Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Friday, October 14, 2011

OKU : Perbezaan makna ORANG KURANG UPAYA dengan ORANG KELAINAN UPAYA

Sebelum 1990 istilah untuk mereka adalah dinyatakan sebagai 'Orang Cacat'.

Pada 1991 istilah diubah kepada 'Kanak-Kanak Istimewa' atau sebahagian dari mereka memanggil 'Orang Istimewa'. Seorang sahabat saya pernah bertanya, 'Istimewa!?' di mana istiewanya, kalau setakat tak boleh buat apa-apa dan kena bantu dalam banyak hal. Dan kami pernah terfikir mungkin "OKB" lebih bagus dengan makna "ORANG KENA BANTU"

(Istilah Kanak-Kanak Istimewa dipopularkan oleh Menteri Kebajikan pada masa tersebut).

(Sehinggakan orang cacat yang dah tua pun di panggil sebagai 'Kanak-Kanak Istimewa' oleh mereka yang buta bahasa).

Pada 1998, istilah ditukar pula kepada ORANG KURANG UPAYA (OKU), masa tu belum ada akta lagi.Pertukaran istilah disebabkan oleh (nampak macam) bila pertukaran Menteri Kebajikan, jadi ikut selera merekalah. Pada masa yang sama Orang Papa dan Orang Miskin juga mengaku sebagai (OKU) 'Orang Kurang Upaya' (Kewangan), tetapi betul juga tuuuu............

Lalu wujudlah untuk sementara waktu (2-3 tahun) OKU ditulis sebagai "Orang Kurang Upaya (Cacat)". Apabila orang ramai dah biasa barulah dibuang perkataan (cacat) di hujung ayat tersebut.

Pada masa yang sama, (tak tahu nak sebut yang mana satu; orang cacat ke?, kanak-kanak istimewa ke? atau OKU ke?) sebahagian dari mereka menyatakan "kalau dah cacat tu, panggil ajelah "Orang Cacat" sebab sebut sebaik manapun mereka tetap cacat, cacat, cacat dan cacat dan cacat lagi......... kita tinggalkan isu ini.

OK lah! kita boleh terima OKU sebagai Orang Kurang Upaya. Sehingga Akta Orang Kurang Upaya 2008 (di dalam Akta disebut sebagai Orang Kurang Upaya) diluluskan oleh Parlimen (Dewan Negara) pada 24hb Disember 2007.

Ini adalah petikan dari web Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

======================

Akta Orang Kurang Upaya 2008


Akta OKU telah diluluskan di Parlimen ( Dewan Negara ) pada 24 Disember 2007 dan telah diwartakan pada 24 Januari 2008 dan dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008.


Akta OKU ini memberikan pengiktirafan hak OKU dan menukar konsep OKU daripada konsep kebajikan kepada konsep rihgt-based. Akta ini juga membolehkan OKU mempunyai hak penyamaan peluang dan penyertaan penuh dalam masyarakat setara dengan ahli masyarakat yang lain.


Akta OKU ini juga memperuntukan perihal berkaitan pendaftaran, perlindungan, pemulihan, pembangunan dan kesejahteraan OKU.


Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685)
Persons With Disabilities Act 2008 (Act 685)

=======================

Yang hairannya orang yang sama memperjuangkan untuk menggantikan istilah "Orang Cacat" atau "Kanak-Kanak Istimewa" atau "Orang Istimewa" dan mempopularkannya sebagai istilah "ORANG KURANG UPAYA dan diringkaskan sebagai "OKU", dan melobi Parlimen untuk menjadikannya Akta 685 (Akta Orang Kurang Upaya) tiba-tiba tersasul menyebut kepada Orang Kelainan Upaya.

Ianya berlaku belum setahunpun AKTA 685 diluluskan oleh Parlimen.

Persoalan 1 : Persoalannya, bukan di manakah pendiriannya, tetapi KENAPA DIA SANGGUP MELANGGAR AKTA YANG DILULUSKAN OLEH DEWAN NEGARA (PARLIMEN).

Persoalan 2 : AKTA 685 (Akta Orang Kurang Upaya 2008) perkataan yang dinyatakan dengan jelas ialah "Orang Kurang Upaya" dan bukan Orang Kelainan Upaya, jadi semestinya (bukan seharusnya) OKU dinyatakan, disebut, ditulis, dipaparkan sebagai "Orang Kurang Upaya" selari dengan kelulusan yang dibuat oleh Parlimen. ???

Persoalan 3 : Kan lebih baik kita menggunakan perkataan kita sendiri, yang kita sendiri faham, yang kita sendiri setuju dan yang lebih penting yang kita sendiri guna daripada meniru perkataan orang lain (istilah Orang Kelainan Upaya adalah diperkenalkan oleh Indonesia sejak 2005 lagi, sila rujuk pelbagai web atau penulisan dari Indonesia), serta yang diluluskan oleh Parlimen atau Dewan Rakyat.

Persoalan 4 : "Lihat! Orang Malaysia, tiada pendirian, AKTA SENDIRI PUN DISONDOL" "MENTERI SENDIRI PUN LANGGAR AKTA", "Orang Politik pun tak patuh Akta yang sendiri gubal".

Persoalan 5 : Apakah Akta 685 (Akta Orang Kurang Upaya 2008) diluluskan untuk DILANGGAR, DISONDOL, TIDAK DIPATUHI dan apa-apa lagilah!!!

Apa yang difahami:

Makna sebenar 'Orang Kelainan Upaya' adalah lebih menjurus kepada Lelaki yang bukan Lelaki, Perempuan yang bukan Perempuan. Iaitu Lelaki yang kelainannya ialah bapuk, mak nyah, gay dan yang sewaktu dengannya, yang Perempuan yang kelainannya ialah tomboy, penkid dan yang semasa dengannya.

Apa macam?..... Puas Hati!.........

3 comments:

API MERDEKA said...

hotak hang gay..orang kelainan atau kanak kanak istimewa ini x ble di samakan dgn orang cacat iaitu oku..kanak kanak atau orang kelainan ini mempunyai kelebihan yg x di miliki orang lain contohnya pesakit mental pun oku iaitu orang kelainan upaya..tamat..

API MERDEKA said...

hotak hang gay..orang kelainan atau kanak kanak istimewa ini x ble di samakan dgn orang cacat iaitu oku..kanak kanak atau orang kelainan ini mempunyai kelebihan yg x di miliki orang lain contohnya pesakit mental pun oku iaitu orang kelainan upaya..tamat..

Mohd Yusof Tawil said...

Itulah bezanya orang yang belajar dengan orang belajar tapi tak pandai-pandai, dan sampai bila pun tak akan pandai dan tak akan merdeka sampai bila-bila.

Macam mana nak merdeka dah hangus terbakar, betul tak wahai API MERDEKA

OKU (Orang Kurang Upaya - Akal) akan terus masuk syurga Allah...

Orang Kelainan Upaya (Gay) belum tentu dapat cium Syurga Allah kecuali dia sempat bertaubat sebelum sakaratul maut, TU PUN KALAU SEMPAT, YANG MENETUKAN ALLAH SWT...