Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Monday, September 5, 2011

Ops Sikap ke-13: Jumlah kematian 254

p/s : menurut pakar dan PIAM 96% peratus kemalangan adalah kerana sikap dan cara memandu pemandu (samada melanggar atau dilanggar), hanya 1.2% disebabkan oleh kenderaan, 1.1% keadaan jalanraya dan selebihnya oleh sebab-sebab yang misteri............... Ini bermakna 244 orang maut disebabkan oleh sikap dan cara pemanduan dan hanya 10 orang maut oleh lain-lain sebab..................? pada Ops Sikap-13

Tepuk Stering, Tekan Minyak;
Lu pikirlah sendiri.....

KUALA LUMPUR: Berbaki dua hari lagi, Ops Sikap-24 terus merekodkan pertambahan jumlah kematian iaitu seramai 254 orang sehingga hari ke-13 operasinya semalam.

Laman web Polis Bukit Aman hari ini melaporkan, seramai 26 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya yang membabitkan 22 kes kemalangan maut semalam.

Kenyataan itu berkata, penunggang motosikal mencatat jumlah kematian paling tinggi iaitu 15 orang, pengguna kereta (lapan), pejalan kaki (dua) dan kenderaan lain (satu).

Sementara itu, jumlah keseluruhan kemalangan yang direkodkan semalam ialah 1,144 dengan statistik paling tinggi dicatat di Jalan Bandaran iaitu 379 diikuti Jalan Persekutuan (371), Jalan Negeri (229), Lebuhraya (99) dan jalan-jalan lain (66).

Sebanyak 7,591 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik semalam.

Ops Sikap-24 yang bermula 23 Ogos, akan berakhir 6 September ini. -

No comments: