Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Friday, August 17, 2012

PDK Selayang : Iftar bersama Kelab Rekreasi dan Kebajikan Tabung Angkatan Tentera

Program : Iftar Ramadhan bersama Kelab Rekreasi dan Kebajikan Tabung Tentera.
Tarikh : 15 Ramadhan 21433H (4hb Ogos 2012-Sabtu)
Masa : 5:00 petang - 9:30 malam.
Tempat : PDK Selayang
Kumpulan Sasar: Pelatih OKU PDK dan Anak Yatim & Kurang Bernasib Baik.

Antara ahli kelab penganjur

Seramai 30 orang Pelatih OKU PDK Selayang dan 30 orang anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik dari program perkhidmatan komuniti PDK Selayang telah berpeluang untuk berbuka bersama-sama dengan ahli-ahli Kelab Rekreasi dan Kebajikan Tabung Angkatan Tentera Malaysia.

warming up perkusi

Program bermula seawal 5:00 petang dengan beberapa aktiviti permainan iaitu:

  1. Musical chair (kanak-kanak)
  2. Musical chair (remaja)
  3. Peti beracun dan
  4. Siapa lebih panjang.
Terima duit raya........."terima kasih, tahun depan nak lagiiiiiii!"

Seelok-elok tamat semua permainan, hujan turun dengan lebat dan disulami dengan sederhana lebat sehingga waktu berbuka puasa bermula.

Sabar menunggu waktu berbuka
Allahumma Bariklana................Amin, dibacakan oleh En Ridhuan
Walaubagaimanapun acara pemberian duit raya tetap diteruskan dan ini menggembirakan semua kanak-kanak yang hadir.

Beramah mesra
Menikmatiiftar sambil berbincang
Nyam! Nyam-nyam!!
Mereka juga telah memberi sumbangan untuk PDK Selayang yang berbentuk barangan asas makanan dan sumbangan kewangan.

Persembahan perkusi
Sedang menonton persembahan perkusi
Sumbanganuntuk PDK Selayang
Program tamat pada sekitar 9:30 malam.

Bergambar sebelum berpisah, harap jumpa lagi



No comments: