Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Sunday, October 16, 2011

Pelajar miskin wajar dikecuali yuran PIBG Timbalan Menteri Pelajaran

p/s 1: Nampaknya 25-30% PIBG akan gulung tikar atau langsung tidak boleh berfungsi, terutamanya sekolah-sekolah diluar bandar yang mempunyai ramai pelajar miskin atau semua pelajarnya dari keluarga miskin. Maklumlah ramai yang berpendapatan RM3,000.00 akan mengaku miskin untuk mengelakkan bayar yuran PIBG-mungkin!

p/s 2: Satu-satunya pelajar yang akan bayar yuran PIBG adalah anak guru besar atau anak pengetua, itupun kalau anak mereka bersekolah di sekolah yang sama.

p/s 3: Sesuatu cadangan yang baik (atau buruk) (baik untuk sesetengah pehak (yang menerima faedahnya) dan buruk kepada sesuatu pehak (yang menerima padahnya) perlu ada rancangan atau cadangan untuk mengatasi masalah buruk yang akan berlaku di atas sebab cadangan tersebut. Jadi, APAKAH CADANGAN DR. MOHD PUAD ZARKASHI UNTUK MEMBANTU PIBG PULA?

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata keputusan menetapkan sejumlah bayaran oleh PIBG kepada ibu bapa pelajar sekolah perlulah dilakukan secara muafakat dan mengikut keutamaan.

“Bukan mudah untuk menetapkannya (bayaran PIBG di sekolah) kerana ada ibu bapa di Kuala Lumpur dan Damansara Utama sanggup membayar lebih, jadi susah nak hadkan.

“Bagi saya, biarlah PIBG buat keputusan secara muafakat dengan ahlinya untuk menentukan sesuatu yuran tambahan, saya sudah sebut banyak kali supaya tumpukan kepada yang utama, jika ibu bapa tak mampu sepatutnya dikecualikan,” katanya selepas Majlis Perasmian Smart Remaja di Sekolah Kebangsaan (SK) Berangan 2 di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang.

Sebelum ini, akhbar melaporkan PIBG diminta berunding dengan ibu bapa mengenai yuran yang mahu dikenakan kepada pelajar bagi mengelak timbul kekeliruan berikutan pemansuhan yuran sekolah seperti diumumkan dalam Bajet 2012.

Berikutan itu, Kementerian Pelajaran mengeluarkan pekeliling kepada semua sekolah supaya setiap keputusan yang mahu dijalankan PIBG mesti mendapat persetujuan ibu bapa dan guru besar atau pengetua bagi mengelak berlaku sebarang masalah.

Mengulas mengenai peruntukan tambahan RM1 bilion melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah dalam Bajet 2012, Dr Mohd Puad berkata, pihaknya menjangkakan masalah membabitkan bangunan 2,209 sekolah di seluruh negara yang rosak teruk dapat diselesaikan tahun depan.

“Apabila dapat peruntukan tambahan menerusi tabung yang diumum Perdana Menteri, kita yakin boleh selesaikan tahun depan. Kebanyakan sekolah yang mengalami masalah berkenaan ialah di Sabah dan Sarawak, oleh itu, kita berharap dapat selesaikan secepat mungkin,” katanya

No comments: