan peribadi daripada Pengerusi Majlis Kebajikan dan Pembangunan Penyayang (Mayang) Pengkalan Chepa, Datuk Dali Hussain sebanyak RM400.

“JKM akan sama-sama memantau dari masa ke semasa supaya keluarga ini dan anak-anak ini dapat belajar dengan sempurna,” katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! di sini semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai nasib malang lima beradik itu yang terpaksa mengorbankan zaman persekolahan mereka dengan bergilir-gilir ponteng sekolah sejak Januari lalu demi menjaga bapa yang sakit serta datuk dan nenek mereka yang uzur.

Anak-anak Zulkifli terpaksa tidak ke sekolah sekurang-kurangnya sehari dalam seminggu untuk menjaga bapa, datuk dan nenek mereka bagi meringankan beban ibu mereka yang mengambil alih tugas menyara keluarga.

Sementara itu, di Kota Bharu, Dali berkata, siasatan telah dilakukan terhadap keluarga berikutan laporan Kosmo! semalam.



Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

No comments: