Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Wednesday, October 5, 2011

Tenis Terbuka Malaysia dapat pujian : Malaysia sasar taraf ATP 500

 



TIPSAREVIC (kiri) memegang replika cek bernilai AS$155,000 selepas
menjuarai ATP Terbuka Malaysia 2011 pada Ahad lalu.


KEJOHANAN Tenis Terbuka Malaysia sudah tiga tahun dianjurkan dengan membawakan pemain-pemain tenis handalan dari serata dunia dan disiarkan secara langsung kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pada usia tiga tahun, ia mungkin masih lagi baru berbanding kejo- hanan yang dianjurkan di negara- negara jiran seperti Terbuka Thailand sejak 2003.

Bagaimanapun, Terbuka Malaysia dengan pantas telah mengukuhkan kedudukan selaku salah satu kejohanan terbaik dan yang paling menyeronokkan dalam kalangan pegawai, kakitangan serta pemain pada siri Jelajah Dunia ATP ini.

Pada edisi terbaharu Terbuka Malaysia yang berakhir Ahad lalu, pemain Serbia, Janko Tipsarevic mencipta sejarah apabila merangkul kejuaraan sulung dalam karier yang juga telah mendapat pujian
Penyelia ATP, Tom Barnes dalam satu laporan rasmi selepas kejo- hanan itu tamat.

Laporan itu turut merangkumi seluruh aspek kejohanan termasuk pegawai perhubungan awam (PR), pemasaran, penginapan, pengangkutan, kebajikan dan kepuasan para pemain termasuk juga aspek teknikal seperti pencahayaan, permukaan gelanggang, pegawai bertugas, perubatan dan juga perkhidmatan fisio yang mendapat respon positif.

"Nick Freyer dan semua pega- wai IMG telah memberikan yang terbaik untuk para pemain termasuk bersifat mesra, selesa dan dianjurkan dengan terbaik.

"Para pemain juga mendapat layanan yang terbaik sepanjang mereka berada di Malaysia. Caba- rannya hanyalah untuk menarik lebih ramai penonton pada masa akan datang. Saya tahu kejohanan ini sedang berusaha untuk maju.

"Secara keseluruhannya, kejohanan ini sudah cukup sempurna untuk menjadi salah satu penganjuran Jelajah ATP 250 Dalam Dewan yang terbaik," menurut lapo- ran itu.

Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya bangga fasiliti, makanan serta sifat mesra kita yang jelas menarik perhatian sepanjang penganjuran kejohanan bertaraf antarabangsa yang diiktiraf seca- ra global seperti yang dinyatakan oleh Tom Barnes.

Malah katanya, penginapan di Hotel Mandarin Oriental adalah yang terbaik.
Pengangkutan yang disediakan juga mendapat pujian apabila ia di- katakan selesa dan menepati masa. Makanan yang disediakan turut mendapat respon positif.

Terbuka Malaysia yang dianjur- kan oleh IMG, telah mendapat kontrak selama lima tahun bermula 2009 hingga 2013 dan Penga- rah kejohanan Nick Freyer, sangat gembira menerima laporan positif itu.

"Kami menerima maklum balas serta pujian dari Barnes. Dia (Barnes) telah bersama siri jelajah ini sejak ia tahun 1990. Untuk mene- rima pujian dari segala aspek pada kejohanan ini adalah sangat bermakna buat kami," katanya.

Malah, para pemain juga berpuas hati dengan penganjuran kejohanan ini dan berjanji untuk kembali beraksi di Kuala Lumpur untuk edisi akan datang kelak.

"Secara peribadi, saya turut mendapat pelbagai komen menarik secara bersemuka oleh para pemain termasuk Marcos Baghdatis, Juergen Melzer and Philip Petschner, Kei Nishikori, Ryan Harrison, Eric Butorac, Viktor Troic- ki dan juga para jurulatih. Saya sangat gembira dan menghargai pujian mereka," kata Freyer.

Malah juara perseorangan, Tip- sarevic turut melahirkan rasa puas hatinya pada sidang media selepas memperoleh gelaran pertamanya itu.

"Saya sangat gembira kerana memperoleh gelaran juara yang pertama di sini, di tempat yang saya sangat selesa dan saya sero- nok berada di sini. Bagi saya kejo- hanan di sini berpotensi menjadi kejohanan ATP 500," kata pemain Serbia berusia 27 tahun itu.

No comments: