Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Friday, October 14, 2011

PDK Selayang : Pelajar IPG IK Jalankan Kerja Praktikal di PDK Selayang.

Seramai 12 orang pelajar tahun 4 Institut Pengajian Guru kampus Ilmu Khas, Cheras telah datang ke PDK Selayang untuk menjalan Kerja Praktikal mereka.

Bergambar bersama para pensyarah yang datang memantau kerja amal mereka.
Mereka harus menamatkan kerja-kerja praktikal tersebut dalam masa 6 hari.

Mereka melibatkan pelatih remaja bersama (Hamzah)
Mereka telah menamakan program mereka sebagai 'Jalinan Kasih di Teratak (JAKET)'.
Syafikah

Mereka telah berada selama 6 hari di PDK Selayang mulai dari 3hb Oktober hungga 8hb Oktober 2011 yang lalu.
Safwan dan Hamzah

Mereka diarahkan untuk melakukan 3 Modul praktikal iaitu:
  1. Lawatan ke Rumah Pelatih PDK.
  2. Projek Keceriaan PDK.
  3. Ceramah yang berkaitan dengan Pelatih PDK, keluarga mereka dan Petugas PDK
  4. *Program Outing untuk Pelatih PDK (tambahan idea mereka sendiri)
  5. *Aktiviti ramah mesra bersama Pelatih PDK.

Beh Hong Wei


Aliff

Mereka terdiri dari 5 pelajar lelaki dan 7 pelajar perempuan.
Permainan (3 orang gadis berbaju biru ialah pelatih jururawat dari PPUM yang
datang membuat aktiviti pada 4hb Oktober 2011)


Pada hari pertama mereka telah dibawa membuat home-visits ke 4 buah rumah Pelatih PDK iaitu rumah Damiah Kifahah, Ahmad Danial Azrai, Nur Farhanah dan Mohd Iqbal, sebagai memenuhi Modul 1.
Siap

Mereka telah dibahagikan kepada 4 kumpulan, yang mana setiap kumpulan akan diiringi oleh seorang Petugas PDK.
Matron Cheoh dari Kementerian Kesihatan Malaysia sedang memberi ceramah
bertajuk Pendidilan Sekseal dan Cabaran Terhadap Remaja OKU.

Setiap lawatan ke rumah pelatih tersebut mengambil masa antara 1jam setengah hingga 2 jam.

Pada hari kedua dan ketiga, mereka melakukan Modul 2, iaitu keceriaan. Mereka telah membuat reka bentuk dari simin atau dipanggil 'simin fero'.

Mereka juga telah melibatkan sekali pelatih remaja PDK dalam proses menyiapkan projek simin fero tersebut.

Pada hari keempat, mereka telah membawa seramai 11 orang pelatih remaja dan 8 orang pelatih kanak-kanak beserta dengan 4 orang Petugas PDK dan 6 orang ibu ke Pusat Konsevasi Gajah di Kuala Gandah dan Taman Rusa di Krau.

Pada hari kelima, mereka melakukan aktiviti bersama-sama dengan pelatih dengan mengadakan beberapa permainan ringkas. Sementara sebahagian dari mereka melakukan persiapan dan persediaan untuk ceramah yang bertajuk "Pendidikan Seksual dan Cabaran terhadap Remaja Kurang Upaya" pada hari keenam iaitu Sabtu 8hb Oktober 2011.
Penyelia PDK Rawang dan Penyelia PDK Batu Arang

Ceramah tersebut disampaikan oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia yang dijemput.
Hajjah Cik Meskinah Ismail (kiri)

Ceramah tersebut lebih ditumpukan kepada Ibubapa Remaja OKU dan Petugas-Petugas PDK.
Cenderahati kepada PDK Selayang

Jawatankuasa PDK Selayang telah membantu mereka dari segi menghantar surat jemputan kepada beberapa PDK berhampiran bagi menyertai sesi ceramah tersebut.
Cenderahati kepada Hajjah Cik Meskinah

Seramai 40 peserta telah menghadiri sesi ceramah tersebut yang terdiri dari ibubapa pelatih remaja PDK Selayang, Penyelia-Penyelia dan Petugas-Petugas dari PDK Rawang dan Batu Arang serta PDK Hulu Kelang.
Group Photo

Majlis Penutup Program JAKET telah diadakan sejurus selepas tamat ceramah tersebut, dan Ucapan majlis Penutupan program dilakukan oleh Hajjah Cik Meskinah Ismail, iaitu Pensyarah IPG IK.

No comments: