Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Saturday, September 3, 2011

Kesihatan : Malaysia dapat Pujian dari WHO

KUALA LUMPUR: Malaysia mendapat pujian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan beberapa negara lain kerana menyediakan kemudahan kesihatan termampu kepada rakyat dengan hanya mengenakan bayaran minimum RM1 setiap rawatan di semua hospital dan klinik kerajaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kerajaan memperuntukkan RM14 bilion ke RM16 bilion setiap tahun meliputi 98 peratus daripada jumlah keseluruhan kos memberi khidmat rawatan perubatan kepada orang ramai.

“Khidmat hospital awam banyak mendapat subsidi kerajaan sehingga 98 peratus daripada jumlah belanjawan penjagaan kesihatan, sementara pesakit hanya menanggung kos dua peratus saja,” katanya.

Liow berkata, Kementerian Kesihatan kini memperoleh balik hanya tiga peratus saja daripada belanjawan mengurus menerusi bayaran, satu jumlah yang lebih rendah berbanding sistem penjagaan kesihatan di negara Eropah.

Katanya, dengan adanya peruntukan sedemikian, rakyat Malaysia mampu mendapat rawatan dalam wad hospital dengan bayaran kurang RM500, tidak kira tempoh menerima rawatan, sementara golongan miskin pula dikecualikan bayaran.

Liow berkata, sejak 1970 kerajaan memberi subsidi untuk penjagaan kesihatan awam mengenakan RM1 setiap kunjungan ke klinik pesakit luar, RM5 klinik pakar dan RM50 untuk rawatan di wad kelas tiga hospital. “Dengan jumlah yang terpaksa ditanggung kerajaan, subsidi masih diteruskan dan tidak berubah sejak 1970an,” kata beliau.

Katanya, berdasarkan kajian perunding pada tahun 2000, kos bagi perundingan ambulatori di hospital pakar swasta (termasuk purata khidmat pemberian ubat dan makmal berkait dengan kunjungan) adalah RM91, sementara kos purata rawatan dalaman sebanyak RM1,091.

“Sebagai perbandingan bayaran dikenakan hanyalah RM1 dengan menggunakan kemudahan kerajaan,” katanya.

Liow menyatakan usaha kerajaan ini telah menyumbangkan kepada penambahbaikan kepada penjagaan kesihatan, menghasilkan tempoh jangka hayat meningkat daripada 56 kepada 72 tahun bagi lelaki dan 58 kepada 77 bagi wanita. - Bernama

p/s 1 : Rakyat Malaysia patut bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan di atas usaha dan tanggungjawab yang telah disalurkan.

p/s 2 : Yang tak bersyukur patut pindah ke Somalia untukbelajar bersyukur....................

No comments: