Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Saturday, August 11, 2012

Pingat Gangsa : Pengorbanan Pandelela berbaloi



PANDELELA (kanan) bersama pemenang pingat emas dari China, Chen Ruolin (tengah) dan penerjun Australia, Brittany Broben di Pusat Akuatik, London kelmarin.


"KEJAYAAN ini bukan mudah untuk dicapai. Ia memerlukan kerja keras serta pengorbanan. Banyak cabaran yang perlu ditempuhi. Saya berpegang dengan pendirian bahawa jika berhasrat meraih kejayaan ia memerlukan banyak usaha dan kerja keras."
Demikian jelas ratu terjun negara, Pandelela Rinong yang mencipta sejarah muncul sebagai atlet wanita pertama negara berjaya meraih pingat pada Sukan Olimpik.
Pandelela meraih pingat gangsa menerusi acara 10 meter platform individu wanita pada Sukan Olimpik 2012 London yang berlangsung di Pusat Olimpik kelmarin.
Atlet kelahiran Sarawak itu mengumpul 359.20 mata dalam acara yang dimenangi Chen Ruolin (emas) dari China dan Brittany Broben (perak) dari Australia itu.
Menurut Pandelela, bukan mudah untuk berada di podium pada temasya sukan besar seperti ini kerana ramai jaguh-jaguh dunia turut bertanding.
Namun, katanya, dia bukan jenis yang mudah menyerah kalah dan pasti memberi tentangan sehingga ke titik peluh terakhir.
"Bila sudah berjaya menjejak kaki ke Sukan Olimpik, ia bermakna bahawa kita antara yang terbaik di dunia. Sukan terjun sudah mencipta sejarah atas kejayaan melangkah ke final.
"Jadi perasaan takut untuk bersaing itu tidak timbul kerana kita sudah tahu tahap kemampuan kita terletak di mana.
"Saya turun beraksi seperti biasa tanpa memikirkan untuk menang pingat. Saya hanya perlu kuatkan mental untuk mengelak sebarang tekanan yang bakal dihadapi kerana jika beraksi dalam keadaan tertekan ia hanya akan mengundang kesilapan," katanya.
Pada aksi tersebut, Pandelela bermula agak hambar apabila sekadar memungut 58.50 mata pada terjunan pertama dan ketika itu, keyakinannya mula goyah.
Namun, atas kata-kata motivasi daripada jurulatihnya, Yang Zhuliang, dia kembali bangkit dengan rentak terjunan yang lebih kemas dan sempurna.
"Jurulatih hanya beritahu saya supaya jangan memikirkan kelemahan pada terjunan pertama itu. Saya perlu lebih fokus pada empat terjunan berikutnya.
"Saya ikut apa yang diarahkan oleh jurulatih dan pada empat terjunan berikutnya, saya sudah tidak memikirkan untuk menang pingat.
"Sasaran saya hanyalah untuk memperbaiki mata. Mungkin saya terlalu ghairah pada terjunan pertama itu yang mengakibatkan berlaku kesilapan.
"Bila sudah berjaya mengubah ranking selepas terjunan keempat, saya mula mendapat keyakinan bahawa peluang untuk menang pingat sudah terbuka," katanya.
Selepas ini, sasarannya adalah untuk mengukir kejayaan pada Sukan Komanwel dan Asia dan dia perlu meneruskan kerja keras untuk terus berada di puncak.
"Saya mungkin tidak beraksi pada Sukan SEA bagi memberi ruang kepada penerjun muda membuktikan kemampuan mereka.
"Sukan SEA seharusnya dipergunakan sepenuhnya untuk memberi pendedahan kepada penerjun muda negara menimba pengalaman," katanya.
Pandelela juga berharap Zhuliang terus diberi kepercayaan untuk menjadi jurulatih skuad terjun negara kerana Zhuliang sudah banyak melakukan yang terbaik untuk meningkat prestasi penerjun negara.
"Saya harap MSN (Majlis Sukan Negara) mengekalkan Zhuliang walaupun ada ura-ura dia akan kembali ke Australia" kata Pendelela yang menjadikan Datuk Lee Chong Wei sebagai idolanya.
Dia juga menasihatkan atlet muda negara agar jangan mudah putus asa dan menjelaskan bahawa kejayaan itu tidak datang dengan mudah tanpa kerja keras.
"Saya berharap kejayaan ini dijadikan inspirasi oleh atlet muda negara untuk terus bekerja keras meningkatkan prestasi masing-masing," jelasnya.

No comments: