Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Thursday, August 23, 2012

MAKPEM : Kos Kursus ditanggung sendiri oleh Penyelia/Petugas PDK?

Refleks (dan jawapan) kepada post dari salahsatu blog yang diikuti........

Rasanya tiada masalah untuk Penyelia/Petugas PDK tanggung sendiri perbelanjaan untuk mengikuti kursus, kerana:

  1. Untuk kebaikan Penyelia/Petugas PDK tersebut, dapat menambah pengalaman dan pengetahuan, yang kena bayar sendiri pun cuma tambang pergi dan balik sahaja (cuma ada 2 atau 3 kursus yang kena bayar yuran, tu pun cuma RM50.00 sahaja) tempat tinggal dan makan minum dah MAKPEM tanggung. tetapi kalau yang dah kerja lama tu, nampak macam tak akan berhenti, OK jugalah kalau PDK tolong bayarkan yuran ke, tambang ke (biasanya kalau ke MAKPEM, dua pekara tu jelah yang kena tanggung)
  2. Juga untuk kebaikkan PDK (Jawatankuasa PDK dan JKM) juga, sebab boleh dikatakan antara 15-20% Petugas PDK sentiasa silih berganti, samada berhenti sendiri atau diberhentikan (diberhentikan???). Kalau diberhentikan ok jugalah, sebab mungkin kalau dia terus kerja akan menyusahkan Jawatankuasa PDK, PDK dan JKM. tetapi yang berhenti sendiri tu yang menjadi masalah besar (berhenti atas sebab cari kerja lainlah, dapat kerja lainlah, tak cukup makanlah (siapa suruh minta kerja kat PDK-dah tahu SAGUHATI (bukan gaji) rendah), sebab nak kahwinlah, macam-macam alasan bila dah taknak kerja ngan PDK). Jadi ianya akan merugikan PDK, Jawatankuasa PDK dan JKM, dah bayar macam-macam, tanggung macam-macam, last-last berhenti juga.
Ialah, nama pun sukarela (sebab jawatan anda yang menyandang jawatan penyelia/petugas PDK adalah sukarela sambilan-dah lah sukarela, sambilan plak tuh! (mode nya senang je Boleh Berhenti Bila-Bila Masa-Boleh Diberhentikan Bila-Bila Masa), jangan PERASAN, ADA YANG KATA KERJA DENGAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT, KAKITANGAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT, KONON, KONON, KONON-tak caya tengok dalam profail facebook), jadi kenalah rela juga untuk merelakan diri pada:

  • Masa; dan/atau      (X)
  • Tenaga; dan/atau   (X)
  • Idea; dan/atau       (X)
  • RM; dan/atau        (X)
  • Kesemuanya di atas.......! (BETUL-BETUL-BETUL)
Ada brani! Ada Brani!! ADA BRANI!!!

KERJA DENGAN PDK BUKANLAH SATU PROFESSION, TETAPI SATU TANGGUNGJAWAB KEMASYARAKATAN DALAM KESUKARELAWANAN


Refleks (dan jawapan) kepada post dari salahsatu blog yang diikuti........

1 comment:

Unknown said...

sAYA NAK MOHON MACAM MANA? saya OKU juga...