Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Saturday, October 8, 2011

GOUT : Sakit bak ditusuk jarum



PAGI itu, ibu jari kaki kiri Muazan Zainuddin, 52, terasa berdenyut-denyut dan membengkak. Dia bingkas bangun untuk mengambil ubat bagi meredakan kesakitan yang dialaminya. Malangnya, seluruh tubuh badannya tidak dapat bergerak. Kepalanya terasa pening manakala tengkuknya mengalami kekejangan hampir tiga jam.

Lantas, anak-anaknya bergegas menghubungi ambulans dan menghantarnya ke hospital untuk rawatan lanjut. Di hospital, badan Muazan dimasukkan air bagi meneutralkan paras asid urik yang naik secara mendadak.

Situasi itulah yang kerap dialami Muazan apabila dia diserang gout. Peningkatan asid urik dalam darah telah menyebabkan penyakit gout bertambah kronik. Ibu jari kakinya membengkak kemerah-merahan sehingga dia sukar bergerak.

Sakitnya bukan kepalang seperti tapak kaki terpijak jarum.

“Gout ini sekali terkena sukar untuk sembuh tetapi kita boleh cegah serangan gout,” ujar Muazan yang menjalani rawatan susulan di hospital setiap bulan.

Jelas jurutera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu, selain mendapatkan rawatan doktor, dia disarankan mengamalkan diet seimbang dan mengelak daripada makanan yang mengundang gout.

Muazan disahkan menghidap gout pada tahun 1992 selepas pulang dari Jepun. Namun, hari ini dia perlu banyak berpantang dalam pemakanan. Dia perlu mengelak makanan berasaskan kacang, hidupan laut dan daging merah.

Setiap hari, dia mendisiplinkan diri menikmati sup sayur dan ikan.



KIN SING memberitahu bahawa asid urik yang tidak dikumuhkan dengan baik boleh merosakkan buah pinggang.


Makanan laut

Bapa kepada dua orang cahaya mata itu menjelaskan, doktor mengesahkan kandungan asid uriknya terlalu tinggi, gara-gara kerap menikmati hidupan laut sepanjang tiga bulan berkursus di Negara Matahari Terbit itu.

Jelas Muazan setiap hari dia cenderung menjamu selera dengan makanan laut seperti salmon, udang dan sotong berbanding ayam dan sayur-sayuran.

Sementara itu, Azlan Bahrum, 27, menyifatkan kesakitan pada ibu jari kaki kanan yang dialaminya tujuh tahun lalu hanya sakit sendi biasa. Apatah lagi, doktor yang memeriksanya menyatakan kesakitan itu berpunca daripada kekurangan kalsium pada tulang.

“Doktor langsung tidak mengesyaki saya menghidap gout memandangkan usia yang masih muda. Saya kerap diberikan suntikan dan ubat tahan sakit apabila mengalami kesakitan terutamanya selepas makan makanan laut.

“Namun, selang setahun barulah saya didiagnosis menghidap gout. Itupun selepas mengalami kecederaan pada tangan akibat jatuh tangga. Selepas insiden itu, tulang buku jari hantu kiri yang terseliuh membengkak dan berdenyut-denyut.

Rupa-rupanya, sendi yang lemah menyebabkan asid urik berkumpul,” jelas Azlan yang sudah dua kali menjalani pembedahan mengeluarkan asid urik pada tulang buku jari hantu dan tumit kaki kirinya.

Anak kelahiran Batu Kurau, Perak itu memberitahu, gout yang dialami juga berpunca daripada faktor genetik.

“Gout cukup menyeksakan kerana sendi yang sakit terlalu sensitif dan tidak boleh disentuh walaupun terkena kapas yang lembut,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Justeru bagi memastikan peredaran darah sentiasa berjalan lancar dan mengurangkan serangan gout, setiap hari dia mengamalkan minum air halia yang dicampur bersama lada hitam dan bawang putih serta minum air kosong sebanyak tiga liter sehari.

Azlan juga mengamalkan minuman air herba kemunting Cina.

Gout merupakan sejenis penyakit yang menyerang sendi. Serangan tersebut boleh berlaku secara akut atau kronik iaitu kesakitan yang berulang-ulang.

Dahulu, penyakit gout dikenali penyakit raja dan orang-orang kaya kerana ia kerap menyerang golongan berkenaan.

Barangkali pada masa itu, golongan tersebut mampu menikmati makanan yang mahal seperti daging, hidupan laut ataupun minuman keras.

Hari ini, gout boleh menyerang sesiapa saja tanpa mengira umur, bangsa dan jantina.



Kaedah pembedahan yang digunakan untuk mengeluarkan kristal garam asid urik yang terkumpul pada sendi ibu jari kaki.


Hormon pelindung

Dalam kebanyakan kes, golongan lelaki lebih cenderung diserang gout berbanding wanita. Wanita dilindungi oleh hormon estrogen yang membantu menstabilkan keseimbangan sistem dalaman badan dan mencegah paras asid urik dalam darah meningkat.

“Bagaimanapun, wanita juga berisiko mengalami penyakit gout selepas menopaus,” terang Perunding Perubatan dan Reumatologi, Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur, Dr. Shahdan Shahid, mengenai gout yang boleh menyerang individu seawal usia 13 tahun.

Jelas Shahdan, gout berlaku disebabkan gangguan metabolisme asid urik yang tinggi dalam badan sehingga ia menyebabkan berlakunya radang pada sendi. Selain sendi pada ibu jari, gout juga boleh berlaku di telinga, tengkuk, bahu, tulang pinggul mahupun lutut.

Peningkatan asid urik berpunca daripada tiga faktor iaitu pengambilan makanan yang tinggi purina seperti hidupan laut, kekacang dan daging merah. Bahkan, kekurangan air dalam badan boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah, sekali gus menyebabkan keadaan pesakit gout lebih buruk.

Masalah buah pinggang

Asid urik ialah bahan hasil daripada pemecahan sel-sel matang asid ribonukleik (RNA) dan asid deoksiribonukleik (DNA) yang mati dalam hati. Ia terhasil daripada pengambilan makanan yang tinggi kandungan protein purina.

Protein tersebut akan diuraikan menjadi asid amino dan sebahagian lebihan asid amino pula diuraikan menjadi asid urik. Gout bukan saja berlaku dalam kalangan lelaki yang mengalami masalah buah pinggang.

“Gout juga menyebabkan seseorang itu berisiko mengalami kerosakan buah pinggang pada kemudian hari,” ujar Shahdan mengenai penyakit gout yang turut dialami 8.3 juta penduduk di Amerika Syarikat tiga tahun lalu.

Sementara itu, Perunding Nefrologi, Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr. Fan Kin Sing menyatakan sesetengah penghidap gout mengambil sikap sambil lewa tentang aspek gaya hidup sihat, pemakanan dan rawatan gout.

Mereka berpendapat gout hanya penyakit sendi yang boleh diatasi dengan suntikan dan pengambilan ubat tahan sakit. Sedangkan, serangan gout berkait rapat dengan kesihatan buah pinggang. Kekerapan mengambil ubat tahan sakit mengundang bahaya pada organ tersebut.

“Apabila buah pinggang gagal berfungsi, ia menyukarkan sistem perkumuhan asid urik yang lazimnya disingkirkan melalui najis dan air kencing. Kesannya, lebihan asid urik yang terperangkap di dalam darah akan berkumpul di buah pinggang sekali gus membentuk hablur garam.

“Hablur-hablur itulah yang akan merosak dan mengecutkan buah pinggang sehingga seseorang itu mendapat gout, batu karang dan hipertensi,” jelas Kin Sing kepada Kosmo!.

RAMUAN herba Cina ini dipercayai dapat membantu meredakan serangan gout.

Bahaya purina

Dalam pada itu, Ketua Pakar Pemakanan, Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Lim Ai Leng memberitahu amalan pemakanan yang betul dan minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dapat membantu mencegah serangan gout.

Amalan tersebut dapat membantu meneutralkan paras asid urik dan menyingkirkannya daripada badan. Tahap asid urik yang normal dalam darah ialah antara 0.21 hingga 0.42 mmol/L.

“Pesakit gout harus mengelak daripada makan makanan laut seperti kerang, ikan salmon, ikan bilis, udang dan ketam kerana kandungan purinanya tinggi. Purina ialah sejenis protein yang membentuk asid urik hasil proses metabolisme dan berpotensi menyebabkan serangan gout.

“Purina juga terdapat dalam organ-organ dalaman haiwan seperti hati dan hempedal ayam, perut, otak dan usus lembu serta daging kambing. Sebab itu, saya sarankan pesakit sentiasa amalkan diet mengikut panduan piramid makanan,” jelas Ai Leng yang tidak menggalakkan pesakit minum minuman keras kerana ia meningkatkan paras asid urik dalam badan

No comments: