Puan Adila, Cik Kasturi dan Puan Noraini bergambar di hadapan pejabat PDK. |
Puan Nor Adila Fakhrudin, Pegawai Penyelaras PDK Negeri Selangor telah melawat PDK Selayang pada 12hb Oktober 2011 (Rabu). Beliau tiba di PDK pada jam 9:50 pagi dan berada selama lebih dari 1 jam setengah.
Tujuan lawatan beliau, selain dari meninjau program dan aktiviti PDK, beliau turut membawa seorang pelajar praktikal dari University Malaya, untuk menjalankan kerja-kerja praktikal bagi kursus yang diambilnya.
Cik Kasturi a/p Madialagan mengambil kursus Pentadbiran dan Keadilan Sosial dari Fakulti Sains Sosial Universiti Malaya dan akan ada selama 4 bulan di Bahagian Pembangunan OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor.
No comments:
Post a Comment