Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Thursday, September 1, 2011

Bangunan baru untuk PDK Bakri

p/s 1 : Tahniah untuk warga Bakri, dapat bangunan baru untuk PDK.

p/s 2 : Takziah untuk wartawan dan tuan editor, kerana beri salah makna untuk OKU (ORANG KURANG UPAYA makna untuk Malaysia kita), (orang kelainan upaya hanya digunakan oleh Indonesia, itupun bukan diberi makna untuk orang cacat (OKU) tetapi kelainan antara lelaki dan bapuk, wanita dan penkid)

MUAR: Penduduk Bakri Batu 6, di sini, bakal mendapat bangunan baru Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) lebih selesa, selepas kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan RM200,000 bagi membina bangunan bermula akhir tahun ini.

Peruntukan yang disalurkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu membolehkan orang ramai menggunakan bangunan baru di persekitaran lebih selesa.

Penyelaras PDK itu, Datin Zaidah Hatim berkata, sejak 10 tahun lalu, semua aktiviti PDK dijalankan di bangunan bekas kuarters kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Keadaan bangunan usang dan sempit mendorong pengurusan PDK memohon peruntukan daripada kementerian berkaitan untuk membina bangunan baru.

“Kami sudah mengenal pasti tanah milik JKR seluas 0.4 hektar bersebelahan Pusat Kesihatan Kecil di pekan Bakri yang sesuai dijadikan tapak bangunan baru. Kerja pembinaan dijadual bermula akhir tahun ini,” katanya.

Menurut Zaidah, PDK berkenaan adalah satu daripada dua PDK di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Naning, sebuah lagi terletak di Kampung Parit Tengah, Air Hitam.

Zaidah yang juga isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Naning, Datuk Abdullah Md Ali berkata, bangunan baru itu bakal dilengkapi pelbagai kemudahan latihan dan pembelajaran kepada pelatih.

“PDK Bakri menempatkan 20 pelatih sepenuh masa berusia 13 hingga 19 tahun yang terdiri daripada orang kurang upaya (OKU) membabitkan kanak-kanak sindrom Down serta mereka berdepan masalah pembelajaran.

“Selain diberi elaun khas, peserta berpeluang mengikuti latihan termasuk membaiki motosikal, pengurusan diri, menulis, membaca, kreativiti, permainan, rekreasi, vokasional, terapi muzik serta sukan,” katanya.

Sementara itu, penyelia PDK berkenaan, Latifah Mis, 49, berkata, pelbagai aktiviti dianjurkan membabitkan pemimpin dan penduduk setempat bagi menanam semangat rasa tanggungjawab dan prihatin anggota masyarakat terhadap OKU dan PDK.

“Antara program itu ialah membersihkan kawasan bangunan dan lawatan sambil belajar peserta serta kakitangan pengurusan ke PDK seperti ke PDK Tuaran, Sabah,” katanya.

No comments: