Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Saturday, October 8, 2011

3.4 juta rakyat dapat bantuan RM500

p/s 1: Untuk mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000.00 sebulan.

p/s 2: Mesti berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai badan pembayar.

p/s 3: Bayaran akan dibuat melalui bank atau pejabat pos.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan teks ucapan Bajet 2012
 selepas pembentangannya di Bangunan Parlimen semalam.


KUALA LUMPUR - Seramai 3.4 juta orang atau 53 peratus daripada isi rumah di negara ini yang mempunyai pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan menerima bantuan RM500 dalam usaha kerajaan meringankan beban rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah menghadapi tekanan kos sara hidup.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemberian tunai sekali bayar itu adalah langkah yang julung-julung kali dilakukan dengan kos RM1.8 bilion.

"Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai agensi pelaksana.

"Bantuan itu akan disalurkan melalui bank dan pejabat pos,'' kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2012 di Dewan Rakyat semalam.

Bajet bertemakan 'Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara' itu menyediakan peruntukan sebanyak RM232.8 bilion dengan RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus manakala perbelanjaan pembangunan berjumlah RM51.2 bilion.

Ia mempunyai lima fokus utama iaitu meligat pelaburan, mengungguli modal insan, mencerna kreativiti dan mencetus inovasi, program transformasi luar bandar, memperkejap perkhidmatan awam dan meredakan inflasi dan mengimarah kehidupan.

Untuk itu, Najib mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan sistem pendidikan rendah dan menengah secara percuma.

"Pada masa ini, pelajar masih dikenakan bayaran RM24.50 sen bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah untuk bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insuran Takaful.

"Mulai sesi persekolahan 2012, bayaran ini akan dimansuhkan,'' jelasnya dengan menambah, pemansuhan semua bayaran itu akan melibatkan peruntukan sebanyak RM150 juta.

Selain itu, Najib turut mengumumkan bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah daripada tahun satu hingga tingkatan lima di seluruh negara.

Bantuan itu akan melibatkan kira-kira 5.3 juta pelajar sekolah pada tahun depan dengan nilai peruntukan RM530 juta dan disalurkan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN).


Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini

No comments: