Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Wednesday, October 5, 2011

Juita bantu 62 PDK di Johor

p/s : Balkis (Badan Amal Isteri-Isteri YB Selangor) bila pula nak bantu 39 PDK di Selangor.

p/s : ADUN-ADUN Selangor bila pula nak menymbang kepada PDK di kawasan masing-masing, yang dah berbuat demikian, Al-Hamdulillah, yang belum, bila lagi..............

MERSING: Sebanyak 62 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di seluruh negeri ini menerima sumbangan kewangan daripada Badan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Johor (Juita) bagi membantu pusat berkenaan menjalankan beberapa program bersama pelatihnya.

Bendahari Juita, Datin Noor Izzah Mansor berkata, sumbangan menerusi tabung Juita sebanyak RM1,200 kepada setiap PDK diberikan bagi menambah sumber pusat berkenaan, sekali gus membolehkan mereka mengadakan aktiviti tambahan di samping menyediakan keperluan harian.

Beliau yang juga Pengerusi PDK Tenglu berharap petugas PDK sentiasa menjalankan tanggungjawab dengan tekun bagi membantu golongan istimewa mendapatkan ilmu di PDK.

“Johor negeri yang mempunyai PDK terbanyak, justeru, Juita merasakan usaha murni kakitangan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang tidak mengenal penat itu harus mendapat sokongan pelbagai pihak terutama badan bukan kerajaan (NGO).

“Kami sentiasa memberi sokongan kepada mereka termasuk memberikan sumbangan dan menjalankan program di sini,” katanya selepas beramah-mesra bersama pelatih dan petugas PDK Tenglu, di sini, kelmarin.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Endau, Datuk Zainal Abidin Osman.

Noor Izzah berkata, kebanyakan PDK di negeri itu masih menumpang di balai raya, kompleks penghulu serta dewan dan setiap tahun kerajaan memperuntukkan sebuah bangunan PDK baru, namun masih berusaha mencari sumber membina sebuah bangunan untuk PDK Tenglu.

“Kita sudah mengenal pasti sebuah tapak di Kampung Tanjung Genting dan berharap ia menjadi kenyataan sekiranya usaha wakil rakyat mendapatkan dana berhasil.

“Kita juga mendapat sumbangan RM5,000 daripada Adun Endau bagi melaksanakan program tahun ini dan beliau berusaha mendapatkan dana serta tanah untuk didirikan sebuah bangunan PDK di Mersing dan Endau,” katanya.

Sementara itu, Penyelia PDK Tenglu, Marlina Mansor, 38, berkata, pihaknya berterima kasih atas keprihatinan Pengerusi PDK Tenglu dan Adun Endau bagi membantu menyalurkan sumber kewangan kepada pihaknya.
 
Menurutnya, PDK itu mempunyai tiga petugas serta 42 pelatih berusia antara 4 dan 36 tahun dan menumpang di Kompleks Penghulu Mukim Tenglu sejak mula ditubuhkan.
 
“Selain mengadakan latihan pengurusan diri kepada peserta PDK, kita juga mengadakan lawatan ke rumah pelatih yang tidak ditempatkan di PDK setiap Jumaat bagi mengikuti perkembangan selain membantu mereka,” katanya.

1 comment:

eelobor said...

yer betul..... yang belum lagi dah boleh la hulur2 sket sebanyak. lagi pun dah tak berapa lama pun. dah nak hampir2 nih. hihihi....